Mak ayah yang ada anak ekzema kena tahu rupanya bukan boleh sembarangan beri ubat batuk dekat anak-anak ekzema. Ia boleh sebabkan ekzema flare semula.
Maklum Dato’ Dr Suriyakhatun Osman ketika merawat pesakitnya yang alami ekzema dan berusia dua tahun yang hampir sembuh. Tetapi semasa datang semula ke kliniknya, ekzema anak itu kembali tercetus.
Apa Penyebab Ekzema Flare Semula, Ada Salah Makan?
“Saya tanya ibu apa berlaku sebelum flare bermula.”
“Ada salah makan? Ada sakit?”
Ibu menjawab anak dia dapat batuk dan dia mulakan ubat batuk yang di beri oleh doktor.
Keratan artikel dari akhbar India.
Belum Ada Bukti Ubat Batuk Boleh Legakan Batuk
Sambung beliau lagi, “Ubat batuk nya mengandung gula, paraben, pewarna selain dari drugs antihistamine dan antitussive.”
“Kimia- kimia tersebut boleh menjadi trigger kepada genes yang sudah tidak aktif selepas rawatan.”
Ads
“Ni yang saya share adalah artikel dari surat khabar India dimana doktor pakar mengatakan tidak ada bukti ubat batuk boleh melegakan batuk dan ubat batuk banyak kesan sampingan.”
Jika Anak Setahun Ke Atas Batuk..
Ubat batuk buat sendiri lah. Madu kelulut campur air suam dan perah limau nipis. Sesuai untuk umur setahun ke atas.
PS. Batuk lelah, pneumonia dan bronchitis perlukan rawatan doktor. Jangan rawat sendiri.
Rujukan Artikel : Klik Sini Untuk Info Madu Dan Ubat Batuk
Masih ingat lagi kes bayi 17 bulan diculik di rumahnya kira-kira jam 4 pagi dan ditemui keesokannya dalam semak dengan muka, badan cedera di gigit serangga.
Walau sudah empat bulan berlalu, peristiwa hitam yang menimpa si comel Nur Aisyah Hasmizan ini terus mengundang trauma buat dirinya malah ibunya.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi ibu Aisyah, Siti Noorfadilah Yusofe untuk bertanyakan perkembangan terkini Aisyah, ibunya menjelaskan,
“Aisya (nama panggilan dari ibunya) makin okay, cuma trauma masih on off. Paling ketara nampak setiap 6 ke 7hb memang akan menangis sahaja dan minta didukung. Tak nak berenggang.”
“Mula tak perasan, tapi setiap kali masuk bulan baru kakak saya perasan Aisya start nak meragam semula. “
“Kesan-kesan pada badan dia pula semakin okay. Masih tinggal banyak kesan di leher, mata, dagu, telinga, kaki dan tangan.”
Rupanya kesan daripada penculikan itu mengubah tingkah laku Aisyah yang ceria. Kata ibunya dia lebih banyak menyendiri. Walau bagaimanapun, Noorfadilah masih meneruskan rutin penjagaan seperti biasa.
“Cuma dia lagi minta lebih perhatian. Saya nampak perubahan dia lebih banyak menyendiri dari bermain.”
“Kalau lepas keluar dari bilik, dia akan buat hal sendiri dari bermain dengan kakak-kakak dan sepupu-sepupunya.”
“Saya masih teruskan dengan barang-barang yang diberi orang ramai untuk menghilangkan kesan pada Aisya.”
Sayunya apabila Aisyah jadi budak yang takut pada orang yang tak dikenali. Susah nak bergurau dengannya sekarang. Agak sombong.. berbeza dia dengan dia yang dulu.
“Saya tak pandai nak explain tapi yang pasti dia memang lain dari yang dulu. Paling ketara pemarah, suka baling barang untuk minta perhatian.”
Tambah ibunya, Aisyah tak lagi membuat rawatan di hospital. Bagi rawatan pesakit luar pun sekitar bulan Ogos lalu sudah selesai.
“Masa itu memang nampak sangat-sangat positif. Memang nampak dah okay dan Aisya kembali kepada Aisya yang asal.”
“Tapi benda tu sekejap sahaja. Masuk bulan baru still sama sahaja. Masuk 6 ke 7 hb dia akan meragam.”
“Biasanya saya pujuk pelan pelan, tanya dia nak apa, peluk dia, ajak apa dia biasa nak. Contoh suka mandi.. ajak pergi mandi. Suka makan.. bagi apa makanan kat dia. Suka pusing pusing naik kereta, saya bawa pusing pusing. Itu saja.”
Bukan saja Aisyah, peristiwa hitam yang berlaku di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar, Johor ini juga mengundang trauma buat ibu ini.
“Saya pun tak boleh tidur malam. Setiap kali nak tidur jadi takut. Jalan penyelesaiannya memang penatkan diri sangat-sangat waktu siang. Jangan terlelap dan insyaAllah boleh tidur.”
“Bila pandang Aisya saya dan tiba-tiba teringat, saya fikir ‘kenapa’ perlu terjadi pada Aisya. Bila kadang-kadang terfikir tentang hal ini perasaan hilang anak itu buat diri jadi takut.”
“Selalu sangat sebak bila tengok Aisya menggaru badan. Kadang-kadang perasaan itu datang sendiri. Asyik terfikir kalau tak jumpa macam mana agaknya.”
Bila trauma itu berlaku pada diri sendiri, Noorfadilah mula tahan anaknya, Aisyah dari keluar bilik. Takut apa-apa jadi lagi pada dia.
