Sebelum ini tular rakaman video Pak Cik Abdul Hadi bersama influencer dalam sebuah program tertutup. Tindakan influencer yang memberi teguran “kasar” itu mendapat pelbagai reaksi netizen atas keterlanjuran sikapnya.
Namun ternyata, pak cik gelandangan ini langsung tak berkecil hati. Malah katanya, dia hanya serah kepada Tuhan dan mengatakan tindakan influencer memang ada betulnya.
Pak Cik Gelandangan Tak Berkecil Hati
Gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Abdul Hadi mengakui dia tidak berkecil hati dengan tindakan seorang usahawan yang disifatkan telah memalukan dirinya pada Selasa lalu.
Abdul menerusi sebuah klip video turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membela dan memberi sokongan kepada dirinya.
“Terima kasih banyak-banyak. Saya tidak boleh balas. Saya hanya serah kepada Tuhan. Memang dia betul. Bukan Tuhan mengubah nasib kita. Tapi kita sendiri ubah,” ujarnya menerusi temu bual yang dimuat naik di aplikasi TikTok Bernama TV hari ini.
Ads
Apabila Abdul Hadi diberitahu dia sudah menjadi terkenal di media sosial lelaki tersebut berkata, itu terserah kepada Tuhan dan apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.
“Tiada (kecil hati). Ikhlas dia cakap. Betul kata dia. Pak cik tidak kecil hati,” ujarnya.
Hantaran tersebut ditonton lebih 35,000 kali dan dibanjiri ratusan komen dengan rata-rata netizen berasa terharu dengan ketulusan hati warga emas itu.
Mulianya Hati Pak Cik
“Pak cik itu tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Mungkin dia terasa hati tapi dia pendamkan saja. Mulianya hati pak cik. Dengar suaranya sudah tahu dia berasa sebak,” komen Nekchik.
“Mulut memang cakap okey. Tetapi dalam hati siapa yang tahu. Aku tetap bangkang apa yang dilakukan orang itu terhadap pak cik ini,” ujar Azrul.
Ads
Sebelum itu, usahawan dan pensohor media sosial, Carl Samsudin telah menyatakan permohonan maaf melalui laman Instagram miliknya berikutan insiden tersebut hari ini.
Mingguan Wanita : Biar setinggi mana pun kita berada, jangan lupa diri dan sombong atas apa dikecapi. Sentiasalah menunduk ke bawah dan hormati yang lebih tua biar siapa pun dia. Kadang-kadang kesusahan hidup orang lain menjadi ujian buat kita yang berjaya dan senang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut didera, ibu kandung dan bapa tiri direman. “Saya memang terkejut, langsung tak sangka perkara ini berlaku. Tak pernah pula dengar bunyi pergaduhan, tiba-tiba sahaja dapat tahu budak perempuan itu sudah meninggal dunia,” ujar seorang jiran kepada mangsa yang disyaki maut akibat didera di sebuah rumah di kawasan Kota Laksmana, di sini, pagi Isnin.
Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Maut Didera, Ibu Kandung & Bapa Tiri Direman
Menurut jiran terbabit, kali terakhir dia melihat kanak-kanak itu adalah minggu lalu dan sepanjang pemerhatiannya, tiada perkara yang menimbulkan syak wasangka.
Dia yang bekerja syif malam turut menjelaskan, dia tidak menyedari apa-apa kejadian sehinggalah ternampak kehadiran pihak polis di rumah mangsa.
“Saya balik kerja waktu pagi, terus tidur. Memang tak tahu apa-apa sehinggalah dapat tahu tentang kematian budak itu,” katanya.
Sementara itu, media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun disyaki menjadi mangsa dera sehingga meninggal dunia, dipercayai perbuatan bapa tirinya.
Menurut sumber, kejadian itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi.
“Pihak hospital memaklumkan kepada polis bahawa terdapat kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa ketika dia dihantar oleh bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius termasuk kesan lebam di beberapa bahagian badan serta kepala, selain patah kaki,” jelasnya.
