
‘Honey Chicken Wings’ atau Kepak Ayam Madu memang ada penggemarnya yang tersendiri. Mudah je buat resipi ni sendiri di rumah. Lebih jimat malah rasanya lebih padu dan sedap apatah lagi jika diperap lama ramuannya. Boleh dibakar dalam oven mahupun gunakan air fryer je.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aliah Yahaya Alia ini
Honey Chicken Wings. Resepi campak-campak.Bukan campak piewwwwww gitu. Takde sukatan makna nye.
Bahan-Bahan:
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili -taruk sebab nak bagi naik warna dan suka pedas
Honey
Garam
Cara Membuat:
1. Cuci bersih kepak ayam.
2. Campur semua bahan-bahan, gaul sebati dan perap dengan kepak ayam.Perap lagi lama lagi sedap.
3. Bakar dalam oven pun boleh. Yang ni pakai air fryer je.

Suhu : 170c /15 minit pertama
Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit
Ikut masing-masing punya air fryer ye.

Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!
‘Korean Garlic Cheese Bread’ MUDAH, Guna Roti Burger Bakar Dalam Air Fryer
MW: Kalau suka makan kepak ayam, wajib cuba resipi ni. Memang sedap dan rasanya padu apabila bakar dalam air fryer. Malah nak lebih sedap, ramuannya kena perap lama.
Sumber: Aliah Yahaya Alia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Asam Pedas Ikan Kembung Lemak SEDAP, Tumis Cabai Kena Lama, Biar Betul-Betul Masak!

Bagi orang Johor dan Melaka, menu Asam Pedas ni bagaikan satu kemestian. Nak buat Asam Pedas yang sedap, cantik warnanya kena pastikan tumis cabai dengan lama sehingga betul-betul masak garing. Malah kuahnya mesti pekat, secukup rasa masam dan pedasnya. Tak kisah guna apa jenis ikan pun, daging mahupun ayam.Semuanya sedap. Namun, ikan kembung selalu menjadi pilihan kerana ia isinya ‘manis’ berlemak.
Mak-mak penggemar asam pedas, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini.
Asam Pedas Ikan Kembung Lemak. Menu favourite arwah ayah. Arwah ayah orang Johor. Memang boleh kata seminggu tu mesti ada menu ni mak masak. Anak dia kalau masak kadang-kadang jadi, kadang-kadang idok.
Tip mak, tumis cabai tu kena lama, biar betul-betul masak. Alhamdulillah, hari ni mood asam pedas sis berkerjasama dengan baik.
Resepi ni ikut style saya ye, kalau tak sama dengan tuan, puan, maaf ya. Sebab ada bahan saya memang tak masukkan.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG LEMAK
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh
2 senduk cili blend
Bahan lain:
Ikan kembung @ ikan apa-apa pun ok
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blend sampai betul-betul pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3.Dah didih boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4.Last sekali letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh.

Info Ekstra!
- Nak pekat bahan-bahan kena banyak, tak cukup nanti kuah cair tak best.
- Saya suka masak guna kuali besar macam ni. Senang nak kacau.

Siap! Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Lumur Ikan Dengan Kunyit Hidup, Rahsia Masak ASAM PEDAS Lebih Sedap!
KUAH LADA Kelapa Bakar, Rasa Tak Sama Macam Asam Pedas Biasa
Resipi Asam Pedas Melaka & Johor, Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!
Mingguan Wanita:Sedapnya makan asam pedas dengan nasi panas. Boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini nanti.
Sumber: Sharinaz Redwan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi KUIH BAKUL Homemade Halal, Kukus 8 Jam Wangi Alas Daun Pisang!

Kuih Bakul (Nian Gao dalam Kantonis) merupakan makanan tradisi kaum Cina yang sering disediakan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Bahan utamanya adalah tepung pulut dan ia berbentuk seperti dodol. Jika beli di pasaran, mungkin kita ragu-ragu dengan status halalnya dan bahan-bahan yang digunakan. Sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah. Malah dijamin halal dan yakin kebersihannya.
Boleh cuba resipi Kuih Bakul yang dikongsikan oleh Puan Hidjrah Ali ni.
Kuih bakul resepi dari jiran. Seperti yang dijanjikan kuih bakul cara saya macam dodol.
Bahan-Bahan:
500 gm tepung pulut (sebungkus)
190 gm gula pasir
400 gm gula merah
500 ml air
Santan 200 ml
Beberapa helai daun pisang
Cara Membuat:
1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).

6. Didihkan air dan kecilkan api.
7. Tuangkan adunan ke dalam tin.

8.Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.

Siap! Selamat Mencuba!



Baca Lagi Di Sini:
Bukan Saja-Saja Dihidangkan, Ini Simboliknya Kenapa Yee Sang Jadi Makanan WAJIB Ada Ketika Raya Cina!
Doktor Ini Terang Cara Betul Makan Limau Mandarin, Nanti Taklah Batuk Atau Sakit Tekak
MW:Jika sebelum ni ragu-ragu nak beli kuih bakul di pasaran, boleh buat sendiri di rumah. Yakin bersih dan terjamin status halal bahan-bahannya.
Sumber: Hidjrah Ali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jadikan Makanan Pantang Pun Lepas Dan Nak Kurus Juga Boleh

Nampak gaya macam makanan pantang tetapi kalau nak cuba resepi ini memang bagus sebab cara masaknya jenis sihat.
Haaa… apa yang penting mak-mak kena tahu rahsia masakan yang dikongsi Puan Juriah Halimatun Ahmad ini dulu. Terbaik dari dapur!
Dah fikir-fikir ke nak masak apa untuk tengahari nanti?
Ok, mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN .
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri – 3/4 keping
Asam keping – 1 keping
Kunyit hidup- 3-4 inci
Lada hitam -2 sudu kecil
Bawang putih – 1/2 labu
Sedikit garam
Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Cara-caranya senang sahaja.
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.
Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak.
Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak?
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak.
By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Apa lagi, cuba, jangan tak cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

