Ajal, jodoh semuanya ketentuan tuhan. Meskipun jurang usia yang jauh berbeza tak menghalang untuk bersatu ke jinjang pelamin. Namun siapa sangka perkahwinan yang diharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat hanya mampu bertahan 3 minggu.
Hubungan pasangan sensasi, Abah Sarna,71 dan isterinya, Noni Navita,18 akhirnya terlerai apabila berpisah selepas 22 hari berkahwin. Tribun News melaporkan, perpisahan itu berlaku selepas Abah Sarnamenjatuhkan talak dengan menghantar surat kepada Noni, 17 pada Jumaat lalu.
Kakak Noni, Iyan, 29 berkata, keluarganya terkejut selepas mengetahui perkara berkenaan kerana ia berlaku dengan tiba-tiba tanpa ada tanda keretakan rumah tangga dalam hubungan adiknya dan Abah Sarna.
Enggan Berpisah
Malah, Iyan memaklumkan Abah Sarna sebenarnya enggan berpisah walaupun sudah menghantar surat cerai kepada adiknya.
“Memang terkejut kerana tiada angin dan ribut, tiba-tiba jadi hal seperti ini.
Ads
“Keluarga kami tidak mempunyai masalah dengan Abah Sarna.
“Namun, masalah itu datang daripada Abah Sarna dan keluarganya yang seolah-olah membantah perkahwinan itu,” katanya.
Merendahkan Maruah Keluarga
Iyan menyifatkan tindakan dilakukan seperti merendahkan maruah keluarganya.Katanya, apa yang berlaku juga menyebabkan Noni murung.
“Selepas menerima surat itu, adik saya tidak berselera makan selama sehari.
“Namun, keadaannya kini semakin baik berbanding tempoh hari,” katanya.
Ads
Iya turut menafikan dakwaan yang mengatakan perpisahan itu berlaku disebabkan Noni hamil, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Abah Sarna.
“Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan kedua-dua pihak perlu bertemu untuk membincangkan perkara ini kerana jika tidak, masalah tidak akan selesai,” katanya.
Terdahulu, perkahwinan antara Abah Sarna dan Noni di Subang ,Jawa Barat, Indonesia mendapat perhatian warganet di laman sosial kerana perbezaan usia mereka.Perbezaan usia 53 tahun tidak menghalang kedua-duanya disatukan.
Ads
Hantaran diberikan Abah Sarna kepada Noni iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari dan barangan kelengkapan rumah juga menarik perhatian ramai dan tular di media sosial kerana terpaksa diangkut dengan 2 buah lori ketika majlis perkahwinan mereka.
Abah Sarna dilaporkan memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819).
MW: Macam-macam hal.Setiap pasangan pastinya mengharapkan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat, namun siapa sangka di pertengahan jodoh tak panjang. Doakan sahaja yang baik-baik buat pasangan ini.
Pagi ini, Dr Maszlee Malik meluangkan waktunya di SK Setiawangsa Kuala Lumpur. Menyambut kedatangan anak-anak sekolah rendah ini, kembali ke sekolah.
Tampak ceria, beliau melayan anak-anak ini. Siap membuat ‘high five’ dengan anak sekolah ini. Guru-guru yang menyambut kedatangan pun turut merasai momen ceria pagi itu.
Malah, beliau sempat menitipkan pesan di instagramnya, ditujukan khas untuk anak-anak ini, ibu bapa malah guru-guru.
Kepada anak-anak semua, pakcik ucapkan selamat kembali ke sekolah. Ingatlah, sekolah ialah tempat yang paling seronok, dan tempat kita mengumpulkan banyak kenangan. Selalulah ikut cakap cikgu, dan selalulah bertanya soalan dalam kelas.
Kepada cikgu-cikgu semua, selamat mengajar kembali. Terima kasih kerana terus cekal mendidik anak bangsa, tanpa mengenal sedikit pun erti penat lelah.
Kepada ibu dan bapa, terima kasih kerana menghantarkan anak ke sekolah. Teruslah mendoakan kesejahteraan mereka. Percayalah, anak-anak kita semua ialah anugerah yang sangat istimewa. Usahlah terlalu risau keadaan mereka di sekolah, Insya-Allah cikgu-cikgu akan menjaga mereka dengan baik.
Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan
Ternyata itulah amanat terakhir yang dikongsikan beliau, sebelum pada petangnya, Dr Maszlee Malik mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari ini.
Selepas 20 bulan berkhidmat, ternyata pengumuman yang beliau kongsikan ini memberi kejutan besar kepada ramai pihak di permulaan tahun baru 2020 ini.
Jelasnya lanjut ketika sidang media khas,
“Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat, dengan nasihat ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 (esok).
“Keputusan ini dibuat selepas saya dilihat bukan melalui pencapaian. Kementerian Pendidikan sering jadi perhatian terutama media bukannya melalui pencapaian kita, apa yang berlaku selama 20 bulan ini yang tidak dicapai pada tahun (kepemimpinan) sebelum ini.
“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan sarapan percuma, dan saya percaya keputusan ini bukan pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan baharu.”
MW : Walau pun seketika, pembaharuan yang dibawakan oleh Dr Maszlee Malik pada sistem pendidikan negara amat besar maknanya. Tahniah YB!
Baju Sarat Mesej Pilihan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pereka Fesyen Dedah Simbolik Gaun Berlian Bersulam Tangan. Baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menghiasi pentas di Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura dengan menggayakan gaun yang direka oleh pereka terkenal Fiziwoo.
Menariknya, gaun yang dihiasi ribuan berlian bersulam tangan ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Gaun yang berfungsi sebagai kanvas berkilauan, mengubah penghormatan peribadi menjadi paparan seni dan penghormatan yang menakjubkan.
Penghormatan Menakjubkan
Gaun FOR YOU
Gaun yang mesra dipanggil ‘For You’ oleh peminat setianya, Sitizoners, sangat menyentuh hati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan menggabungkan palet warna hitam, putih, hijau, dan merah, pakaian itu melambangkan kekuatan dan harapan, secara simbolik menggemakan tema solidariti dan ketahanan.
Dicipta dengan perhatian yang teliti, gaun ini mengandungi naratif peribadi yang signifikan, termasuk penghormatan kepada suaminya dan anak perempuannya, serta refleksi mengenai nasib Palestin.
Kata-kata seperti “Khalid, untuk kamu adalah cahaya saya”, “Afwa Al Aafiyah, untuk kamu adalah tonggak kekuatan dan masa depan ratusan jiwa” dan “Dr Mohanad, untuk kamu adalah jambatan harapan” diintegrasikan dengan lembut ke dalam rekaannya, menambahkan lapisan makna dan emosi.
Mesej Penuh Emosi
Menurut pereka fesyen Fiziwoo, kehadiran mesej-mesej yang penuh emosi ini, ditambah dengan skema warna simbol yang mencerminkan bendera Palestin, menekankan komitmen Dato’ Sri Siti Nurhaliza terhadap advokasi dan solidariti.
Malah antara mesej yang disampaikan melalui seorang pejuang, Dr. Mohanad. Beliau merupakan seorang wira yang diiktiraf di Palestin turut menyatakan rasa terima kasih yang mendalam.
Penyanyi nombor satu negara itu menerima kecaman aktivis anti-Israel apabila dia berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif `Hitman Returns – David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
“Di tengah-tengah perjuangan dan kesusahan kami, isyarat solidariti anda bersinar dengan mendalam.”
Tambah Fiziwoo lagi, gaun tersebut meneruskan naratif dari kerjasama pertama mereka dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sekaligus menandakan bab penting dalam perkongsian kreatif mereka.
Busana rekaan duo Fiziwoo yang dinamakan red tulle ball gown pernah digayakan oleh penyanyi kesayangan ramai ini pada Konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 pernah mendapat perhatian ramai apabila pereka fesyen ini menjadikan beberapa lirik lagu popular Dato Sri Siti Nurhaliza sebagai rujukan utama pada baju berkenaan.
Genap 25 tahun usianya hari ini, pelakon jelita Anna Jobling memilih untuk meraikannya dengan penuh kesyukuran.
Bintang drama fenomena Melur Untuk Firdaus itu menzahirkan ucapan terima kasih yang paling istimewa, buat insan yang melahirkannya, ibunda tercinta, Ariz Arop.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Anna atau nama penuhnya Anna Elissa Gustin memuat naik foto kenangan zaman kanak-kanak, seakan membawa dirinya dan para peminat mengimbau kembali perjalanan seorang anak membesar di bawah payung kasih seorang ibu.
“Terima kasih banyak-banyak di atas semua ucapan hari lahir. Anna baca semuanya, dan setiap mesej amat bermakna buat saya.
Terima kasih juga buat mama kerana melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulisnya dengan penuh kasih.
Anna turut merakam penghargaan buat rakan-rakan serta peminat yang tidak putus-putus menitipkan ucapan dan doa sempena hari istimewanya.
Mengakhiri pesanan itu, pelakon berdarah kacukan ini meluahkan rasa bertuah kerana dikelilingi insan-insan hebat, sambil memohon doa agar langkahnya ke fasa baharu kehidupan dipermudahkan.
“Doakan yang terbaik untuk Anna dalam melangkah ke fasa baru ini,” katanya, penuh harapan.
Bagi para peminat, ulang tahun Anna bukan sekadar meraikan pertambahan usia, tetapi juga menyaksikan bagaimana seorang wanita muda terus melangkah penuh yakin, berpaut pada kasih keluarga, dan menghargai setiap insan yang mewarnai hidupnya.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.