Difahamkan, mangsa yang berada dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan.
Susulan itu wanita warga Indonesia yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan yang maut dipercayai akibat didera akan direman bersama bapa tiri mangsa di Mahkamah Majistret di sini, pada pagi Selasa.
Sumber berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 30-an yang telah ditahan polis itu akan direman pada jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Fenomena Tarian Panama atau Panama Dance mulai viral di media sosial sejak akhir-akhir ini. Ramai yang menyahut cabaran #PanamaDanceChallenge dengan merakamkan video tarian masing-masing dengan gelagat tersendiri.Malah tarian dan lagu ini juga digunakan didalam senamrobik.
Pada asalnya lagu Panama ni telah dipopularkan oleh penyanyi pop Romanian iaitu Matteo pada tahun 2013.Tetapi ia menjadi popular di Korea Selatan selepas ia disampaikan oleh artis K-pop seperti Bora SISTAR dan Sungyeol INFINATE dalam program televisyen terkenal Korea, Laws of the Jungle in Panama.Lagu dan tarian ini kemudiannya telah menjadi viral apabila ia kerap dimuatnaik dilaman sosial oleh ramai selebriti dan orang ramai yang meniru tarian tersebut sejak November lalu.
Mungkin tarian ini nampak comel dan lagunya berentak rancak namun bagi yang pernah memuatnaik dan berkongsi video Tarian Panama ini, eloklah memadamkan posting tersebut. Sila hadam pesanan yang dikongsikan oleh Abeben’s Artworks ini.
BERHENTI UPLOAD DAN SHARE VIDEO WANITA BERJOGET TARIAN PANAMA
Kebelakangan ni dah ada satu trend kat media sosial, ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita berpakaian ketat dan menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan, yang mana tak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.
Ya, mungkin ada sesetengah tu nak gunakan sebagai rujukan untuk senam robik kat dalam bilik sendiri, namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu.
Kemudian, yang mana yang nak buat tarian tu pula, janganlah rakam, jangan upload dan jangan share kat media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah. Jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah.
Kekadang sedih juga, melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan, sehingga lupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat etc. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai, rakam perbuatan masing-masing, untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar.
Bagi yang dah terakam atau terupload video panama challange korang, yang di dalamnya ada wanita berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, turut sama berjoget melenggang-lenggokkan tubuh badan menari mengikut rentak lagu, bolehlah slow-slow remove atau delete dari akaun Facebook masing-masing, sebelum page-page kaki Viral besar-besar kat Malaysia ni repost video korang.
Once page besar-besar ni dah repost, susah korang nak tutup balik aib korang, walaupun korang dah bertaubat sungguh-sungguh. So, better take action now. Delete awal-awal. Remove awal-awal.
Dan yang mana ada plan nak buat Panama Challenge kat office, tempat kerja, sekolah, atau kelas masing-masing, batalkanlah niat tersebut.
Nak bersenam boleh. Cuma kena jaga batas. Yang perempuan, buat secara tertutup tanpa bercampur dengan lelaki, dan jangan rakam, jangan upload, jangan sebar.
Semoga Allah membimbing kita semua dalam menempuh dugaan dan godaan hiburan melampau zaman sekarang. Insya-Allah.
Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Pada anak bujang kalau teringat penangan mak di kampung mesti tak tahan nak pulang segera. Momen berbuka puasa bersama keluarga tercinta di desa sememangnya sangat dirindui terutama pada perantau.
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan
Mereka yang nak berjimat masak sendiri lebih bagus. Bukar sekadar jimat tetapi rasanya pun enak. Jadi petang ni jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.
Bahan-Bahan:
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air
Cara Memasak :
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga sebati kemudian masukkan udang, bila sudah kekuningan masukkan sedikit air (jika suka berkuah) letakkan air lebih.
Kacau-kacau kemudian masukkan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
Angkat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas dan teluar dadar.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...