Berapa ramai suami yang hargai isteri yang selama ini berpenat lelah menguruskan anak-anak dan suami, dalam masa sama bekerja untuk bantu ringankan beban kewangan suami.
Bulan Februari inilah masanya untuk hargai isteri yang suami cinta. Hadiahkan mereka dengan sesuatu yang cukup istimewa agar menjadi kenangan sepanjang hayat.
Yang belum berpunya pun boleh saja raikan bersama mak ayah mahupun rakan baik. Dengan siapa pun kita raikan hari istimewa ini, persiapan yang secukupnya amatlah penting. Ini adalah tips persiapan untuk meraikan Hari Cinta bersama yang tersayang.
Pertama : Perancangan Teliti
Peka dengan aktiviti kegemaran si dia yang tersayang, seperti menonton wayang, makan masakan air tangan anda dan melancong. Dari situ anda boleh merancang aktiviti yang ingin dilakukan untuk membuat cinta hati anda jadi lebih gembira. Jika anda merancang melancong ke Paris, tentu si dia akan meloncat gembira!
Penggunaan komputer riba tentu dapat membantu anda untuk membuat perancangan lebih bagus. Huawei MateBook D 15 adalah komputer riba yang terbaik oleh Huawei. Komputer ini mempunyai skrin IPS FullView skrin sebesar 15.6 inci.
Jika anda sering bergerak, Huawei MateBook D 15 hanya seberat 1.53 kg dan ketebalan 16.9 mm. Ini amat sesuai sekali untuk dimasukkan ke dalam beg dan anda boleh sambung membuat perancangan di mana sahaja.
Huawei MateBook D 15 (8GB + 256GB) boleh dibeli pada harga RM2,299.
Ads
Kedua : Hadiah Yang Sesuai Untuk Si Dia
Mencari hadiah yang sesuai untuk seseorang bukan perkara yang mudah. Kita akan berfikir Panjang samada si dia menyukai atau tidak hadiah yang diberikan. Lihat apa yang disukai oleh yang tersayang dan carikan hadiah yang mereka inginkan. Oh ya, pastikan anda mempunyai bajet yang sesuai sebelum membeli hadiah. Elak membuat pinjaman ya (tidak kiralah ahli keluarga, rakan-rakan) hanya kerana ingin memberi hadiah yang mewah.
Jika yang tersayang menginginkan fon telinga baharu, Huawei FreeBuds 3 adalah pilihan yang terbaik! Harganya juga amat berpatutan. Dengan hanya RM679, si tersayang boleh memiliki fon telinga tanpa wayar yang dilengkapi ciri-ciri bagus seperti pembatalan bunyi. Tentu si dia dapat menikmati muzik tanpa diganggu bunyi bising dari luar.
P/s: Jika si dia membebel, pinjamlah Huawei FreeBuds 3 ini.
Ketiga : Simpan Memori Indah Dengan Baik
Tentu sekali anda ingin menyimpan memori indah bersama yang tersayang pada hari istimewa. Lebih-lebih lagi raut wajah gembira si tersayang apabila melihat kerja keras anda untuk menjadikan bulan cinta lebih bermakna.
Huawei Nova 7i adalah siri Nova terbaharu Huawei di mana telefon ini telah dinaik taraf kameranya, terutama kamera bahagian hadapan untuk swafoto. Dengan adanya Huawei Nova 7i ini, anda dan yang tersayang boleh mengambil gambar bersama sebanyak mana yang mungkin walaupun keadaan gelap. Ini kerana Huawei Nova 7i telah dilengkapi dengan fungsi mod malam yang membolehkan keadaan gelap akan mencari cerah apabila mengambil gambar.
Ads
Selain daripada itu, Huawei Nova 7i juga mempunyai kualiti panggilan video yang tinggi. Jika anda dan tersayang berjauhan, anda boleh menggunakan telefon ini untuk panggilan video melalui MeeTime. Fungsi MeeTime ini membolehkan panggilan video dibuat dengan mudah tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga.
