Untitled design (50)

Betullah orang cakap, bila kita pelihara haiwan, segala rasa stres boleh hilang. Segala penat bekerja seharian akan hilang bila dapat membelai haiwan kesayangan. Tak kisahlah kucing, hamster, arnab atau sebagainya.

IKLAN

Namun begitu, jangan ambil mudah, bila haiwan comel anda bertindak agresif, ia boleh membahayakan. Bukan kesakitan yang dalami, bahkan boleh membawa kepada penyakit.

Untitled design (48).

Antara pesanan yang diberikan oleh Profesor Dr. Latiffah Hassan, Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar (UPM) ialah:

IKLAN

“Jika terkena gigi binatang kesayangan tidak serius, kita tak perlulah ke hospital untuk dapatkan rawatan. Dengan hanya sapu krim sahaja”

“Tetapi, jika gigitan itu menyebabkan luka yang dalam, segera dapatkan rawatan kerana bimbang boleh terkena kancing gigi. Memang secara luaran, ia nampak sembuh tetapi dalaman belum tentu sembuh. Ada bakteria yang boleh hidup dalam keadaan tertutup dan ia akan merembeskan racun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan..”

Sentiasa Basuh Tangan
Selain itu, bukan hanya kucing yang perlu dititkberatkan kerana ada binatang peliharaan lain yang boleh membawa penyakit. Contohnya, kura-kura. Ini kerana, setiap binatang peliharaan ada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.

“Jadi, setiap kali selepas bermain dengan haiwan comel ini, jangan lupa untuk membasuh tangan…”

Ini antara pesanan yang diberikan oleh Profesor Dr. Latiffah Hassan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi dengan topik Penyakit Bawaan Haiwan. Untuk lebih lanjut, saksikan siaran ulangan pada jam 8.00 malam nanti dengan tetamu jemputan lain, Intan Noorafniza Anuar dan Nur Iswaliza Mohd Isa yang berkongsi pengalaman di gigit kucing kesayangan.

Untitled design (49).

Saksikan ulangan Mingguan Wnaita Talkshow bersama pengacara Siti Elizad dan Sherry Al Hadad di Astro Prima 105 dan Prima HD 121, jam 8.00 malam nanti.