Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, “bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.
Tanyalah pada mana-mana ibu, jika boleh ditukar nyawa, setiap ibu akan berkorban demi memastikan anak-anak membesar sihat.
Tiada ibu yang mahu melihat anak disakiti apatah lagi hingga terkorban nyawa. Namun dunia agak kejam, anak yang dihantar bersekolah untuk jaminan masa depan akhirnya pulang dengan sekujur tubuh kaku. Merentap tangisan si ibu yang tak akan pernah melupakan tragedi pahit itu.
Inilah yang dirasai oleh Siti Hamidah Jumari, 46, ibu kepada Allahyarham Mohd Nazmie Aizzat Narul Azwan, 17, pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu yang ditemukan tidak sedarkan diri di bilik asrama kolej berkenaan, Mac lalu yang mana kemudian arwah didapati meninggal dunia akibat dibuli rakan seasrama.
Anak yang dahulu disusukan dan disuapkan nasi terpaksa menerima kekejaman dunia hanya kerana disalahkan mencuri RM85 duit rakan seasrama yang membawa kepada takdr kematiannya.
Ads
Hari ini, Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas disabitkan bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Pada prosiding hari ini juga, Hakim Datuk Duncan Sikodol memerintahkan 12 tertuduh lain yang masih di bawah umur di penjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.
Bercakap kepada pemberita selepas ditemui di mahkamah, ibu kepada Aizzat mengakui syukur pembelaan untuk anaknya sudah dicapai.
Ads
Namun kesepian dirasai selepas pemergian Aizzat membuatkan dirinya masih terkenang tragedi kejam ini.
“Setiap sudut dan penjuru di rumah mengingatkan saya pada Aizzat. Bila saya makan, terbayang dia di meja makan. Bila saya duduk di ruang tamu, seakan nampak dia sedang menonton televisyen. Tetapi semua itu hanya tinggal bayangan… kerana Aizat sudah tiada.”
Menurut Siti Hamidah, kehilangan anak yang disifatkan penyayang, ringan tulang dan bertanggungjawab itu bukan sahaja meragut kebahagiaan keluarga, malah meninggalkan trauma mendalam sehingga memaksa beliau berhenti kerja dan berpindah rumah kerana tidak mampu menanggung kenangan bersama arwah.
“Lebih perit, saya tidak dapat bayangkan penderitaan Aizat semasa dipukul beramai-ramai. Kesan luka di bibirnya masih terbayang di mata saya. Bibir itulah yang pernah saya susukan, suapkan nasi. Hati saya hancur.
Ads
Aizzat dipukul beramai-ramai di bilik asramanya kerana dituduh mencuri duit RM85 milik dua pelajar. Pada pagi kejadian, pembulinya memakainya baju sekolah seolah-olah arwah terjatuh di asrama sedangkan ketika itu dirinya sudah tidak bernyawa.
Memetik laporan Harian Metro, Siti Hamidah turut memaklumkan sejak insiden hitam itu, kehidupan keluarga mereka tidak lagi sama apabila adik-beradik arwah turut mengalami gangguan emosi serta ketakutan sehingga menjejaskan kehidupan harian.
“Dulu rumah ini penuh dengan gelak tawa, kini sunyi dan hanya tangisan yang tinggal. Saya rasa bersalah kerana tidak dapat melindungi Aizat, apatah lagi tidak berada di sisi saat dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya sebak.
Menurutnya, kehilangan tragis anak yang bercita-cita tinggi untuk mengubah nasib keluarga menjadi mimpi ngeri berpanjangan yang sukar dipadam sepanjang hayat.
Siti Hamidah ketika ditemui sebaik prosiding penetapan hukuman yang berlangsung hampir empat jam itu, menzahir perasaan syukur kerana peristiwa hitam yang menimpa arwah anaknya itu akhirnya mendapat keadilan.
“Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab tragedi malang menimpa anak saya akhirnya terbela selepas melalui tempoh panjang lebih setahun,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Haa.. macam-macam tau gelagat isteri bila ikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia ini. Berminggu-minggu berkurung dah tak dapat jalan-jalan, isteri pun cari idea macam mana nak hiburkan hati sendiri.
Kira macam me time juga lah ini. Lucu baca perkongsian Bro Ohsem, Akhtar Syamirtentang isterinya, Nora Azni. Terkejut ‘kawan’ tu.. naik hairan kenapa isteri bersolek, cantik-cantik berkebaya dalam rumah.. nak pergi mana? Rupanya ini ceritanya.
I Dah Tak Tahan Berkurung Dalam Rumah Ni
Kalau bosan berkurung, berkebaya lah pula. #KebayaPKPChallenge. Itulah yang dilakukan isteri saya Nora Azni hari ini.
Terkejut juga mula-mula bila tengok dia bersolek bagai. “I dah tak tahan dah berkurung dalam rumah ni, I nak keluar, tak kira la kena tangkap ke kena tahan ke.”
Rupanya, siap je berkebaya dan bersolek, terus ke bahagian luar rumah, ambil penyapu dan penyodok sampah dan mula menyapu. Hahaha.. Terkena saya hari ini.
Dia boleh sambung masak, basuh pinggan, lap meja, bersihkan kipas, sidai baju, lipat baju dan basuh tandas sambil melawa macam tu. Kelakar sungguh. Padahal memang itulah yang para isteri buat setiap hari. Bezanya hari ini, dia berkebaya.
Sesekali Bergurau Suami Isteri, Seronok Juga
Siap pegang beg tangan, simbolik kepada Dato Rizalman sound retis yang selalu ambil gambar tunjuk beg tangan tu. Hehe.. Jangan risau, takde duit pun dalam tu, kad Watson je.
Sekali-sekala bergurau begini, seronok jugak. Tergelak-gelak kami berdua masa ambil gambar tadi. Video pun ada, nanti saya upload.
Siapa nak join challenge ni? Jom share gambar korang pulak kat komen. Korang cuba share jugak, mesti ramai lagi nak sahut cabaran ni.
MW : Tak salah kan bercantik-cantik dalam rumah. Selain hiburkan hati sendiri, suami pandang hari-hari pun jadi seronok sama.
Sumber/Foto : Akhtar Syamiryang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi, http://t.me/broohsemfans
Warga emas dan anak didakwa rogol remaja 15 tahun dalam kereta. Perbuatan yang pastinya sukar untuk diterima oleh mana-mana pihak. Ditambah dengan usianya namun ternyata perbuatan jahat membawa padah buat warga emas dan anak tirinya apabila didakwa di mahkamah atas pertuduhan rogol.
Memetik laporan Harian Metro, selepas menyedari gambarnya dirakam, tertuduh menyebut “Orait..orait…bagus,” sebaik dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersama anaknya merogol seorang remaja dalam kereta di Kluang, enam tahun lalu.
Warga Emas & Anak Didakwa Perkosa Remaja 15 Tahun Dalam Kereta
Bagaimanapun, Mohd Hashim Saidin, 77, yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun (yang ketika kejadian berusia 16 tahun) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Dua beranak kemudian dibawa ke lokap selepas masing-masing gagal membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 dan RM15,000. Mengikut kertas pertuduhan, anak tertuduh yang bekerja sebagai penghantar barang terlebih dahulu merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.
Kejadian terjadi sejam selepas anak rogol remaja terbabit
Selepas itu, giliran Mohd Hashim melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sama di kawasan lapang dekat Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada jam 6 petang dengan kejadian berlaku dalam kereta dan hari sama.
Berikutan itu, dua beranak didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos ini sebutan kes dan serahan dokumen.
Kegagalan dua beranak itu membayar ikat jamin, masing-masing sebanyak RM12,000 dan RM15,000 menyebabkan mereka dibawa ke lokap reman, selepas mahkamah menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama ini mungkin ramai yang ragu-ragu untuk menggunakan Monosodium Glutamat (MSG) sebagai penambah perasa menyedapkan lagi rasa masakan. Ini kerana beranggapan ia boleh ‘membahayakan’ dan tak bagus untuk kesihatan. Rupanya tanggapan tersebut, merupakan satu mitos semata-mata.
Untuk faham lebih lanjut, baca penjelasan daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG) RACUN YANG SEDAP?
TIDAK Benar!
Saya telah beberapa kali menulis mengenai MSG. Bermula dengan penulisan santai hinggalah ke pengalaman saya sendiri melawat salah sebuah kilang pemprosesan MSG terkemuka di Kuala Lumpur.
Seiring dengan penambahan pengetahuan, kali ini saya kongsikan lagi secara terperinci segala (A-Z) yang anda perlu tahu mengenai MSG. Artikel ini sangat panjang, namun berbaloi baca kerana ianya merangkumi ilmu asas struktur kimia MSG, sejarah penemuannya, cara penghasilannya, pertukaran kimianya dalam badan (metabolisma), ulasan mengenai kesan buruk MSG, kesan sampingan yang bergantung kepada individu, akta peraturan makanan Malaysia dan dunia mengenai MSG, manfaat yang mampu diperolehi daripada MSG.
…Dan yang paling penting ialah MITOS dan momokkan selama berpuluh tahun tentang bahaya MSG yang mana secara KESIMPULANnya tidak disokong secara saintifik.
Apakah itu MSG?
MSG ialah acronym yang digunakan untuk menyatakan MonoSodium Glutamat. Ianya merupakan bahan kimia penambah perasa yang telah digunakan sejak 100 tahun yang lalu untuk memberikan rasa sedap dalam makanan. Dan dalam industri makanan komersial ianya dikenali dengan kod E penambah perasa makanan, E621.
Struktur kimia MSG terdiri daripada komponen glutamat (~78%) dan natrium (~12%) yang terikat secara ionik. Apabila dimakan, MSG akan larut dalam air liur membentuk ion natrium (Na+) dan glutamat (Glut-). Komponen glutamat akan bertindakbalas dengan reseptor umami pada lidah, dan otak kita mentafsirnya sebagai rasa sedap.
Ion natrium pula merupakan komponen kimia sama yang ada dalam garam (natrium klorida, NaCl). Disebabkan kehadiran ion natrium inilah MSG berasa sedikit masin, dan kesinambungan ini perlu untuk mencetuskan persepsi sedap.
Bagaimana MSG ditemui?
Komponen glutamat pertama kali ditemui pada tahun 1908 oleh ahli kimia Jepun iaitu Profesor Kikunae Ikeda semasa menghirup keenakkan sup (broth) yang dibuat daripada rumpai laut. Beliau kemudian menamakan rasa ‘enak’ ini sebagai ‘umami’ yang mana berasal dari perkataan Jepun ‘umai’ (うまい) yang bermaksud ‘sedap’ dan digabungkan dengan ‘mi’ (味) yang bermaksud ‘rasa’.
Beliau seterusnya mempelajari cara memencilkan (isolate) komponen MSG agar dapat digunakan sebagai penyedap pelbagai jenis makanan dengan cepat dan mudah. Contoh sama seperti proses penghasilan vitamin C yang kemudiannya dijadikan tablet ‘berdos’ sesuai untuk keperluan pengambilan kita tanpa perlu lagi mengambil buah oren yang banyak.
Bagaimana MSG dihasilkan?
Pada awalnya MSG diperoleh melalui proses pengekstrakan dan pemencilan. Namun proses ini sangat lambat dan kosnya mahal. Maka, MSG mula dihasilkan melalui proses penapaian oleh bakteria species Corynebacterium dengan bahan-bahan mentah semulajadi berkanji seperti ubi kayu, ubi kentang, tebu atau jagung. Proses ini adalah sama dengan yang digunakan untuk membuat tapai, kicap, cuka dan dadih.
