Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang sudah pun mencecah usia 38 tahun sejak penganjurannya. Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985 manakala Hero Remaja pula bermula sejak tahun 1990. Kini telah tiba masanya edisi terbaharu dipersembahkan kepada umum.
Setelah dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis terkini telah pun diumumkan. Namun menyuntik sedikit kelainan, kedua-dua pertandingan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023. Menerusi sidang media yang dilangsungkan pada 31 Oktober 2023 bertempat di Astro, Bukit Jalil, kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021. Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepat kerana beliau merupakan seorang selebriti serba boleh dan terkenal serta merupakan antara alumni Dewi Remaja paling berjaya.
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) pada edisi kali ini dilakukan dengan sangat teliti mengambil kira potensi dan bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan. Apa yang pasti, setiap seorang memiliki keperibadian menarik untuk ditonjol dan potensi tinggi untuk dijulang sebagai wajah baharu yang mewakili remaja Malaysia dalam industri hiburan tanah air mahupun lapangan lain yang mereka ingin ceburi.
Kesemua finalis telah dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 telah menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta. Menariknya, sepanjang empat minggu uji bakat berlangsung, siaran video di media sosial telah berjaya mencapai lebih 30 juta tontonan.
Ads
Fiezreen Ahmad
Menurut Fiezreen Ahmad selaku Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran jenama ini.
“Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah legasi ulung yang dicetuskan oleh Majalah Remaja. Berevolusi dari dunia cetak ke dunia digital, dua pencarian ini terus berkembang seiring zaman. Sepanjang penganjurannya selama lebih 38 tahun, ramai permata industri seni dilahirkan. Antara generasi baharu pertandingan ini yang kini menjadi bualan hangat seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Anna Jobling, Shaza Bae, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Tracie Sinidol.
“Meneruskan legasi ini, sepanjang uji bakat diadakan, para peserta telah diuji dari pelbagai aspek antaranya personaliti diri, bakat, pengetahuan am dan gaya komunikasi. Bagi kami ini sangat penting untuk melahirkan bintang yang siap untuk industri dan boleh menjadi contoh yang baik kepada remaja di luar sana. Mereka bukan sekadar anak seni namun harus memiliki pandangan dan jati diri yang utuh apabila berada di khalayak ramai.
“Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik. Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara.
Ads
“Selain penampilan mereka selama lapan episod di kaca televisyen menerusi Astro Ria, para finalis juga akan ditampilkan di setiap platform media sosial Majalah Remaja menerusi pelbagai kandungan dan aktiviti yang bakal diadakan. Menariknya kami akan turut memberi peluang kepada para peminat mereka kelak untuk menyertai aktiviti yang telah kami susun,” kongsi Fiezreen.
Idlan Zahari
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari pula berkata, “Berdiri teguh sebagai platform yang mampu melahirkan bakat baharu generasi muda, Astro Ria teruja untuk mempersembahkan ‘Hero Dewi Remaja 2023’, gabungan dua jenama pencarian Hero dan Dewi terkemuka yang diterjemah ke dalam edisi terbaharu menerusi kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv ini.
Selaku penyiar rasmi program realiti ‘Hero Dewi Remaja 2023’, kami ingin menampilkan pembaharuan yang bertepatan dengan golongan remaja masa kini, khususnya dengan memperkenalkan 16 Hero dan Dewi yang dipilih sebagai model peranan untuk menonjolkan bakat dan kebijaksanaan mereka kepada para penonton.
Terdapat pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telahpun disusun untuk menghiasi tugasan dan cabaran agar kami dapat mempersiapkan Hero dan Dewi ini dengan ilmu yang relevan dan boleh diterapkan di dalam kehidupan mereka. Pastinya, Hero dan Dewi ini bakal memikat hati penonton dan mengumpul kelompok peminat dengan bakat dan kebolehan mereka yang terpendam. Sebagai tambahan, Hero dan Dewi ini juga bakal menyerikan barisan selebriti-selebriti di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.
Ads
Akhir kata, kami berharap semoga penganjuran Hero Dewi Remaja pada tahun ini menjadikan Astro sebagai platform pencarian bakat komersial yang utuh sekaligus meletakkan Astro sebagai destinasi utama dalam menghasilkan bakat baharu industri hiburan tempatan,” tambah Idlan.
Berikut merupakan 16 orang peserta telah terpilih sebagai finalis Hero Dewi Remaja 2023.
NO.
