
Ternyata virus Covid-19 tidak mengenal siapa. Di Arab Saudi sehingga 150 ahli keluarga kerabat diraja dikhuatiri dijangkiti coronavirus (Covid-19). Berita ini telah dilaporkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kedua-duanya telah dikuarantin bagi mencegah dijangkiti penularan ini dari ahli keluarga mereka.
Oleh hal yang demikian, hospital elit di sana diminta untuk bersedia menerima pesakit VIP dalam masa terdekat kerana bimbang ahli keluarga diraja dijangkiti Covid-19.
Putera Arab Saudi yang menjadi gabenor Riyadh dilaporkan menjalani rawatan intensif kerana dijangkiti COVID-19, selain beberapa orang ahli keluarga diraja turut berada dalam keadaan tidak sihat.
The New York Times melaporkan, malah, doktor di sebuah hospital elit yang merawat ahli keluarga al-Saud turut dikatakan sedang menyediakan hampir 500 katil untuk kemasukan ahli keluarga diraja serta kontak rapat yang tidak dijangka, menurut sumber dalaman diraja.
Arahan Diterima & Bersedia Terima Pesakit VIP
Satu salinan diperoleh oleh The New York Times menyatakan ‘Kita tidak tahu berapa banyak kes, tapi kita akan bersedia’, menurut apa yang tertulis pada mesej, dengan arahan semua pesakit tidak kronik dikeluarkan segera, hanya kes tertinggi saja diterima.
Ini menjelaskan bahawa kakitangan yang sakit hanya akan dirawat di hospital lain selain hospital elit yang hanya disediakan untuk golongan diraja.
Lebih daripada enam minggu selepas Arab Saudi melaporkan kes pertamanya, COVID-19 kini mengejutkan apabila menyerang keluarga diraja.
Dikatakan seramai 150 keluarga diraja dipercayai kontak rapat dengan virus berkenaan, menurut seseorang yang rapat dengan keluarga diraja. – The New York Times
Sumber: Berita Harian
MW: Sekiranya anda mengalami simptom-simptom, cepatlah berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut. Duduk diam di rumah dan stay safe.