Huawei Nova 7i dijangkakan akan dijual pada 22 Februari 2020 dengan berharga RM1,099. Ianya juga boleh ditempah awal mulai 14 Februari sehingga 21 Februari 2020. Jika anda membeli Nova 7i dalam tempoh ini, anda juga akan mendapat Huawei Band 4 yang bernilai RM139 (selagi stok masih ada).
Kami berharap tips ini dapat membantu anda meraikan Hari Cinta yang sempurna dan bahagia bersama yang tersayang (dan juga Huawei)!
SEKARANG! Huawei membuat promosi mengikut keperluan, bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Termasuklah keperluan kecergasan, pengembaraan, akademi mahupun pembelajaran pintar. Nikmati 0% tanpa faedah dan 0% caj pemprosesan. Dengan pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan dengan kadar RM4.87 sehari.
Ads
BELI produk HUAWEI terpilih dari 11th-16th Feb & MENANG tiga pasang baucar percutian ke MALDIVES bernilai sehingga RM36,000!
Caranya imbas kod QR, jawab soalan dan lengkapkan butiran peribadi anda. Jangan lupa sertakan resit sebagai bukti pembelian.
Nama pemenang akan diumumkan di laman facebook HUAWEI pada 14 March 2020.
HUAWEI nova 7i akan dilancar pada 22 Feb yang dijual pada harga RM1,099 sahaja. Untuk peranti terbaru yang lain pula boleh didapati mulai 14 Feb. Pra-pesan di HUAWEI Online Store atau HUAWEI Official Flagship Store (sementara stok masih ada) untuk mendapatkan lebih banyak promosi. Antara peranti terbaru termasuklah:
– RM1,399 nova 5T warna terbaru Crush Green
– RM679 Freebud 3 berwarna merah
– RM899 Watch GT 42mm Rose Gold
– RM699 Huawei Y7p Budget Phone Terbaik
– RM2,299 MateBook D 15 versi terbaru 8GB + 256 GB
Bila lelaki dah ada duit berkepok-kepok, mulalah ada wanita yang nak ‘cucuk jarum’. Kemaruk suami orang sebab dia dah ada harta kekayaan dan tak perlu nak fikir cari duit. Semuanya petik jari saja.
Begitulah sesetengah wanita yang merasasakan dia sangup jadi isteri kedua dan tidak fikir panjang tentang perasaan wanita lain. Mula kemaruk suami orang yang ada duit dan andaian mampu untuk dia berkahwin dua.
Hakikatnya, hanya isteri saja yang tahu susah senang pasangan mereka. Dari susah dan jadi senang. Ini belum lagi kalau suami yang mula ’naik tocang’ dan rasa dirinya mampu.
Khas untuk wanita di luar sana, ini pesanan daripada Marlia Ramli supaya jangan kemaruk suami orang, carilah harta sendiri. Mungkin luaran nampak hebat tapi kita tak tahu tanggungan untuk keluarganya.
1) Akak dah malas nak cakap bab kahwin dua tiga ni. Nanti ada yang tuduh akak feminist, liberal dan anti poligami.
2) Nak larang kaum lelaki yang tak mampu daripada mendua tiga isteri? Pun akak dah malas. Memang wujud pun sejenis lelaki pokai tapi tak sedar diri.
3) Sekarang akak tukar approach. Akak nak berpesan kepada gadis atau wanita yang sedang bercinta dengan suami orang. Jangan ambik bola tanggung.
4) Lapan daripada 10 lelaki yang akak kenal nampak terurus, mewah dan bergaya hanya sebab isterinya hebat sahaja. Kalau nak harapkan dia? Underwear koyak pun tidak berganti.
5) Nampak suami pandu kereta mewah? Semak betul-betul. Silap haribulan kereta atas nama bini. Kalau pun nama suami? Beras kat rumah isteri bantu beli.
6) Nampak keluarga bahagia? Bercuti mewah dan makan sedap-sedap? Kalau isteri tak bantu, tak merasa semua ini. Ini fakta dalam kebanyakan keluarga.
7) Maka gadis sekalian, tak perlu kemaruk suami sesiapa. Jadilah wanita kaya. Have your own standard. Bina harta sendiri. Jadilah kaya hingga tidak berharap untuk menumpang sesiapa.
8 ) Berkongsi kasih bukanlah mudah. Tambahan anda cuma orang ketiga. Silap hari bulan, anda cuma menjadi mesin ATM buat suami sahaja. You are an option je pun! Bukan “yang utama”.
9) Ya, akak malas pesan kat kaum arjuna. Ada segelintir lelaki ni gaji berbaki RM800 pun dah rasa banyak. Menggelupur nak berbini dua tiga. Nyampah!
10) Maka, akak pesan kepada gadis dan wanita semua, jauhi suami sesiapa. Jangan nanti elok-elok menyara diri, selepas ini jadi CETI BERDAFTAR kepada madu anda.
Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan diduga.
Akak pesan je. Tak nak dengar?
Hidup anda, sukati andalah.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Jangan sebab nampak di handsome atau berduit sampai sanggup jadi orang ketiga. Buat suami pula, ingat balik pengorbanan isteri selama ini.
Poligami satu topik yang sangat sensitif untuk diperkatakan. Isteri bukannya takut atau ego hendak melalui kehidupan poligami tapi ada sebabnya. Apabila bercakap mengenai poligami pasti seseorang wanita itu mudah melenting. Itu belum lagi apabila suaminya sendiri yang berkata ingin berpoligami.
Poligami, Isteri Bukan Takut Atau Ego
Bagi seorang isteri dan wanita, bermadu atau poligami itu adalah satu hal yang paling menyakitkan, kalau boleh perkara tersebut tidak ingin berlaku dalam rumah tangganya. Tapi bagi seorang lelaki atau suami, bermadu atau berpoligami itu adalah perkara yang manis dan bahagia.
Tahukah wahai lelaki, seorang wanita mampu hilang pertimbangan apabila mendengar berita suaminya mahu menduakan dirinya. Walaupun dijanjikan ganjaran pahala di akhirat kelak, seorang wanita pasti tidak mampu mengharunginya di dunia ini. Walaupun di dalam hatinya menyatakan reda tapi hakikatnya si isteri pertama banyak makan hati.
Tapi Ada Sebabnya ‘Tak Mahu’
Tiga perkara ini membuatkan seorang wanita itu, menolak sekeras-kerasnya mengenai poligami dalam hidupnya.
1. Takut suami tidak adil
Sebelum bernikah baru, seorang suami pasti akan menjanjikan keadilan bagi isteri pertamanya. Tetapi apabila sudah bernikah baru, janji-janji itu hanya palsu seperti tidak pernah diucapkan. Seorang isteri ini, begitu takut jika suami mereka tidak berlaku adil terhadap mereka. Perkara apa yang perlu diadili?
Perkara seperti nafkah, hak bermalam serta keperluan-keperluan lain. Bukan itu sahaja, bagaimana dengan hak anak-anak pula? Jika si isteri tidak bekerja bagaimana mereka mahu menyara hidup mereka? Banyak perkara yang akan difikirkan oleh isteri pertama apabila si suami menyatakan akan berlaku adil selepas berpoligami.
2. Rasa cemburu yang melampau
Wanita ini mampu menyembunyikan rasa sayangnya terhadap seorang lelaki selama bertahun-tahun. Tetapi seorang wanita itu tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walaupun seminit. Jadi bagaimana dirinya ingin melepaskan suaminya ke pelukan wanita lain.
Pasti rasa cemburu akan muncul dan membawa kepada sifat amarah yang sangat melampau. Akhirnya apa akan jadi? Pasti akan berlaku pergaduhan antara isteri-isteri yang dimadukan itu.
3. Hilang tempat berlindung
Suami adalah tempat seorang isteri berlindung bahaya daripada apa sahaja yang bahaya yang mendatang. Apabila seorang suami mempunyai lebih dari satu isteri, pasti perhatiannya juga sudah berubah. Suami pasti tidak lagi fokus pada isteri yang pertama. Jadi si isteri akan merasa kehilangan tempat berlindung.
Walaupun ramai wanita yang menentang poligami, tetapi ada sahaja yang boleh menerimanya. Cuma kehadiran wanita-wanita kuat ini tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Hal ini kerana, wanita yang betul-betul kuat dan terpilih sahaja yang boleh menerima ujian seperti ini.