FINALIS HERO DEWI REMAJA 2023
UMUR
NEGERI ASAL
1
Arabella Ellen binti John Robert Nelson
18
Selangor
2
Nurelyana binti Baharin
21
Sarawak
3
Qistina Rania binti Fakhrul Azam
22
Kelantan
4
Nur Azka Azimah binti Ahmad Aziz
23
Sabah
5
Cora Waybin
23
Sabah
6
Nuramira binti Mohamed Rafid
23
Selangor
7
Nur Adrina binti Kamaruddin
24
Kelantan
8
Nur Amirah Afrina binti Mohd Hashim
24
Kedah
9
Aariz Iskandar bin Idris
18
Selangor
10
Tan Jia Song
21
Selangor
11
Mohd Al Hakim Khan bin Fakhruh Hadi
22
Selangor
12
Azri Safix bin Mohd Razal
23
Kuala Lumpur
13
Che Aiman Ameer bin Che Kamarudin
23
Johor
14
Muhammad Fitri bin Mohd Farok
24
Kuala Lumpur
15
Razin Qidran bin Noor Hisham
24
Kuala Lumpur
16
Evertts McClane Gomes
25
Sabah
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo. Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi peminat haruman eksklusif di utara tanah air, nama Perfume Paradise bukan lagi asing. Produk yang sudah tiga tahun menawan hati pelanggan di Euphora Pulau Pinang menjadi tumpuan utama dalam acara Pesta Wangi-Wangian Perfume Paradise yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Mohd Syamil Khusairi, Pengurus Euphora Pulau Pinang, produk ini bukan sahaja antara ‘top seller’ di kedainya, malah kekal menjadi pilihan pelanggan kerana kepelbagaian pilihan yang ditawarkan.
“Kami ada lebih 70 wangian berbeza yang memenuhi cita rasa pelanggan – daripada aroma lembut dan feminin sehinggalah haruman maskulin dan eksklusif,” jelas beliau.
Wangi, Berkualiti & Mampu Milik
Euphora Pulau Pinang yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu, kini dikenali sebagai antara destinasi wajib bagi pencinta haruman. Kejayaan Perfume Paradise menambat hati pelanggan bukan hanya terletak pada variasinya, tetapi juga kualiti dan harga yang berpatutan.
“Sokongan dari pihak HQ Perfume Paradise juga sangat kuat. Mereka sentiasa memastikan produk mudah didapati dan sampai ke tangan pelanggan kami dengan pantas,” kata Syamil.
Tarikan di Pesta Pulau Pinang
Dalam penyertaan mereka di Pesta Pulau Pinang lalu, Euphora bersama Perfume Paradise mencuri tumpuan ramai. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan, membuktikan permintaan terhadap produk ini semakin meningkat.
“Pelanggan bukan sahaja tertarik dengan pilihan wangian, tetapi juga konsep booth kami yang mesra pelanggan. Kami beri peluang untuk mereka cuba dan alami sendiri keunikan setiap haruman,” tambah Syamil.
Haruman Yang Menyatu Dengan Jiwa
Dengan tagline “Haruman Yang Menyatu Dengan Jiwa”, Perfume Paradise bukan sekadar minyak wangi, tetapi identiti dan emosi dalam setiap semburan. Tidak hairanlah jenama ini terus menjadi pilihan wanita dan lelaki dari pelbagai peringkat usia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas lebih 10 tahun mencurahkan jiwa dan tenaga dalam dunia pencipta kandungan digital, nama yang tidak asing lagi dalam dunia masakan Malaysia, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 43 mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia influencer marketing.
Pengumuman yang dibuat menerusi hantaran jujur di Facebook itu mengundang pelbagai reaksi – daripada ucapan terima kasih, sehinggalah ke luahan simpati. Kerana di sebalik resepi yang menggamit selera, terselit kisah perit yang selama ini dipendam dalam diam.
Kerjaya Yang Nampak Mudah, Tapi Hakikatnya Memeritkan
“Ramai ingat jadi influencer ni senang… tapi realitinya makin lama makin perit.”
Luahan Che Nom membongkar sisi gelap dunia yang sering dilihat indah—dunia pempengaruh digital. Dengan kemunculan berbondong-bondong wajah baharu, persaingan menjadi semakin sengit, bukan sahaja dari segi kreativiti, tetapi juga harga.
“Semua turunkan harga sebab nak dapat job. Tapi bila harga makin rendah, kualiti pun terjejas.”
Katanya lagi, klien dari syarikat besar biasanya menuntut video yang bukan sahaja memenuhi spesifikasi tertentu, tetapi juga datang dari jenama yang kadang-kadang bertentangan dengan prinsip dan hati nurani.
