Hanya 3 Bahan, 24K ‘Share’ Resipi Mudah & Sedap Guna Biskut Marie Ini!

Share

Dengan hanya menggunakan 3 bahan boleh menghasilkan resipi yang sedap dan mudah disediakan ini. Siapa sangka punyalah viral, sehingga kini 24 ribu orang telah kongsikan resipi menarik ini, yang hanya menggunakan Biskut Marie, Cream Cheese dan Coklat masakan. Malah tak perlu dibakar dalam oven atau guna mixer pun. Senang sangat!

Nak tahu lebih lanjut cara membuatnya, ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ieda Jahaya ini sebagai panduan;

Bebola Kek Coklat Bercheese

Bahan-Bahan:

1peket Biskut Marie (perisa coklet atau asli, mana-mana pun boleh)
250g Cream Cheese Tatura
Coklat Masakan Beryl’s

Cara Membuat:

1. Kisar halus biskut marie tersebut.

2. Kemudian gaul bersama cream cheese.Kalau nak lebih sikit manis tambah je gula icing. Kalau tak nak manis tak perlu letak.

3. Bulat-bulatkan adunan tersebut.Ketepikan.

4. Setelah itu, Double boiler coklat masakan.

5. Golek bebola dalam coklat cair, kalau nak tabur badam panggang sekejap pun boleh.
6. Sejukkan dalam peti ais.

Dah siap!

  • Selepas celup dalam coklat cair, letak dalam paper cup ye dan terus masuk peti ais.

Selamat Mencuba

Baca Lagi Di Sini:
Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!

Puding Oreo Milo, Basahkan Acuan Dengan Air Supaya Mudah Dikeluarkan

Mingguan Wanita: Mudah sangat ni, guna 3 bahan je resipi ni. Anak-anak mesti suka.Boleh cuba buat di rumah nanti.

Sumber: Ieda jahaya

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

IKLAN