Bila berjalan melihat tempat orang memang seronok tapi bila bab makan adakah anda semua pasti yang makanan yang anda makan itu halal? Tidak kira melancong di dalam atau luar negara haruslah diingati bahawa mencari makanan yang halal untuk di makan. Jangan asal kenyangkan perut sahaja.

Ramai juga dikalangan kita yang masih tidak tahu dan ragu-ragu dalam memastikan makanan yang mereka makan itu halal. Bukan apa zaman sekarang ini, lambakan restoran dan kedai-kedai makan yang bukan beragama Islam pun memaparkan ukiran dan slogan-slogan halal bagi menarik pelanggan yang beragama Islam.

Halalkah Makanan Yang Kita Makan Bila Melancong?

Apakah yang dimaksudkan dengan Halal?

Berdasarkan wikipedia, Halal bermaksud salah satu hukum Islam yang membawa makna sesuatu perkara, benda atau perbuatan yang diizikan dan dibolehkan. Contohnya seperti makan haiwan yang telah disembelih mengikut cara yang betul dan juga perhubungan.

Istilah halal ini juga sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijual beli menurut dan mengikut syariat Islam.

IKLAN

 

Bagaimana Nak kenali Logo HALAL Yang sah?

Jika di Malaysia anda semua tidak asing lagi dengan logo Halal Jakim. Logo ini, sedikit sebanyak membantu kita dalam memastikan makanan yang kita makan itu adalah diyakini halal. Tetapi, jika anda mengembara pasti ianya sukar untuk anda memastikan makanan yang anda makan itu adalah halal atau sebaliknya.

Halalkah Makanan Yang Kita Makan Bila Melancong?

IKLAN

Jangan risau kerana dengan teknologi yang semakin canggih, anda boleh membuat semakan makanan dan produk yang anda gunakan itu adalah dari sumber yang halal dengan melayari portal www.halal.gov.my. Bukan hanya di Malaysia sahaja jika anda melancong keluarga negara juga anda boleh semak makanan dan produk yang dibeli halal atau tidak.

 

Tip Melancong Untuk Cari Makanan Halal

IKLAN
  1. Cari Masjid, jika anda melancong di luar negara yang populasi rakyat negara itu Islam anda boleh menjadikan Masjid sebagai “Benchmark” kerana pasti berdekatan masjid itu terdapat restoran makanan halal.
  2. Makan dalam saiz yang sederhana jangan berlebihan, jika di Malaysia anda biasa makan sehari tiga kali kurangkannya kepada dua kali sehari.
  3. Mengembaralah dengan Ilmu & Bijak. Buat kajian tentang kawasan dan tempat yang anda lawati.
  4. Dahulukan Fardhu jangan jadikan alasan tidak mencari yang halal kerana anda berada di luar negara.

Jangan terlepas menonton siaran ulangan program bual bicara Mingguan Wanita hari ini pada jam 5 petang, dengan kupasan topik “Di manakah Halalnya?” dengan penampilan tetamu undangan, Mohd Khalid Osman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan bersama beberapa tetamu undangan untuk mengupas topik ini.

Saksikan hanya disaluran Astro Prima 105 & Astro Prima Hd 121.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI