Rupanya kesan karat pada iron boleh dihilangkan dengan guna lemon dan berus dawai besi je. Masalah biasa berlaku bila guna iron ialah karat pada permukaannya. Ia mungkin sebab seterika tersebut selalu digunakan atau kesan terbakar bila gosok pakaian.Bila ada kesan karat pada seterika ni, nak gosok baju pun jadi susah, ia jadi kesat.Baju pun jadi tak licin sebab tersangkut-sangkut dengan kesan karat pada iron ni.

Menerusi perkongsian oleh Puan Sumaiyah Abdullah, lemon dan berus dawai besi boleh bantu mak-mak atasi masalah ini dan jadikan permukaan iron tersebut licin berkilat macam baru beli.

Berikut perkongsian beliau;

DIY CUCI KARAT SETERIKA

Kerap terjadi masalah iron berkarat macam ni kan? Senang je caranya nak hilangkan kesan karat ni. Guna 2 bahan dapur je. Lemon dan berus besi.

Bahan-Bahan:

Setengah biji lemon
Berus Dawai Besi

IKLAN

Cara Membuat:

1.Mula-mula sediakan lemon yang telah dibelah dua. Kemudian sapu dengan penuh tatatertib sehingga basah pada bahagian karat dengan harapan cair lah karat iron tu.

2. Jangan lupa ‘on’ kan iron tersebut sehingga suam-suam panas.

Hilangkan Kesan Karat Pada Iron Guna Lemon & Berus Dawai Besi, Gerenti Jadi Licin Berkilat! Tapi Ada Caranya

IKLAN

3.Ini dia alat power dekat dapur. Berus besi lejen.Korang pegang berus besi ni pakai sarung tangan dapur, kemudian gosok..jangan tak gosok..sampai lah luntur kesan karat tadi. Jangan lupa alaskan kain kat bawah. Satu kerja pulak nak cuci karat yang menitik. Bila karat dah luntur, basahkan kain dan sapu iron tadi sehingga bersih.

Hilangkan Kesan Karat Pada Iron Guna Lemon & Berus Dawai Besi, Gerenti Jadi Licin Berkilat! Tapi Ada Caranya

IKLAN

3.Tadaa. Dah pun hilang. Inshaallah next time karat tu datang lagi. Korang jangan marah pulak. Dah memang takdir saterika jadi hitam macam ni bila kerap digunakan. Kalau tak boleh terima, simpan je saterika bawah meja atau dalam almari, konfem tak berkarat.

Hilangkan Kesan Karat Pada Iron Guna Lemon & Berus Dawai Besi, Gerenti Jadi Licin Berkilat! Tapi Ada Caranya

Selamat mencuba, gerenti berpuas hati dengan hasilnya.
Semoga bermanfaat

Sumber:Sumaiyah Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI