Di media sosial, masing-masing berkongsi gambar kenangan di hari pendaftaran anak yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti tempatan seluruh negara.
Terpancar wajah kegembiraan dan tak kurang juga sebak sebab pertama kali berpisah dengan keluar demi mencari ilmu.
Seronoknya melihat pelbagai ragam mak ayah dan anak-anak semasa hari pendaftaran. Dengan membawa barang keperluan, kelengkapan pengajian. Mulalah mengimbau kenangan buat mak ayah yang pernah belajar di tempat yang sama.
Namun, bagi Lau Lai Kiat tidak seperti keluarga lain. Dia hadir pada hari pendaftaran dengan hanya menaiki motosikal. Segala barang keperluan diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.
Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang dirinya yang hanya bertemankan motosikal tanpa kehadian orang tuanya untuk berkongsi kegembiran di hari pendaftaran pengajian.
Dalam perkongsian facebook Universiti Malaya memaparkan seorang anak muda yang hadir dengan menaiki motosikal.
“Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya,” kata Lau Lai Kiat mengiyakan soalan kami apabila melihatnya menongkat motosikalnya di tepi padang kawad PALAPES Universiti Malaya.
“Selepas SPM, saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ KL.
“Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya; setelah mengambil motosikal saya di TBS,” katanya sambil mengelap peluh di mukanya.
.
Balas Jasa Orang Tua
“Saya bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti. Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” kata mahasiswa jurusan Pengurusan Sukan ini lagi.
Ads
Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan yang pertama di kalangan ahli keluarganya yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
“Saya memilih UM bukan sahaja kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara, malah saya juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan,” kata Lai Kiat, bekas murid SMK Seri Tangkak, Johor ini sambil tersenyum penuh makna.
Melihat kami yang masih terpegun dengan keberaniannya menunggang motosikal untuk jarak yang agak jauh dengan membawa beg pakaian dan kelengkapan pengajiannya (ada yang diikat dengan tali di tempat duduk belakang!), penghuni Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) ini berkata:
“Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas.”
Mohd. Fazli Zainordin for CCC
Ads
Mingguan Wanita : Moga berjaya dalam pengajian dan dapat balas jasa orang tua.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bukan kaleng-kaleng, seorang pemuda berasal dari Palembang, Indonesia mengambil keputusan untuk bernikah dengan dua wanita serentak dalam sebuah majlis.
Majlis kelihatan meriah dengan pengantin perempuannya memakai baju sedondon dalam persalinan tradisional Sumatera.
Pemuda yang menikah dua wanita serentak atau pengantin lelaki kelihatan malu-malu bila gambar dirakam kerana tetamu yang hadir asyik memandang gerak-geri pengantin.
Pemuda Nikah Dua Wanita Serentak
Di Palembang, Indonesia, pengguna media sosial di Indonesia kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak.
Kali ini, ia berlaku di kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan pada tarikh 26 Disember.
Menerusi gambar dan video tersebar, kelihatan pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan diapit dua pengantin wanita yang masing-masing bernama Anggun dan Popy Anggraini.
Ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan.
Anggun dan Popy Anggraini dilihat tersenyum manakala suami mereka, Suwan kelihatan agak malu-malu ketika gambar mereka dirakamkan.
Keluarga Suwan, Okta ketika dihubungi mengesahkan perkahwinan itu.
“Benar, majlis pernikahan itu berlangsung semalam dan kisah mereka sudah tular.
“Pengantin lelaki itu jiran saya dan kami ada ikatan keluarga,” katanya.
Menurut Okta, majlis pernikahan bermula jam 9 pagi dan diadakan di rumah Suwan .
Ramai Hadir Memberi Sokongan
“Memang ramai hadir menyaksikan mereka disatukan,” katanya.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan apabila tetamu sentiasa memerhatikan gerak-geri pengantin.
Bagaimanapun, kedua mempelai juga dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka.
MW: Salute pada wanita yang mampu berkongsi ini, apa lagi disatukan serta disandingkan dalam sebuah majlis. Semoga ikatan pernikahan ini kekal bahagia ke anak cucu. Insyallah.
Alhamdulillah, rezeki musim haji pada tahun ini buat pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 38 dan suami Raja Amir Raja Azwa,40 apabila berkesempatan untuk menunaikan haji dan melengkapkan Rukun Islam yang kelima.
Doa Dipermudahkan Ibadah & Mendapat Haji Mabrur
Dalam perkongsian ringkas di Instagram, bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow Musim Pertama ini selamat berangkat menunaikan haji semalam dan mengharapkan semoga perjalanan ibadah haji di tanah suci dipermudahkan serta mendapat haji yang mabrur.
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ketika kita meninggalkan rumah, keluarga dan kaum keluarga untuk menunaikan haji, yang merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam kita, dan satu yang perlu diselesaikan dalam masa hidup kita, kita berdoa semoga perjalanan ibadah kami dipermudahkan dan mendapat haji mabrur InshaAllah,”ujarnya.
Terima Kasih Pada Suami
Ibu kepada 4 orang cahayamata ini juga mengucapkan rasa terima kasih buat suami tersayang yang turut menunaikan haji bersamanya serta berdoa semoga anak-anaknya yang ditinggalkan di tanah air dilindungi Allah selalu.
“Terima kasih Ling pergi bersama saya kerana Allah SWT menjemput anda untuk melakukan ibadah haji buat kali kedua menunaikan tanggungjawab anda terhadap saya. Segala pengorbananmu hanya Allah jua yang dapat membalasnya,”
“Semoga Allah melindungi anak-anakku selalu. Mummy dan daddy amat menyayangi kamu semua namun ‘Allah sedang memanggil’.. Terima kasih mak, tolong jagakan anak-anak dan atas nasihat yang diberikan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2011, dan hasil perkahwinan 12 tahun ini dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 10, Raja Ahmad Shah,7 dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah buat Nurul Syuhada dan suami atas panggilan haji tahun ini. Semoga dipermudahkan segala urusan di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur.
Tular di media sosial gambar serpihan pesawat Lion Air, ini satu ujian besar buat keluarga mangsa.
Kalau empat tahun lepas Malaysia pernah kehilangan pesawat MH370, yang sedihnya belum terubat. Namun kali ini Indonesia, kehilangan JT610 pesawat Lion Air yang terhempas di tengah laut di Tanjung Karawang, Indonesia.
Lebih mencuit emosi, dalam pesawat ini ada 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Pesawat Lion Air Terhempas Selepas 13 Minit
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Kisahnya, Pesawat Lion Air JT 610 itu baru sahaja berlepas dalam 13 minit yang meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan tiba-tiba terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Sebenarnya ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Tetapi melalui jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, pesawat dari jenis Boeing 737 MAX 8 disahkan telah terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Cukup perit untuk ‘telan’ berita ini, namun kita hanya mampu berdoa moga segala urusan pencarian dipermudahkan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.