Hantaran terakhir jururawat macam petanda nak ‘pergi,’ terpisah dengan suami ketika konvoi RXZ. Tragedi menimpa seorang peserta program RXZ Members 7.0 apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ketika menuju ke Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.
Hantaran Terakhir Jururawat Macam Petanda Nak ‘Pergi,’ Terpisah 30 Meter Dengan Suami Ketika Konvoi RXZ
Lebih menyentuh hati, wanita berusia 33 tahun itu, Roslinawati Ramli atau lebih dikenali sebagai Eyna Lee, sempat memuat naik status terakhir di Facebook yang seolah-olah menjadi petanda pemergiannya.
Menerusi hantaran ringkas di akaun peribadinya, arwah menulis:
“Kena tunjuk muka pecah, bukti tak mengelat,” dipercayai merujuk kepada wajah letih selepas menunggang motosikal dalam tempoh panjang.
Selain itu, arwah yang bekerja sebagai jururawat turut berkongsi keadaan semasa peserta konvoi yang berhenti rehat, sambil dirinya duduk di tepi longkang melepaskan penat.
Beberapa jam selepas itu, akaun Larriz Bina Ent berkongsi rakaman siaran langsung seorang peserta konvoi lain di lokasi kejadian. Dalam video tersebut, individu berkenaan menjelaskan konvoi dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mengelakkan kesesakan.
“Suami dia kat depan, dia jarak dengan suami dalam 20 ke 30 meter, suami dia tak sedar dia jatuh ni… yang ni teruk juga, kat lutut, bahu dia tadi, paling teruk kat kepala.
“Apabila terlalu ramai tadi, kita orang buat dua grup, satu grup belakang dan satu kat depan, tak nak nampak macam sibuk sangat.
“Jatuh sendiri, jatuh sendiri, ‘lost control’ sebab kat jambatan tu ada bonggol, dia turun jambatan terus gelong, dah ‘call’ banyak kali, suami dia tak dengar lagi.”
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius pada bahagian kepala.
Difahamkan, arwah menunggang motosikal milik suaminya dan bergerak secara konvoi bersama 13 peserta lain. Mereka bertolak dari Simpang Renggam, Johor sekitar jam 1 pagi, sebelum kemalangan berlaku kira-kira tengah hari.
PM umum subsidi petrol BUDI95 terhad 300 liter sebulan, harga RON95 RM1.99 mulai 30 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 sebagai tanda penghargaan kerajaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Sept 2025 di Dewan De ‘Seri Endon Puspanitapuri hari ini. Foto Bernama
Beliau menegaskan, subsidi hanya diberikan kepada warganegara manakala bukan warganegara serta syarikat besar akan dikenakan pada kadar RM2.60 seliter.
“Mulai 30 September, bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ia mengikut perseorangan. Harga bagi bukan warganegara ditetapkan RM2.60,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.
Subsidi Bersasar BUDI95
Harga baharu ini dilaksanakan menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menetapkan siling kelayakan 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia. Pemandu e-hailing pula dikecualikan daripada had tersebut dan boleh memohon kuota lebih tinggi mengikut keperluan.
Selain IC boleh juga guna app Setel dari Petronas dan kad touch n go
Mekanisme Penggunaan
Pengguna perlu mengesahkan kelayakan melalui MyKad dan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mesin pembaca MyKad akan disediakan di stesen minyak, manakala aplikasi Setel dan Touch ‘n Go boleh digunakan sebagai alternatif digital.
Anwar turut mengingatkan orang ramai agar menyemak cip MyKad dan lesen memandu lebih awal bagi mengelakkan masalah teknikal ketika pengisian.
Kerajaan memilih pendekatan berperingkat untuk mengelakkan kesesakan dan menguji sistem:
27 September – Polis dan tentera sebagai kumpulan pertama.
28 September – Golongan B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
30 September – Pelaksanaan penuh kepada semua warganegara.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna di seluruh negara. Bagi pemandu e-hailing yang menempuh jalanan berjam-jam setiap hari, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah atau pekerja harian yang bergantung kepada motosikal dan kereta kecil untuk mencari rezeki, kadar RM1.99 seliter walaupun terhad 300 liter sebulan tetap memberi ruang bernafas. Ia mungkin angka kecil di papan tanda stesen minyak, tetapi besar maknanya dalam kehidupan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin mempunyai sebab yang tersendiri sepasang suami isteri di India menamakan anak mereka sebagai Corona dan Covid sempena kelahiran bayi kembar itu dalam suasana ‘lockdown’ sedang dikuatkuasakan di negara itu susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Lambang Kejayaan
Memetik laporan Daily Mail, bayi kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu dan nama Corona serta Covid itu dipilih oleh pasangan tersebut sebagai melambangkan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.
Verma berkata, dua anaknya itu (kembar lelaki dan perempuan) berjaya dilahirkan selepas berjaya mengharungi segala dugaan menyebabkan dia dan suami mengambil keputusan menamakan anak mereka dengan nama Corona dan Covid.
Tanda Kenangan
Ia sebagai tanda kenangan yang tidak akan mereka lupakan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.
“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.
“Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini. Staff hospital memanggil anak lelaki saya Corona dan anak perempuan, Covid,” kata wanita tersebut yang juga telah mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun.
Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara ‘caesar’ dengan beberapa komplikasi.Bagaimanapun pasangan suami isteri itu memberitahu, mereka berkemungkinan menukar kembali nama anak itu nanti.
Bagi menangani penularan Covid-19, India melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari. Data terkini lebih 2,300 kes telah dilaporkan positif Covid-19 di India dengan 56 kematian.
Kes pelajar jatuh tingkat 3, keluarga rayu saksi tampil beri keterangan. “Kalau sesiapa yang nampak kejadian (terjatuh) itu, tolong cakap benar dan tampil beri keterangan kepada pihak berkuasa untuk memudahkan urusan. Kami bukan nak cari salah tetapi nak cari penyelesaian supaya lebih telus.”
Kes Pelajar Jatuh Tingkat 3, Keluarga Rayu Saksi Tampil Beri Keterangan
Demikian harapan Muhammad Aidil Mansor, 34, bapa saudara kepada Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Ahmad Irfan, 15, yang juga pelajar Tingkatan Tiga selamat menjalani pembedahan pada hari sama. Foto Ihsan Keluarga
Ahmad Irfan, 15, telah menjalani pembedahan pada hari kejadian dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi.
Menurut Muhammad Aidil, keluarga amat terkejut dengan insiden itu memandangkan anak saudaranya dikenali sebagai seorang yang sopan, ringan tulang dan tidak pernah menunjukkan rasa takut untuk kembali ke asrama.
“Kami harap kejadian ini disiasat dengan telus dan adil, itu sahaja.
“Andai kesilapan itu di pihak anak saudara saya, kami akur tetapi kalau sebaliknya, biarlah diadili dengan sebaiknya.
Ketika Ahmad Irfan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Kredit foto: Sinar Harian
“Kami percaya kepada qada dan qadar Allah,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin sempat melawat keluarga pelajar berkenaan di Hospital Sungai Buloh dan meluangkan kira-kira setengah jam bersama mereka.
Muhammad Aidil juga menghargai perhatian yang ditunjukkan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap insiden tersebut, malah menganggapnya sebagai titik tolak untuk memperketat aspek keselamatan pelajar di asrama.
Dalam pada itu, Dr Afif memaklumkan keadaan Ahmad Irfan kini lebih stabil walaupun masih memerlukan rawatan intensif selepas menjalani pembedahan.
“Doktor memaklumkan Ahmad Irfan kini stabil walaupun masih memerlukan rawatan rapi selepas menjalani pembedahan,” jelasnya.
Sebelum ini, polis mengesahkan kertas siasatan telah dibuka berhubung insiden tersebut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.