UNDANG-UNDANG POLIGAMI DI MALAYSIA TIADA SEORANG PUN LELAKI, SEMASA WUJUDNYA SESUATU PERKAHWINAN, BOLEH, KECUALI DENGAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU SECARA BERTULIS DARIPADA MAHKAMAH, MEMBUAT KONTRAK PERKAHWINAN YANG LAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN ATAU PERKAHWINAN YANG DIKONTRAKKAN TANPA KEBENARAN SEDEMIKIAN BOLEH DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA INI: DENGAN SYARAT MAHKAMAH BOLEH JIKA IA DITUNJUKKAN BAHAWA PERKAHWINAN SEDEMIKIAN ADALAH SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK, MEMERINTAHKAN PERKAHWINAN ITU DIDAFTARKAN TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 123. ( AKTA 303 : AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005 )
Mahkamah mengambil kira 4 syarat kebenaran sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu:
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka.
Anak zaman sekarang dengan dahulu sangat berbeza. Kalau dahulu, mereka telah diajar dengan pelbagai kerja rumah. Tak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Masing-masing sudah ada kerja yang telah ditetapkan oleh mak ayah.
Berbanding dengan anak sekarang, mereka lebih terdedah kepada gajet yang sentiasa melekat pada tangan terutamanya pada hujung minggu. Tapi rasanya tidaklah semua anak.
Baik anak lelaki atau anak permpuan, mak ayah kena ajar anak bekerja atau lebih tepat lagi kerja rumah. Bukan untuk meng’hamba’kan mereka tetapi ajar mereka erti tanggungjawab. Bukan pada keluarga tetapi mungkin tahu erti tanggungjawab pada keluarga mereka bila sudah mendirikan rumah tangga.
Jangan nak bezakan kerja rumah sama ada anak lelaki atau peremnpuan, mak ayah kena ajar dua-duanya kena ada tugas kerja di rumah. Tak perlu nak harapkan pada anak perempuan sahaja sebab anak lelaki pun kena tahu kerja rumah dan perlu tolong keluarga.
Kalau anak sudah dijadikan raja pada waktu kecil, risau ia akan terbawa sehingga besar. Itulah antara perkongsian daripada Intan Salwani tentang didik anak sejak kecil.
Hassan ni suka buat aktiviti. Tenaganya pun banyak. Kalau tak tidur, memang asyik bergerak je. Lari sana sini, lompat sana sini, panjat sana sini.
Jadi, rugilah kalau tenaga Hassan yang banyak tu Mummy tak gunakan sebaiknya. Daripada dia menyepah mainan, baik Mummy minta Hassan bantu kerja-kerja Mummy.
Anak-anak kecil ni, jangan disangkakan tak mampu bantu kita. Walaupun tubuhnya kecil, tapi ada tugas-tugas mudah yang mereka boleh buat. Kalau mereka dah biasa buat, mereka takkan canggung untuk buat sampailah mereka besar.
Peranan Mak Ayah
Peranan kita sebagai ibu bapa pula ialah untuk menerapkannya dengan konsisten dan secara menyeronokkan supaya mereka suka. Yang penting, beri reward kepada mereka setelah selesai tugasannya.
Tak sukar pun, kalau yang kecil macam Hassan ni, kita berikan tanda ‘good’, puji-pujian, atau pelukan pun mereka dah suka sangat. Kalau anak yang besar sikit, bolehlah ‘reward’ mereka dengan kasih sayang dan ilmu.
Anak-anak yang sudah biasa bekerja sejak kecil, Insya Allah sampai besar pun akan rajin membantu. Tapi kalau dari kecil sudah dijadikan seperti Raja, dikhuatiri terbiasa pula bersikap sedemikian sampai besar.
Tiada istilah terlalu kecil untuk mula membantu. Macam kata orang dulu-dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jadi ibu semua, jom kita ajak anak-anak bantu kita. Tugasan kita pun jadi ringan, anak-anak pun dapat manfaatnya.
MW: Bagi kerja pada anak, kerja yang senang dan mudah. Kenalah tengok kepada usia dan kemampuannya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...