Larutan kanji yang diekstrak daripada bahan mentah tadi ditukar kepada larutan glukosa melalui proses pencairan dan sakarifikasi di bawah pengaruh tindakbalas enzyme. Seterusnya bakteria menukarkan glukosa kepada asid glutamik melalui proses penapaian. Asid glutamik kemudiannya di neutralkan dengan menambah komponen natrium (NaCl) membentuk larutan MSG. Larutan MSG ini kemudiannya melalui proses penghabluran di mana ditukarkan kepada bentuk kristal (seperti yang kita lihat di dapur) dengan penyejatan air yang berlebihan melalui udara panas.
Apakah itu Umami?
Secara saintifik umami merupakan rasa asas kelima yang mampu dikesan oleh lidah kita selain daripada rasa manis, masam, masin dan pahit. Ia merujuk kepada persepsi pelbagai gambaran rasa sedap makanan seperti ‘rasa semacam daging’ (Bahasa Malaysia), ‘savoury’ (English), ‘xian wei’ (Bahasa Cina), ‘sabroso’ (Spanish), ‘gosto’ (Portuguese), ‘lezzetli’ (Turkish), ‘lecker’ (German).
Selain daripada yang dikomersialkan, Komponen MSG ini juga boleh didapati secara semulajadi dalam makanan harian kita yang berasa sedap. Namun hanya glutamat bebas (mempunyai cas) yang efektif dalam memberikan rasa umami dari makanan.
Selain daripada rumpai laut, glutamat bebas juga terkandung secara semulajadi dalam makanan harian kita termasuk tomato, anggur, keju, cendawan, kicap, ubi kentang, ubi kayu, broccoli, kacang pea, kacang badam, daging ayam, ikan, udang, ketam, daging, budu, cencalok, belacan, besou… malahan dalam susu ibu juga (sebab itu bayi mendapati susu ibu ini sedap disamping pelbagai rasa lain yang dipengaruhi oleh diet pemakanan si ibu). Maka pendek kata glutamat ini terdapat dalam semua makanan yang kita rasa sedap. Maka tidak ada istilah #noMSG
Sebenarnya komponen glutamat merupakan bahan kimia semulajadi dari alpha-amino asid yang digunakan oleh hampir kesemua benda hidup dalam protein sintesis. Ianya terikat bersama asid amino yang lain membentuk struktur kimia protein dalam badan. Ianya dikenali sebagai zat tidak perlu dari sumber luar kerana badan kita mampu menghasilkannya dengan banyak secara semulajadi. Peranan utamanya dalam badan adalah sebagai penguja pengutus saraf (excitatory neurotransmitter) utama dalam badan. Komponen glutamat dan reseptornya banyak ditemui pada sistem saraf dan sistem penghadaman kita.
Bagaimana Proses Kimia MSG dalam badan?
Bergantung kepada jumlah pengambilan dalam diet, kajian menunjukkan proses metabolisma (pertukaran kimia) glutamat berlaku di dalam usus di mana kebanyakkannya ditukarkan kepada gas karbon dioksida, digunakan dalam penghasilan ATP (sumber tenaga) atau ditukarkan kepada asid amino lain iaitu arginine, citrulline, alanine, ornithine, dan proline sebelum diserap oleh badan lalu dimanfaatkan dalam pelbagai proses kimia badan.
Komponen natrium pula berfungsi menyeimbang bendalir dalam dan luar sel, juga dikumuhkan daripada badan melalui peluh, air kencing dan juga najis.
Adakah MSG bahaya?
TIDAK. Kebanyakkan dapatan kajian kesan dilakukan terhadap tikus tidak dapat membuktikan sepenuhnya keburukan MSG kerana sistem metabolismanya yang berlainan dengan sistem badan manusia dan juga cara pemberian MSG yang kurang kebersandaran dalam konsumsi manusia. Ini bermaksud kita tidak makan atau suntik MSG begitu sahaja dalam dos yang tinggi, namun diambil dalam makanan.
Dan justifikasi ini dikukuhkan lagi dengan proses kimia MSG yang berlaku di dalam usus dan ditukarkan kepada amino asid lain (bukan dalam struktur kimia MSG itu sendiri) sebelum diserap badan dan bertindakbalas.
Bagaimana pula dengan kesan sampingan MSG yang telah dilaporkan?
Kesan sampingan pertama oleh MSG dilaporkan pada tahun 1968 yang dikenali sebagai Chinese restaurant syndrome (CRS). Ianya dipanggil sebegitu kerana gejala seperti kebas di bahagian tangan dan belakang leher, dan kadar denyutan jantung meningkat dilaporkan setelah memakan masakan Cina. Pun begitu, punca gejala tersebut akhirnya tidak dapat dikaitkan dengan MSG kerana gejala sama juga berkaitan dengan pengambilan natrium, potassium, alkohol dan histamin yang banyak digunakan dalam masakan Cina.
Pengambilan MSG juga dikaitkan dengan SAKIT KEPALA, sakit dada, kebas otot, masalah kulit. Keadaan ini disebabkan oleh sensitiviti individu (alergi) terhadap MSG terutamanya mereka yang mempunyai kelainan genetik mungkin yang berkaitan dengan masalah penghadaman.
MSG juga dikaitkan dengan peningkatan selera makan. Ini sememangnya betul. Sebab makanan sedap, haruslah menambah. Di sini perlunya akal untuk mengawal nafsu dan selera.
Dan tidak dinafikan kesan buruk MSG yang dirasai oleh sesetengah individu adalah disebabkan oleh kesan ‘placebo’ iaitu peranan bahan kimia dalaman badan yang bertindak bersama apa yang kita fikirkan dan harapkan. Kalau orang Sabah bilang, “dari ko saja tu”. Orang putih cakap “you are what you think”.
Masih lagi ragu-ragu dengan MSG?
Mari lihat antara penilaian keselamatan MSG oleh badan-badan bertangungjawab antarabangsa ini:
Di Malaysia, Akta dan Peraturan Makanan 1985, mengkategorikan MSG sebagai penambah perisa makanan yang dibenarkan, sebaris dengan garam dan lada sulah.
Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) turut mengklasifikasi MSG di bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).
Jawatankuasa Pakar Bersama Memgenai Aditif Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (JECFA), satu badan penasihat saintifik kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) dan Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah untuk Makanan: menklasifikasikan MSG sebagai selamat untuk digunakan dan pengambilan harian yang boleh diterima (ADI) adalah tidak ditetapkan.
Majlis Pertubuhan Perubatan Amerika Syarikat Mengenai Hal-ehwal Saintifik mengklasifikasikan MSG adalah selamat untuk digunakan.
MITOS Mengenai MSG:
Adakah MSG menyebabkan keguguran rambut?
Tidak. Tiada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini. Pakar menyatakan keguguran rambut kebanyakkannya diakibatkan oleh faktor genetik, tekanan, perubahan hormon, kecacatan struktur rambut, pengambilan ubat-ubatan dan rawatan kemoterapi.
Adakah MSG mengakibatkan dahaga?
Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan ini. Kehausan ialah tindakbalas badan yang berlaku disebabkan oleh kehilangan banyak bendalir dari badan atau pengambilan natrium ion (Na+) yang berlebihan. Benar MSG mengandungi komponen natrium ion ini tetapi jumlahnya jauh lagi sedikit iaitu 12% jika dibandingkan dengan 40% dalam garam. Maka pengambilan garam (NaCl) yang berlebihan adalah penyebab kehausan dan bukan MSG.
Adakah MSG menyebabkan tekanan darah tinggi?
Tidak terbukti secara saintifik yang boleh disandarkan kepada kenyataan ini. Seperti juga isu ‘kehausan’, natrium ion dalam garam adalah penyumbang lebih besar kepada tekanan darah tinggi dan bukan MSG.
