‘Hanya tinggal sendirian, tak berdaya.’ Sambutan aidilfitri sudah tidak bererti lagi. Benarlah apa lagi maknanya syawal bila kita tinggal sendiri tanpa keluarga di sisi.
Apatah lagi hidup dalam serba daif, pasti hari raya tidak jauh bezanya dengan hari-hari suram yang ditempuh setiap hati.
‘Budak Tahun 1,2 tak boleh baca, kira.’ Murid ketinggalan akibat PdPR, dikurung masa PKP. Sedihnya memikirkan situasi ini apabila anak mak ayah masih tidak boleh membaca walaupun sudah di tahun dua.
Bukan seorang, dua yang berdepan situasi ini, malah ramai anak-anak tahun 1 dan 2 masih tidak boleh membaca. Ikuti perkongsian Cikgu Fadli Salleh dan ketahui langkah atau solusi terbaik untuk selesaikan masalah ini.
10 solusi murid tak kuasai 3m. Fokus perkasakan kelas pemulihan
Kelas pemulihan tempat intervensi murid tidak pandai asas membaca, menulis dan mengira dipulihkan. Tahun ni, guru-guru pemulihan pening kepala perlu pulihkan murid TP1 dan TP2 yang terlampau ramai.
Sedangkan kelas pemulihan itu sangat terhad (Satu sekolah hanya diperuntukkan 1 kelas sahaja) dan banyak masalah yang perlu yang mereka pikul sejak sekian lama.
Jom baca sekilas fakta tentang kelas pemulihan dan apa yang perlu diperkasa.
1. Kelas pemulihan sangat-sangat membantu dalam memulihkan murid. Sangat-sangat!
Namun guru pemulihan biasanya hanya seorang untuk satu sekolah. Maka terkejar-kejar guru yang seorang ini nak handle semua benda.
Bahkan ada sekolah tiada guru pemulihan pun. Bagaimana murid nak dipulihkan?
Guru pemulihan perlu ada dan ditambah untuk setiap sekolah. Ini keperluan segera.
2. Masa guru pemulihan sangat padat. Seorang guru pemulihan perlu mengajar 34 waktu seminggu, termasuk waktu persediaan 4 waktu.
34 waktu adalah satu masa yang padat sedangkan beban mereka bawa sangat berat. Mereka perlu lebih masa persediaan untuk memastikan PdP yang dilaksanakan betul-betul berkesan.
Nak kurangkan masa untuk beri ruang persediaan lebih bagus, kembali pada point 1. Tambah guru pemulihan.
3. Guru pemulihan perlu pembantu.
Tugas memulihkan murid ini sangat penat. Nisbah guru pula agak tinggi. 1:15 murid.
Murid lemah ini perlu diberi tumpuan secara satu hadap satu. Maka seorang guru tidak dapat mengajar dengan berkesan jika murid sampai 15 orang.
Yang mereka hadap tu bukan murid biasa. Tu murid ‘hardcore’. Perlu lebih perhatian dan tumpuan. 1 guru seeloknya ajar 5 hingga 7 murid sahaja.
Di sini perlunya pembantu guru. Membantu menyediakan bahan dan membantu tunjuk ajar dahulu murid lain sebelum mereka berhadapan dengan guru secara satu hadap satu.
4. Guru pemulihan tiada peruntukan. Ini sangat menyedihkan dan tidak patut berlaku. Kasihan wei nak run kelas special begini tapi tiada duit.
Guru pemulihan merupakan guru yang perlu punya banyak bahan bantu mengajar kerana mereka ini mengajar anak-anak yang lambat dan sangat perlahan.
Bantuan LCD, laptop, printer, radio, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perlu dibekalkan. Kena beri peruntukan khas untuk kelas pemulihan.
Ramai guru pemulihan keluar duit poket sendiri sampai beribu-ribu untuk sediakan bahan dan persiapan demi anak-anak didik tercinta.
5. Seorang guru pemulihan kena ajar dua subjek. Matematik dan Bahasa Malaysia. Dan tidak semua masa BM dan Maths murid belajar di kelas pemulihan walau mereka murid pemulihan.
Ada murid hanya belajar 2 masa dari 6 masa sahaja seminggu di kelas pemulihan dan selebihnya belajar di kelas biasa.
Maka sangat rugi bila pelajar sangat lemah berada di kelas biasa kerana mereka tidak mampu catch up pengajaran guru. Level mereka terlalu berbeza!
Kenapa begitu? Kerana guru pemulihan tak cukup. Kembali pada point 1, tambah guru pemulihan, settle masalah ni.
6. Guru pemulihan sepatutnya dibekalkan mengikut kemahiran. Satu guru pemulihan untuk Matematik, satu guru pemulihan yang lain pula untuk Bahasa Malaysia.
