Hanya GORENG & TUMIS, Udang Goreng Daun Ketumbar Ala Thai Ini, Memasak Tanpa Keluarkan Peluh

Share

Sebagai seorang ibu, setiap hari kita wajib memikirkan menu yang sesuai untuk hidangan famili.

Tak kiralah sama ada anda ibu yang bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa. Wajib untuk anda menghidangkan masakan setiap hari. Namun dek kerana keluarga tercinta sudah pasti golongan ibu ini perlu memasak juga walaupun dalam keletihan.

Bagi mereka yang bekerjaya menu yang ringkas menjadi pilihan utama.

Apa kata anda sediakan resipi Udang Goreng Daun Ketumbar Ala Thai
yang cukup ringkas. Jadi memang tak keluar peluhpun masa nak memasak.

Resipi ini insya-Allah gerenti jadi kerana ia sangat mudah dan tidak banyak menggunakan bahan rempah ratus.

Air Tangan Ibu Santapan Digemari

Air tangan ibu semestinya sangat berharga dan menjadi santapan paling digemari ahli keluarga.

Foto: Sumber Internet

Hanya Perlu Goreng & Tumis, Jimat Wang

Hanya perlu goreng dan tumis sahaja, masakan anda boleh dihidangkan. Bukan saja menjimatkan wang malah anda boleh menikmati makanan ini dengan keluarga tersayang.

 

UDANG GORENG DAUN KETUMBAR ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

250gm udang saiz XL di buang kulit

1/2 cawan tepung goreng ayam

1 sudu teh pati ayam

6 ulas bawang putih dicincang

2 biji cili merah dicincang

1 sudu makan  chili flakes

1/2 cawan daun ketumbar dihiris halus

Sedikit daun bawang dihiris halus

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:

Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.

LANGKAH 2:

Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

LANGKAH 3:

Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.

LANGKAH 4:

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

LANGKAH 5:

Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.

 

LANGKAH 6:

Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.

Sumber Foto: RASA

Selamat mencuba!

Resipi Crab Rangoon, Guna Kulit Popia Aje Ganti Kulit Wantan. Sedap Pun Sedap!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN