Bukan mudah bagi wanita nak uruskan anak-anak dan rumahtangga dengan sempurna. Seharian sibuk dari celik mata waktu pagi sampailah nak lelap semula malam nanti.Lebih-lebih lagi bila masih menyusu bayi dan ada anak ramai yang macam-macam kerenah, penatnya hanya tuhan sahaja yang tahu.

Belum ditambah tak cukup tidur, nak makan minum ikut waktu pun selalunya tak sempat, segalanya utamakan keperluan anak-anak dan suami terlebih dahulu.Akibatnya bila rehat tak cukup, diet dan pemakanan tak menentu, mulalah mak-mak selalu hilang stamina dan tenaga, mudah sangat rasa penat, letih serta lesu.

Diet Susu Kurma

Sebenarnya,salah satu cara mudah dan terbaik untuk menjaga diri, hilangkan penat dan kekalkan tenaga adalah dengan menikmati nutrisi sihat lagi berkhasiat daripada susu dan kurma.

Ini kerana susu terbukti sangat berkhasiat dan kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Sekaligus kandungan nutrisi lengkap susu, mampu menjadi gantian kepada hidangan lain.

Khasiat Kurma

Manakala amalan memakan beberapa biji kurma dalam diet harian pula mampu memberi tenaga dan keseimbangan gula dalam darah.Ini kerana kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, magnesium, vitamin A dan C dan juga niasin.*Kurma disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Buah ini mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi.

Penyelidik juga telah mendapati, kurma juga bagus untuk mengurangkan tekanan darah, merupakan agen penggalak buat minda serta baik untuk membantu mengekalkan jisim tulang dalam tubuh.

Bahkan bagi ibu menyusu pula, tak perlu lagi bimbang tentang kandungan mikronutrisi dalam susu ibu kerana kurma sendiri bertindak sebagai multivitamin terbaik!

Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi. **Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, pengambilan susu kurma boleh meningkatkan prolaktin, iaitu hormon yang membantu badan menghasilkan susu.

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL

Cara mudah paling pantas untuk mak-mak hilangkan penat dan kekalkan tenaga sekaligus mendapat kedua-dua nutrisi penuh berkhasiat ini adalah dengan menikmati segelas perisa baharu Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ini setiap hari.

IKLAN

Ibu Anak Ramai Patut Amal Diet Susu Kurma Bagi Hilang Penat

Khasiat Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL

1.Gandingan Ideal Susu & Kurma 

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL adalah adunan yang diperkaya dengan khasiat kebaikan dan kemanisan kurma segar bersama Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL.

2. 9 Vitamin Penting

Susu berperisa kurma ini diperkuat dengan sembilan vitamin penting, khususnya vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik.

3. Kalsium Tinggi, Rendah Lemak & Laktosa

IKLAN

Ia juga mempunyai kandungan kalsium lebih tinggi dan kandungan lemak dan laktosa lebih rendah berbanding jenama susu lain yang boleh didapati di pasaran!

4. Tenaga Berpanjangan

Penambahan kurma yang amat berkhasiat memperkuatkan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL sebagai “kelebihan berganda” – satu gelas membekalkan khasiat untuk tenaga berpanjangan bagi badan dan minda. Ia adalah satu-satunya susu pasteur yang memberikan keseimbangan tinggi dan rendah yang sempurna!

5. Variasi Pelbagai Resipi

Susu ini cukup berkhasiat untuk diminum begitu sahaja, digunakan dalam resipi manisan pencuci mulut atau dituang ke atas bijirin atau membuat oat sarapan pagi.

Malah salah satu resipi menarik dan ringkas yang mak-mak boleh cuba sendiri di rumah ialah MARIGOLD HL Kurma Overnight Oats.

Bahan-Bahan:

IKLAN

½ sudu kecil Biji Chia
15ml  Madu
40ml  Rolled Oats
60ml  MARIGOLD Yogurt rendah lemak (Asli)
60ml  Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL
Sedikit Strawberi, Buah Naga, Delima & Kranberi Kering

Ibu Anak Ramai Patut Amal Diet Susu Kurma Bagi Hilang Penat

Cara Membuat:

  1. Letak rolled oats, biji chia, MARIGOLD Yogurt rendah lemak (Asli), madu dan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL didalam bekas kaca.
  2. Kacau sebati.
  3. Tutup dan biarkan dalam peti sejuk semalaman.
  4. Tambah sedikit krim yogurt dan letakkan strawberi, buah-buahan segar pada bahagian atas, mengikut pilihan.

Ibu Anak Ramai Patut Amal Diet Susu Kurma Bagi Hilang Penat

Perlu Tahu Mengenai Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL

Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL adalah susu kegemaran Malaysia sejak 1988 dan kekal sebagai Susu Pasteur Lemak Rendah No. 1 di Malaysia hingga ke hari ini.  Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL telah juga memenangi Gold Award di 2017-2019 Reader’s Digest Trusted Brands Awards serta PUTRA BRAND AWARDS 2015 dan 2016 – The People’s Choice dalam kategori Minuman – Tenusu, berdasarkan undian rakyat Malaysia.

Ibu Anak Ramai Patut Amal Diet Susu Kurma Bagi Hilang Penat

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL boleh didapati di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan kedai serbaneka.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Website Facebook Youtube Marigold HL Milk MY.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI