Sengkuang atau nama botaninya Pachyrhizus erosus tergolong dalam kategori sayuran. Rasanya manis dan sedikit berkanji. Sengkuang boleh dimakan secara mentah atau dimasak melalui cara goreng kilas, dibuat sup atau dicampur dengan makanan laut mahu pun daging.

Di Malaysia, sengkuang dimakan bersama buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah. Ada juga yang memakan sengkuang dengan meletakkan sos dan menabur kacang hancur di atasnya.

Tahukah anda, sengkuang banyak khasiatnya jika dimakan begitu sahaja. Berikut adalah kebaikan sengkuang.

Merangsang Pencernaan Lebih Baik

Sengkuang mengandungi sejumlah kandungan inulin. Inulin dikenali dengan kemampuannya menyembuhkan perut menentang keradangan. Manakala serat yang terdapat dalam sengkuang dikatakan mampu membantu menyerap zat yang masih ada dalam usus agar tubuh mendapat kebaikan daripadanya. Dengan memakan sengkuang, anda dikatakan mampu mencegah sembelit kerana terdapat kandungan serat yang tinggi di dalamnya.

Merendahkan Tahap Kolesterol

Serat yang terdapat dalam sengkuang dikatakan mampu mencegah usus daripada menyerap terlalu banyak kolesterol sekaligus mengurangkan pengambilan harian kolesterol oleh tubuh. Lebihan kolesterol itu akan keluar melalui air kencing.

Mencerahkan Kulit

Dikatakan orang Cina zaman dahulu telah menggunakan sengkuang sebagai bahan penjagaan kulit. Sengkuang mengandungi bahagian vitamin C yang tinggi dan dikatakan mampu membuatkan tubuh menjadi muda semula. Selain dimakan begitu sahaja, dikatakan anda boleh mencampurkan sengkuang dengan kunyit dan hancurkan keduanya sebelum disapu pada parut di muka atau tubuh. Dikatakan jika sering melakukan cara ini sedikit demi sedikit parut akan berkurangan pada wajah.

IKLAN
Mengekalkan Gula Dalam Darah

Tahap gula yang tidak stabil boleh membahayakan kesihatan terutamanya jika anda menghidap diabetes. Mungkin sengkuang adalah ramuan yang paling baik untuk tahap gula tidak stabil bagi mencegah diabetes daripada berlaku. Ini kerana kehadiran inulin di dalam sengkuang dikatakan hampir tidak ada kalori dan boleh menahan keperluan gula yang diperlukan tubuh tidak melebihi jumlah yang diperlukan. Gula berlebihan itu akan keluar melalui bentuk air kencing.

Menguatkan Sistem Imun

Vitamin C yang terdapat dalam sengkuang katakan mampu membantu menyembuhkan sel-sel dan tisu dalam tubuh sekaligus mampu merangsang sistem imun. Kelebihan ini mampu membantu tubuh untuk menentang penyakit bahaya yang mampu merosakkan tubuh.

IKLAN
Membantu Menentang Kanser

Kehadiran antioksidan dalam sengkuang amat baik untuk tubuh dalam pelbagai cara. Dikatakan sifat-sifat antioksidan dalam sengkuang boleh menjadi kunci untuk menentang radikal bebas yang membawa kepada pembentukan sel kanser.

Mengekalkan Metabolisma Yang Menyihatkan

Kandungan nilai pemakanan dalam sengkuang membenarkannya memperbaiki metabolisme. Dalam sengkuang terdapat folat, riboflavin dan vitamin B kompleks yang dikatakan mampu menstabilkan perut daripada sebarang rasa sakit. Ia juga dikatakan mampu memecahkan zat untuk diserap ke dalam aliran darah dan melepaskan tenaga menjadikannya penting untuk perut.

IKLAN
Merangsang Kehamilan Sihat

Selalunya ketika hamil, wanita perlu mengambil pil folat yang diperlukan untuk pembesaran bayi secara sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ibu hamil juga boleh memakan sengkuang sebagai cara semula jadi dalam memenuhi keperluan folat yang diperlukan tubuh kerana sengkung mengandungi folat.

Melindung Daripada Skurvi

Skurvi sering berlaku apabila tubuh kekurangan vitamin C. Tanda-tanda awal simptom kekurangan vitamin C ini agak teruk sehingga membolehkan mereka yang mengalaminya perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Simptom-simptom skurvi termasuklah rasa lemah, tangan dan kaki lenguh serta mengalami rasa sakit pada bahagian belakang. Memakan sengkuang dikatakan mampu mencegah keradangan pada bahagian tubuh tersebut.

Mengurangkan Berat Badan

Makanan kalori rendah amat penting untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Dikatakan 100 gram sengkuang mengandungi lebih kurang 35 kalori. Selain itu sengkuang tinggi kandungan air dan serat yang pasti membantu anda rasa kenyang lebih lama. Sengkuang juga boleh dijadikan snek terbaik bagi mengurangkan selera makan dan menahan rasa teringin makan tanpa menambah sebarang berat badan atau kehilangan sebarang kebaikan nilai pemakanan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI