Hidup itu pilihan masing-masing, jadi berlapang dadalah bila prinsip kita bertentangan dengan orang lain. Tidak semestinya prinsip hidup kita wajib sama dengan orang lain. Malah jika berbeza sekali pun, cuba raikan perbezaan.
Tak perlu mak,ayah tegakkan atau mahu orang lain ikut prinsip anda iya. Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik.
Ada orang, prinsipnya makan biar bercatu asalkan simpanan dapat empat angka setiap bulan. Ada yang berpendapat, bab makan jangan berkira, simpanan cukup 5 hingga 10 peratus gaji sudahlah.
Ada orang, prinsipnya tak wujud peluang kedua selepas pasangan curang sebab baginya curang ini pilihan. Ada yang prinsip sebaliknya, sebab baginya manusia ini sentiasa buat silap.
Ada orang, biarlah batalkan majlis kalau sudah nampak banyak red flags dari bakal pasangan. Tapi ada yang pilih, tak apa, manusia boleh berubah lalu teruskan pernikahan.
Ada orang, dia berpendapat duit hantaran perlu pihak lelaki usahakan sendiri 100 peratus sebab itu tanda kesungguhan lelaki mengahwininya. Ada yang fikir, nak hidup bersama selepas ni, jadi okay saja share 50-50 duit hantaran itu.
Sebab itu kadang kita hairan ada orang yang boleh bertahan dalam sekian-sekian keadaan sedangkan kalau ikut sesetengah orang lain, sudah lama dia pilih laluan ‘exit’.
Pilihan masing-masing kan. Kadang yang buat kita kuat ini pun kerana prinsip dan pendirian kita. Bagi saya, setiap orang berbeza ‘limit’ masing-masing.
Semua orang ada caranya sendiri dalam mengemudi hidup.
Dan kita? Tak perlu ‘tegak’ dengan prinsip kita sahaja yang kononnya paling betul, bahkan cuma perlu berlapang dada apabila prinsip kita bertentangan dengan prinsip orang lain.
Prinsip orang begitu, dia yang lalui pilihannya.
Prinsip kita begini, harungilah pilihan kita sendiri.
Biarlah kita dengan cara dan hidup masing-masing. Pengakhirannya kita semua bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan dan keputusan yang kita pilih.
Pengaruh ayah bukan ke atas anak lelaki saja, bahkan pada anak perempuan juga. Tak dinafikan, besar peranan seorang ayah dalam mendidik anak-anak, sama seperti seorang mak.
Semua orang tahu bagaimana besarnya pengaruh ibu kepada anak-anak. Anda sendiri sebagai ibu tentu mahu menjadi ibu yang terbaik demi anak-anak.
Namun jauh di sudut hati kita dapat merasakan ada masa dan ketikanya hasrat itu bertembung dengan kemampuan diri sendiri. Ada jutaan sebab dan rahsia gelap dalam perjalanan hidup anda yang tidak ada orang lain tahu dan tidak pernah anda cerita kepada sesiapa pun sebelum ini.
Tiba-tiba sekarang anda membaca nota ini. Anda menarik nafas panjang dan barulah tahu kenapa anda tidak dapat menjadi isteri dan ibu terbaik sebagaimana yang diharapkan. Ya, memang kita tidak dapat memilih dalam keluarga mana kita mahu dilahirkan dan siapa yang menjadi ibu bapa kita dahulu.
Benarlah sabda Rasullullah s.a.w; “Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Namun adakah anda mahu meletakkan kegagalan menjadi isteri dan ibu terbaik itu kepada ibubapa anda dahulu?
Tidak kira bagaimana corak dan gaya dibesarkan dahulu, anda pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat semula ke dalam diri, maka pasti tidak boleh dinafikan betapa besarnya pengaruh ayah sebagai lelaki pertama yang anda kenali.
Isu ini dipetik oleh Linda Nielsen iaitu Profesor Psikologi Remaja di Wake Forest University iaitu pengarang buku Father-Daughter Relationships: Contemporary Research and Issues. Beliau menyatakan pengaruh ayah memberi kesan yang sangat memeranjatkan tetapi jarang dibincangkan ke atas anak perempuan.
Anda bertuah kerana mempunyai ayah yang hebat dan itu menjadikan anda ibu yang terbaik untuk mendidik anak dara sendiri. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai tuah seperti anda? Mereka dahulu dibesarkan oleh ayah yang gagal.
Bagaimana jika anak perempuan mereka nanti akan menjadi menantu anda? Adakah anda bersedia untuk memahami menantu perempuan anda itu? Nota kali ini ialah tentang memahami pengaruh ayah yang gagal kepada anak-anak perempuan mereka?
Yang pertama sekali cemburu. Ini bukan cemburu sebab sayang tetapi lebih kepada rasa rendah diri yang kronik. Perempuan begini tidak percaya kepada lelaki tetapi dalam masa yang sama tetap memerlukannya.
Apabila ada lelaki yang suka kepadanya dia menjadi sangat cemburu. Pantang terlambat balik ke rumah terus disiasat bertalu-talu. Pantang terlewat membalas panggilan telefon terus marah-marah. Pantang terjeling perempuan lain terus histeria. Ini kerana dia merasa diri tidak cukup cantik dan sentiasa berfikir yang lelaki itu akan jatuh ke perempuan lain yang lebih baik.
Ada juga keadaan perempuana begini menolak untuk pergi lebih jauh kerana lelaki itu ‘terlalu baik’. Pelik bukan? Selama berkenalan lelaki itu melayan dirinya dengan sopan dan ikhlas untuk mengambilnya sebagai isteri.
Yang menariknya dia tidak menolak secara terus tetapi secara tidak sedar menimbulkan pelbagai isu, karenah dan perangai yang mencabar kesabaran. Dia menolak bukan kerana cemburu walaupun tahu ramai perempuan lain suka kepada temannya itu kerana lelaki itu memang jujur dan setia.
Nampak seperti menolak tuah, bukan? Apa yang sebenarnya berlaku ialah dia merasa kekurangan dan tidak layak untuk menerima layanan baik itu.
Anak perempuan yang dibesarkan oleh ayah yang gagal juga secara tanpa sedar cenderung jatuh ke tangan lelaki yang serupa. Ini adalah disebabkan faktor keserupaan. Kecuali dengan campur tangan positif pihak lain, mereka tidak ada masalah menerima lelaki gagal sebagai suami.
Walaupun naluri sebagai perempuan tidak menyukai perkara itu tetapi oleh kerana mereka telah melalui pengalaman itu maka mereka menerima kehadiran lelaki gagal itu sebagai sesuatu yang biasa.
Seorang klien saya berumur sekitar pertengahan 30-an. Mula mendirikan rumah tangga tidak lama selepas tamat belajar di universiti. Telah berkahwin tiga kali. Yang menariknya kesemua bekas suami dia adalah lelaki tua yang berumur lebih 50 tahun. Dua orang suami terdahulu berpisah mati dan seorang lagi berpisah hidup. Bersedia untuk berkahwin lagi kerana “…. perlukan kasih sayang yang dia tidak dapat daripada ayah yang selalu memukul ibunya dahulu”.
Selalunya orang bercerita tentang anak lelaki. Karenah anak lelaki semasa kecil dan tanggungjawabnya bila meningkat dewasa. Jarang kita bercakap hal anak perempuan. Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, semuanya mempunyai cara yang berbeza dalam menjaganya.
Ada orang cakap beruntung dapat anak perempuan, esok-esok ada kawan temankan mak di dapur. Ramai anak lelaki pula, boleh jadikan satu team bola sepak. Bila peroleh anak perempuan, sudah tentu inginkan anak lelaki pula. Begitu juga bila ada anak lelaki, mahukan anak perempuan pula.
Ditakdirkan rezeki semua anak permpuan dan semua anak lelaki. Terimalah dengan redha sebab itu rezeki yang Allah berikan. Beruntungnya bila mak ayah mempunyai kedua-duannya. Dari situlah tahu macam mana peel dan perangai anak perempuan dan lelaki cukup berbeza.
Perkongsian daripada Nooraffia Abdullah cukup memberi kesan dan peringatan mak ayah di luar sana tentang cabaran menjaga anak perempuan dan anak lelaki yang memang berbeza.
MW: Begitulah bezanya besarkan anak perempuan dan anak lelaki. Sebagai mak ayah, kita kena peka sebab semua ini adalah tanggungjawab mak ayah yang akan ditanya esok nanti.