Rupanya, trauma itu akhirnya makan diri bila Aisyah suka menyendiri.
“Sukar untuk saya jelaskan emosi saya ketika ini. Tapi saya mula menyalahkan diri sendiri. Dan rasa bersalah itu sentiasa ada. Lagi-lagi tengok keadaan badan Aisya.”
“Perasaan trauma itu masih ada lagi. Memang saya takkan lupa perasaan itu.”
Sambung Noorfadilah lagi ketika ditanya tentang perkembangan lanjut kes penculikan anaknya, beliau maklumkan masih dalam bicara mahkamah.
“Dengan polis mengaku bersalah. Bila tiba mahkamah tak mengaku. Motif ingin buat tebusan. Katanya di PATI dan nak balik Nepal tak berduit.”
“Dia dah intip rumah saya terlalu lama. Mak dia sakit di sana. Tapi tak pastilah pengakuan dia tentang motif betul atau tidak. Tapi memang untuk tebusan sebab dia menanti kami telefon ketika hari kejadian.”
Cerita Aisyah yang menggegarkan negara ini mengundang simpati orang ramai. Mereka jatuh kasih mahu membantu menggembirakan anak comel ini.
Akui ibunya, sampai hari ini Aisyah masih terima hadiah.
“Baru-baru ini ada dapat sabun pula. Mereka minta alamat dan ada yang bank-in lagi bagi Aisya duit. Mereka minta nombor akaun, bila saya tolak mereka cakap niat untuk Aisya.”
“Alhamdulillah.. semua duit Aisya dalam tabung untuk kehidupan dia. Apa dia dapat tak setanding apa dia lalui.”
“Jadi kita simpan untuk masa depan dia. Moga satu hari ingatan dia tentang hari kejadian padam terus tanpa ada sedikit pun. Sedih kadang-kadang tengok dia.. tengok dirinya dengan kesan kesan gigitan itu.”
Maklum Noorfadilah lagi semalam Aisyah terima baju dari Terengganu, “Naik segan dengan semua yang prihatin terhadap Aisya.”
Dari kepingan gambar yang ibu Aisyah kirimkan nampak perubahan yang positif pada bahagian-bahagian yang cedera akibat gigitan serangga itu.
Cuma beberapa bahagian kecil yang masih berbekas. MW doakan semoga Aisyah dan ibunya, Noorfadilah dapat menghilangkan trauma yang dialaminya itu. Dan Aisyah kembali ceria seperti sebelumnya.
Setiap suami tentu ada cara mereka sendiri untuk bahagiakan isteri masing-masing. Baik dibelikan hadiah, dibawa bercuti atau buat macam Aidid Marcellobahagiakan isteri ini, bawa balik kampung.
Inilah istimewanya Aidid kala membahagiakan isteri, Norzie Pak Wan Chek. Kata Aidid, walaupun penat cari duit tapi kalau tak pandai nak bahagiakan orang rumah, tak ada maknanya hidup tu.
“Kadang-kadang aku fikir, penat gile kerja cari duit. Kerja untuk bayar segala yang wajib bayar dan sebab nak sara famili.”
“Kerja dan besarkan family memang satu tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang-kadang aku fikir juga, kerja rajin, penat nak mati pun.. dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga untuk yang tersayang. Bagi aku tak ada maknanya hidup.”
Atas dasar itulah, Aidid pilih untuk jadi seperti apa yang difikirkan.
“Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri. Selagi ada kudrat untuk ke sana sini. Curilah masa terbaik untuk yang tersayang.”
“Yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita. Harap you, @norziepwc happy dengan apa yang I buatkan untuk you.”
“Walaupun I tak mampu nak bawa U cuti ke USA, balik kampung pun jadilah. Mana tahu maybe kita habiskan usia tua kita di sini? Love you.”
Luah Aidid Marcello dalam instagram miliknya.
Begitulah hidup berpasangan, perlu ada ‘give and take’. Saling memberi dan menerima. Barulah bahagia biarpun ketika itu wajah kita tak lagi muda seperti zaman bercinta dulu, rasa sayang dan cinta terus membara.
Dua hari ibu ini menanti jasad anaknya keluar dari permukaan air lombong Taman Putra Perdana. Selagi belum ditemui, hatinya masih berkecamuk tidak keruan.
Tragedi anaknya tergelincir jatuh dalam lombong ketika memancing, disusuli dengan trajedi lemas 6 penyelam bomba menambah lagi kesedihan ibu ini. Malah Malaysia turut menangisi tragedi 3 Oktober yang begitu menyayat hati.
Semalam jam 5.45 petang jasad anaknya, Muhammad Ilham Fahmy, 17 dapat juga ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR). Kira-kira 800 meter dari tempatnya terjatuh.
Ibunya terus saja menyertai anaknya sampai ke tempat pengurusan jenazah. Sewaktu di situlah berlaku kejadian sayu yang disaksikan sendiri oleh Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.
Catatan Ustaz Rafie begitu sayu. Menyentak tangkai hati sesiapa pun yang bergelar ibu. Mengundang kembali air mata kerinduan, buat insan-insan yang pernah meninggalkan ibu kembali ke kampung abadi.
Jenazah mangsa lemas Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.
Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jenazah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.
Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.
Walaupun jasad jenazah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.
Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walau bagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.
Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.
Arwah dilaporkan jatuh lemas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba & Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lemas dan maut di tempat kejadian.
Jenazah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”