“Harapan klien tinggi, tapi views bergantung pada algoritma. Kita tak boleh janji virality. Usaha boleh, tapi hasil belum tentu,” ujarnya jujur.
Kandungan Berkualiti Perlu Lebih Dari Sekadar Minat
Sebagai figura digital yang berpengalaman dan profesional, Che Nom menekankan bahawa menghasilkan video bukan semudah ambil kamera dan mula merakam. Ada proses. Ada pengurusan masa. Ada tanggungjawab terhadap hasil akhir.
“Kena ikut brief, edit banyak kali, ikut deadline. Semua ini perlukan disiplin, bukan semata-mata minat.”
Inilah hakikat yang sering luput daripada perhatian generasi muda yang melihat kerjaya sebagai influencer sebagai jalan pintas untuk jadi kaya atau dikenali.
Nasihat Ikhlas Buat Generasi Pencipta Kandungan Muda
“Belajar rajin-rajin dulu. Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit. Tanpa asas kukuh, boleh terbeban dengan tekanan.”
Begitulah pesan Che Nom, yang tetap mengambil pendekatan keibuan dalam setiap kata-katanya. Tegas namun penuh kasih. Realistik namun tidak pernah sinis.
Walaupun menutup lembaran sebagai pempengaruh yang berurusan dengan klien dan pemasaran jenama, Che Nom tetap berbesar hati berkongsi bahawa video terakhirnya, sebuah kolaborasi bersama jenama Anchor akan menjadi penutup yang indah buat kerjaya ini.
“Terima kasih Che Nom atas ilmu, inspirasi dan kejujuran. Ramai wanita belajar masak, berdikari dan menjana pendapatan dari dapur sendiri kerana video-video Che Nom.”
Berita baik buat pencinta mekap! Jenama kecantikan antarabangsa, O.TWO.O, yang terkenal dengan koleksi solekan berinspirasikan trend terkini seperti glass skin effect dan dewy glow, kini rasmi berada di Malaysia.
Kehadiran ini diraikan dalam sebuah acara pemula pertama mereka sempena ulang tahun syarikat, sekali gus membuka lembaran baharu buat wanita Malaysia untuk merasai sendiri produk kecantikan viral dari China ini tanpa perlu menunggu shipping dari luar negara.
Eksklusif di Guardian Malaysia
Lebih menarik, semua produk O.TWO.O boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh Malaysia. Dari lipstik matte, palet pembayang mata, hinggalah set berus solekan yang tular, kini segalanya hanya di hujung jari.
Jenama ini sememangnya terkenal dengan rangkaian mekap wajah, mata dan bibir yang trendy, mudah digunakan dan ditawarkan pada harga mampu milik.
Misi – Cantik, Berkualiti & Mudah Dicapai
Menurut Yolanda, Oversea Business Manager O.TWO.O,
“Kami sangat gembira akhirnya dapat berkongsi produk O.TWO.O dengan wanita Malaysia. Misi kami jelas – kecantikan mesti mampu milik, berkualiti tinggi dan mudah didapati.
Matlamat kami adalah menjadikan O.TWO.O tersedia di setiap Guardian, agar wanita tidak lagi perlu berbelanja besar untuk tampil yakin setiap hari.”
Produk popular seperti Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick dan koleksi berus solekan turut diperkenalkan, direka khusus untuk wanita berusia 18 hingga 35 tahun yang gemar bereksperimen dengan trend mekap terkini.
Trend China + Harga Mesra Poket
Uniknya O.TWO.O, ia membawakan aura kecantikan dari China yang semakin mencuri perhatian dunia. Gaya solekan natural, dewy look, lip balm color-changing hingga palet berkilau yang memberi dimensi eksklusif pada wajah.
Dengan harga purata sekitar USD 15 (±RM70), O.TWO.O mengangkat prinsip “affordable luxury” — solekan berkualiti tinggi yang mudah dicapai oleh semua. Malah ada juga item entry-level serendah RM10 hingga RM15 di platform online.
Guardian Malaysia Tambah Nilai Buat Pelanggan
Pengurus Besar Komersial Guardian Malaysia, Tiffany, turut menegaskan bahawa kerjasama ini seiring dengan komitmen Guardian untuk membawa masuk jenama antarabangsa berkualiti dan trending.
“Kehadiran O.TWO.O memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan setia kami yang mahukan produk berpatutan tetapi setanding standard global.”
Dengan status Halal Certified dan cruelty-free, O.TWO.O bukan sekadar jenama mekap, tetapi sebuah falsafah tentang keyakinan diri yang inklusif, progresif dan meraikan kecantikan setiap wanita.
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.