Selagi murid itu belum lepas, biarlah 100% masa BM dan Matematik mereka bersama kelas pemulihan. Hanya matapelajaran elektif sahaja mereka belajar bersama murid lain dalam kelas aliran perdana.
7. Tiada guru pemulihan Bahasa Inggeris. Hal ini menjadi rungutan Cikgu English saban tahun namun dipandang sepi.
Murid yang tak kenal huruf, tak boleh membaca BM langsung, tapi tetap masuk kelas English macam biasa. Memang jadi bebanan guru English nak hadap mereka pula.
Alangkah bagusnya jika yang tak tahu baca kira ni pun masuk kelas pemulihan masa subjek English agar mereka dipulihkan dahulu sebelum belajar dalam kelas aliran perdana bersama murid lain macam biasa. Itu yang sebaiknya.
Kena wujudkan jawatan guru pemulihan English dalam kadar segera. Ini betul-betul keperluan pendidikan demi anak bangsa dan generasi akan datang.
8. Kelas perlu di’streaming’ semula.
Kena asingkan murid yang terlampau perlahan dan laju untuk memudahkan proses PdP. Murid lemah berterabur dalam setiap kelas, nak kutip tu payah, guru subjek beredar pun sukar nak laksanakan PdP kerana aras murid dalam kelas jauh berbeza.
9. Silibus perlu disemak semula.
Tahap tahu tekan pada 3M sahaja. Sangat ramai murid ketinggalan akibat PdPR dan dikurung masa PKP. Ia memberi kesan besar pada murid.
Murid melangkah ke masuk sekolah dengan basic yang sangat lemah, tapi perlu belajar mengikut silibus yang tinggi, padat, susah, KBAT dan mencabar.
Umpama budak baru belajar merangkak disuruh naik basikal dua roda. Memang susah lah.
10. Okey, aku dah habis idea. Korang pulak tambah. Saja tulis no 10 untuk cukupkan 10 point. Haha.
Mingguan Wanita : Sebagai mak, ayah tentu rasa sedih melihat anak berumur tujuh atau lapan tahun masih belum pandai membaca. Sedangkan anak orang lain sudah lancar membaca. Semoga ada sinar untuk anak-anak mak ayah.
Zizi akui tak sesal dengan perubahan diri “Allah lebih mengetahui apa yang berlaku”. Penyanyi Zizi Kirana yang begitu tekad dengan penghijrahannya menjadi Muslimah sejati boleh dicontohi wanita muda di luar sana.
Reda dengan takdir oleh Yang Maha Esa, Zizi akui adalah sangat penting untuk dirinya terus istiqamah.
Malah selepas berubah dan berhijrah, tidak pernah wujud rasa sesal dalam diri. Dirinya juga sedang berusaha untuk menjadi insan lebih baik.
“Saya berasa bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini.
“Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.
“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan ALLAH.
“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,“ kongsi Zizi.
Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, Zizi juga turut berterima kasih kerana mendapat sokongan daripada peminat.
Dirinya juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang sakinah dan mawaddah.
Zizi yang kini begitu bahagia disamping suami tercinta, Yusuf Bahrin rupanya sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.
“Setelah bergelar isteri, dirinya tidak lagi boleh bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.
“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing.
“Perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.
“Banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal berpanjangan dan kita ikutkan sahaja takdir yang telah diaturkanNya,” kongsi Zizi.
Siapa sangka bayi yang masih kecil dan baru sahaja berusia 40 hari mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Satu keajaiban dalam bidang perubatan dan kes yang sangat jarang berlaku direkodkan di daerah Motihari, negeri Bihar, India apabila janin ditemui membesar di dalam perut seorang bayi berusia 40 hari, lapor agensi berita Asean News International (ANI).
Bayi itu pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk menerima rawatan kerana disangka mengalami masalah kembung perut dan tidak dapat membuang air kecil dengan lancar.
Bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut, pakar kesihatan Pusat Perubatan Rahmania, Dr. Tabrez Aziz melakukan ujian Imbasan tomografi berkomputer (CT).
Keputusan ujian imbasan itu mengejutkan semua pihak apabila terdapat janin lain sedang membesar di dalam perut bayi itu.
Beliau berkata, kes seperti itu sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam setiap lima juta pesakit.
“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah terbongkar di mana janin dilihat membesar di dalam perut bayi berusia 40 hari.
“Ia dipanggil fetus di dalam fetus. Bayi itu telah menjalani pembedahan membuang janin dan berada dalam keadaan stabil,” kata Tabrez.
Mingguan Wanita: Tak sangka wujud kes perubatan sebegini. Bayi yang masih kecil baru berusia 40 hari, mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.