Adakah MSG menyebabkan kanser?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan ini dan MSG tidak bersifat kasinogen (bahan pengaktif sel kanser).
Adakah LEBIH MSG, makanan menjadi lebih lazat?
TIDAK. Hanya sejumlah kecil MSG diperlukan bagi mencapai rasa optimum. Pengunaan MSG secara berlebihan adalah membazir, malahan menjejaskan rasa ‘sedap’ yang patut dihasilkan. Ini kerana deria rasa umami akan menjadi tepu menyebabkan natrium (daripada garam) lebih dirasai yang mana punca kepada rasa ‘haus’ yang melampau.
Pengunaan MSG dalam masakan yang manis (seperti kuah kacang) dan pahit (seperti peria) juga tiada fungsi penyedap kerana dominasi rasa. Maka tiada keperluan untuk menambahkan MSG dalam masakan sebegini.
Apakah kebaikan pengambilan MSG dalam makanan?
Selain daripada melazatkan makanan, ianya juga meningkatkan selera makan seterusnya menggalakkan pengambilan nutrisi terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan juga warga emas.
Kajian menunjukkan kesan tindakbalas kerjasama (umami sinergi) antara MSG dengan dua lagi struktur kimia protein iaitu necleotides inosinate (IMP) dan guanylate (GMP) yang terdapat dalam makanan berprotein seperti ikan. IMP dan GMP tidak mampu memberikan rasa umami dengan sendiri, namun dengan menambahkan MSG, rasa umami akan meningkat 15 kali ganda.
Memerap makanan berprotein yang mengandungi IMP dan GMP dengan MSG juga mampu mengekalkan rasa sedap makanan untuk jangka masa yang lebih lama. Sebab itu, makanan yang diperap dengan bahan yang mengandungi MSG berasa sangat sedap!
Pengambilan MSG juga akan mengurangkan pengunaan garam sebanyak 30% dan mengelakkan pengunaan gula dalam memberi keseimbangan rasa kepada makanan.
Kajian terkini juga membuktikan pengambilan MSG juga mungkin membaiki penghadaman makanan berprotein dalam perut oleh kerana terdapatnya banyak reseptor glutamat dalam perut.
Namun, berpada-pada juga dalam pengambilan MSG ini untuk mendapatkan kelazatan optimum, mendapat sistem penghadaman yang baik dan yang paling PENTING ialah tidak mengganggu keseimbangan bahan kimia dalaman badan.
Ingat, segala yang BERLEBIHAN itu berpotensi menjadi MUDARAT. Kenali badan anda, jika ada alahan dengan MSG, maka elakkan. Anda sebenarnya unik dari segi genetik.
Sememangnya keburukan mengenai MSG ini telah menjadi mitos yang sukar dibetulkan dalam minda masyarakat. Tulisan ini bukan bertujuan untuk mengalakkan pengambilan MSG, namun lebih bertujuan membetulkan persepsi dan menyampaikan ilmu yang tepat. Pakat-pakatlah sebarkan, betulkan tanggapan buruk terhadap MSG!
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Rujukan: 1) Kazmi, Z., Fatima, I., Perveen, S., Malik, S.S., 2017. Monosodium glutamate: Review on clinical reports. International Journal of Food Properties 20 (2), 1807-1815. 2) Ghirri, A., Bignetti, E., 2012. Occurance and role of umami molecules in foods. International Journal of Food Sciences and Nutrition.
Mari ikuti group FB Makmal Makanan (MaMa) untuk mendapatkan pelbagai ilmu sains berkenaan Makanan dan Pemakanan agar minda kita lebih bebas daripada mitos sebegini.
MW: Semoga perkongsian daripada Pakar Kimia ini bermanfaat. Rupanya “bahaya” guna MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG) selama ini adalah satu MITOS.Jadi jangan ragu-ragu guna MSG dalam masakan. Apa yang penting berpada-padalah dalam penggunaannya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.