Konflik menantu dengan mentua, khususnya menantu perempuan bukan cerita baru. Dari dulu lagi sudah bermula. Puncanya mungkin boleh jadi daripada perkara yang kecil saja.
Namun bagi menantu yang tinggal serumah dengan mentua risiko untuk konflik itu lebih besar sebab itu disarankan supaya pasangan suami isteri tinggal berasingan.
Tak akan sama, pengalaman buruk tinggal serumah dengan mentua ada macam-macam jenis. Terlalu banyak persoalan negatif berbanding yang positif. Agaknya macam mana nak melahirkan sebuah keluarga harmoni dan tenteram?
Jalan terakhir, anda terpaksa memilih keluar dari rumah mentua. Anak-anak yang sudah mesra dengan nenek mahupun datuk mula terasa rindu apabila terpaksa tinggal berjauhan.
Ada wanita mahukan lebih privasi dalam rumah tangga. Mereka tak nak dikongkong dan nak bebas tidur lama dan bila-bila masa boleh ‘asapkan dapur’. Tak ada yang nak marah dan jadi ‘mata-mata’. Dan sudah tentu apabila diaju soalan sama ada mahu tinggal di rumah mertua atau tidak, pasti jawapannya TIDAK!
Tetapi kalau tiada pilihan, mampu ke anda dan pasangan duduk sebumbung dan membina sebuah hubungan menantu mentua yang berbaik sangka? Beberapa panduan ini boleh dicuba dan membantu anda yang sedang berhadapan konflik yang cukup menduga emosi ini.
1. Peranan mentua
Dalam soal menangani konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga, seharusnya ketua keluarga iaitu ibu mentua tidak terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak-anaknya. Biarkan anak-anak menentukan hala tuju rumah tangga mereka. Sebagai ibu, anda hanya perlu memantau. Apabila berlaku masalah yang terlalu besar, barulah anda campur tangan.
Ads
2. Tegas mengatur jadual
Apabila bertekad mahu hidup sebumbung bersama mentua, antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah belanja dapur. Sesekali biarlah pasangan itu belanja mak ayahnya. Dia bagi lebih, esok hari rezeki lain lagi tiba. Bukan orang lain, malah itu orang yang pernah besarkan pasangan kita.
3. Hati-hati dalam soal kewangan
Perkara paling sukar dikawal apabila tinggal bersama mentua menantu pastilah dalam soal kewangan keluarga. Pasti akan menjadi pertelagahan apabila ada pihak yang jenis ‘berjimat’ dalam kewangan. Baik dari segi suami belanja maknya lebih atau sebaliknya. Pasti ada bunyi!
Kalau benda ini terjadi, kedua-dua pihak perlu bermuafakat dan sentiasa berbincang untuk mengelakkan perselisihan faham. Sememangnya tidak mudah untuk tidak bermasam muka di dalam sebuah keluarga yang besar, namun andai pendekatan bersederhana dalam pergaulan menjadi amalan, pasti kemesraan mudah terjalin.
Ads
4. Jangan buat keputusan sendiri, berbincang dengan suami
Andai ada perkara yang membuatkan anda kurang senang tidak salah berbincang hal itu dengan suami. Namun, anda tidak boleh menyalahkan sebaliknya menjelaskan apa yang anda alami ketika itu. Dengan itu, suami pasti akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah anda.
Perlu diingat, suami atau isteri pasti tidak gemar andai anda memperlekehkan keluarga mereka. Sebaik-baiknya anda kena berkomunikasi dengan tenang dan tidak terburu-buru dalam menyatakan sesuatu pandangan. Berfikirlah dengan tenang dan pastikan, luahan hati anda itu tidak mengundang mudarat pada hubungan adik beradik mereka.
Ads
5. Jangan paksa suami
Jangan sesekali memaksa suami mendengar kata-kata anda tanpa kerelaannya. Apabila suami bertindak, biarlah dipandu oleh akal fikiran waras dan bukannya emosi akibat dipengaruhi oleh kata-kata isteri. Bukankah berbaik sangka dengan keluarga mentua adalah jalan terbaik untuk mencipta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.
Apabila berlaku konflik dalam keluarga, anda perlu belajar menerima penyelesaian yang akan diambil oleh suami anda. Kalau kurang bersetuju, cuba cadangkan perkara yang tidak akan memberi bebanan kepada kedua-dua belah pihak.
6. Fikir yang baik-baik pasti benda baik-baik yang muncul
Adakah anda tahu apabila hidup bersama di bawah satu bumbung, sebenarnya anda sedang mencipta penyatuan budaya dengan keluarga mentua. Yang mana, anda perlu belajar pendekatan pendidikan dan sosialisasi keluarga mentua. Jadi, berfikirlah positif agar anda mampu menyerap budaya yang positif dalam membesarkan anak-anak anda.
Sekiranya keadaan betul-betul memerlukan anda untuk tinggal bersama kedua ibu bapa mahupun mentua, fahamkan cabaran yang bakal dihadapi dan buat persediaan mental. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil sebab ada juga pasangan yang bahagia apabila tinggal serumah dengan ibu bapa atau mertua.
Yang penting, sentiasalah berkomunikasi dengan sihat sesama ahli dalam keluarga dan bersedialah untuk bertolak-ansur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Sahkan Hamil 2 Bulan
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.
Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.
Setelah dapat hidu kecurangan suami, seorang isteri mengamuk di sekatan jalan raya dan menyerang suami bersama kekasih gelapnya.
Ternyata, tindakan senekad ini diambil bukan atas kesalahan pertama kali, mesti sudah berkali-kali dan telah diberi peluang.
Dek kerana rasa diri tertipu dan teraniaya, seorang wanita sanggup mengambil langkah drastik ini. Jika isterinya dalam keadaan tenang dan normal, tak mungkin dia sanggup bertindak sedemikian dan memalukan suaminya.
Dapat Hidu Kecurangan Suami
Seorang isteri yang mendapat tahu mengenai kecurangan suaminya bertindak mengamuk di tepi jalan, di sebuah lokasi sekatan jalan raya di wilayah Jawa Timur, Indonesia, lapor portal berita Dream.co kelmarin.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, wanita tersebut sedang memarahi suaminya dan kekasih gelapnya secara serentak, serta tidak menghiraukan anggota polis yang berada di situ.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Urutan memang baik untuk tubuh.Lebih-lebih lagi urutan sentuhan penuh kasih sayang yang dilakukan daripada seorang ibu kepada anak-anak. Titik sentuhan saraf-saraf tertentu ini, mampu memberi ketenangan, kecergasan dan aura positif pada anak.
Menurut perkongsian Puan Norafiza Mahmud, rupanya ada 6 teknik urutan yang mak-mak boleh lakukan pada anak untuk anak kekal cergas dan senang dikejut kesekolah setiap pagi.
Berikut antara perkongsian beliau;
Emak cik oya pandai mengurut tapi urut untuk anak-anak sahaja. Mungkin mewarisi sedikit kelebihan dari emak. Cik oya mula melatih diri mengurut anak-anak pula.
Sekarang sudah menjadi tabiat. Selepas urut sahaja bisik di telinga mereka untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terus bangun seperti di pukau.haha.Pukauan ibu.
Selalu selepas solat subuh cik oya urut dia orang. Ini bukan teknik pakar. Urutan ini adalah urutan sentuhan atau aura positive ibu kepada anak-anak.
Sediakan DOA mudah ini sewaktu urutan.
Al-Fatihah Ayat Kursi
Sepanjang urutan kalian baca dan sembur pada badan anak-anak.Jika anak-anak jatuh, sakit badan atau sebagainya. Urut dan sembur pada bahagian yang sakit. In shaa Allah. DOA ibu akan menyembuhkan anak.
Tidak perlu melakukan semua teknik dalam satu masa. Apa yang perlu adalah konsentransi pada setiap hari dan pagi.
Cara dan teknik ada disetiap gambar. Mohon baca sebelum praktikkannya.
1.Urutan Untuk Kesihatan
Kanak-kanak 90% kehidupan mereka adalah bermain. Badan mereka juga merasa letih dan penat. Urutan lembut ini sangat merangsang kesihatan anak cik oya untuk bebas dari demam, batuk dan sebagainya.
Cik oya sudah bermula dengan urutan ini sejak setahun lepas.
2.Urutan Dada Dan Perut
Urutan ini menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
3. Urutan Bawah Telinga
Ini adalah teknik yang cik oya suka. Azraqi juga suka. Dengan DOA agar segala yang mereka belajar di sekolah lebih mudah faham dan cepat di terima.In shaa Allah. Cik oya nampak perubahan mereka.
4.Urutan Telinga
Urutan telinga ni selalu mak cik oya buat pada cik oya. Ya Allah. Sangat relaxing. Walaupun hanya telinga. Impak dia sangat besar.
5.Urutan Tepuk Angin Pada Belakang Badan
Jika melakukan urutan ini sewaktu subuh. Bisik sahaja di telinga mereka untuk bangun dan Mandi ke sekolah.Sewaktu urutan. Kejut lembut dan bertanya.
Best tak mommy urut abang?
Pastikan kalian mendapat jawapan dari Mereka. Ini menandakan positive vibe sudah masuk ke minda.
Daripada ” abang, cepat bangun. Jom pergi sekolah”
In shaa Allah. Ini bukan janji. Jika kalian lakukan penuh ikhlas Dan konsistan. Kalian dapat hasilnya.
6. Urutan Belakang
Urutan badan ini akan membuatkan badan anak rasa bertenaga dan ringan. Kalian boleh melakukan dan mengamalkan urutan ini setiap pagi selepas solat subuh.
Semoga bermanfaat. Lepas ni mak-mak bolehlah cuba teknik-teknik urutan ini pada anak-anak iya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...