Setiap kali datang haid sudah pasti wanita akan mengalami ketidakselesaan, perubahan emosi dan nafsu makan yang berbeza.

Menakutkan

Dr. Fawziah binti Tan Sri Dato’ Ishak, Pakar Obstetrik dan Pakar Sakit Perempuan di Hospital Pantai Penang, berkongsi tentang rahsia baharu bagi wanita yang mengalami masalah haid banyak dan berpanjangan.

“ Satu perkara yang pasti ialah haid dalam seluar untuk berbulan-bulan tidak pernah menyeronokkan tetapi ia boleh menakutkan lagi apabila ‘parti’  haid itu menjadi lebih lama, banyak dan menyakitkan. Haid yang tempohnya lebih lama dan banyak bukan sahaja memberi efek kepada kualiti hidup, tetapi dapat juga mengurangkan keyakinan wanita dan membuatkan mereka merasa kurang feminin.

Usah risau jika anda mengalami kekejangan teruk dan aliran haid yang banyak kerana anda bukan seorang di dunia ini yang menghadapinya. Malah, ramai dalam kalangan wanita yang juga mengalaminya antara 20 hingga 40 peratus wanita adalah mangsa fibroid dan sista ovari.

Mereka yang sering menghadapi masalah ini selalunya memandang enteng terhadap perkara ini dan hanya menyesuaikan diri dengan menambah lebih banyak lapisan pad dan sebagainya. Pada hakikatnya, yang mereka perlu buat adalah mendapat rundingan ginekologi,” jelas beliau.

Bagaimana Hendak Tahu Haid Itu Terlalu Banyak?

Anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimana hendak kita tahu jika haid itu terlalu banyak?”

Dr. Fawziah menjelaskan seseorang yang menghadapi masalah ini akan tahu sendiri dan merasa bahawa haid pada bulan tersebut agak berlainan daripada bulan-bulan yang sebelumnya.

“ Misalnya, jika mereka tahu bahawa mereka selalu menggunakan satu pek pad, tetapi menyedari bahawa kali ini mereka harus menggunakan dua atau tiga pek pad untuk bertahan, maka mereka perlu tahu bahawa ada sesuatu yang bermasalah.

IKLAN

“ Sesetengah wanita akan cuba membiasakan diri dengan masalah ini dengan menambah lapisan pad daripada yang biasa, tetapi jika masalah ini berpanjangan, ia boleh mengakibatkan bekalan darah yang tidak mencukupi yang secara langsung akan membuatkan mereka kelihatan pucat. Kami sebagai doktor sudah tentu tidak mahu perkara ini terjadi dan akan cuba mengelakkannya dan cara yang terbaik ialah dengan menjalani rawatan laparoskopi 3D,” ujarnya.

Katanya lagi, kini wanita mempunyai pelbagai pilihan dan doktor mampu membantu mereka.

“ Berbanding dengan rawatan laparotomi iaitu pembedahan besar dan terbuka yang akan menjejaskan mereka kepada luka dan parut-parut yang besar, kini mereka boleh mendapatkan pelbagai manfaat yang jauh lebih baik dengan rawatan laparoskopi 3D. Ini juga ialah salah satu solusi dan peluang kedua yang ajaib bagi mereka yang menginginkan zuriat dan mereka bolehlah mendapatkan rawatan ini,” sambungnya.

Apa Itu Laparoskopi 3D?

Jelasnya lagi sudah semestinya ramai wanita akan menolak jika imej pembedahan bermain di fikiran mereka.

“ Tetapi wanita yang telah menderita akibat fibroid dan sista ovari akan menghadapi luka kecil yang secara terperincinya akan memberikan efek kesakitan yang sedikit juga melalui kaedah pembedahan kecil laparoskopi 3D yang juga dikenali sebagai salah satu Operasi Minimal Invasif (OMI).

IKLAN

Laparoskopi 3D adalah cara yang terbaik untuk merawat masalah fibroid dan sista ovari. Rawatan ini bukan sahaja dapat menambah baik penampilan luka mereka. Malah, rawatan ini lebih mesra bagi pesakit kerana mereka dapat pulih dan bangun lebih cepat berbanding dengan pembedahan besar iaitu laparotomi,” ulas beliau lagi.

Apa Penyebab Pendarahan Haid Terlalu Banyak?

Berikut adalah beberapa penyebab pendarahan haid terlalu banyak

Ketidakseimbangan hormon

Dalam kitaran haid normal, keseimbangan antara hormon estrogen dan progesteron mengatur pembinaan lapisan dalam uterus (endometrium) yang keluar semasa haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium terhasil berlebihan dan sekali gus keluar melalui pendarahan haid yang banyak. Banyak keadaan menyebabkan ketidakseimbangan hormon termasuklah sindrom polisistik ovary (PCOS), kegemukan, rintangan insulin dan masalah-masalah tiroid.

Gangguan, kerosakan atau ketaknormalan ovari

Jika ovari tidak melepaskan telur (ovulasi) semasa kitaran haid, tubuh tidak menghasilkan hormon progesteron seperti sepatutnya semasa kitaran haid normal. Keadaan ini membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid banyak.

Fibroid dalam rahim

Tumor bukan kanser (benign) dalam rahim (uterus) muncul ketika umur wanita boleh mengandung. Fibroid dalam rahim boleh menyebabkan pendarahan lebih banyak daripada normal.

IKLAN
Polip

Polip adalah ketumbuhan kecil bukan kanser yang tumbuh dalam lapisan dalam rahim yang boleh menyebabkan pendarahan haid terlalu banyak atau terlalu lama.

Adenomyosis

Keadaan ini muncul apabila kelenjar daripada endometrium terlekat dalam otot rahim, dan kerap menyebabkan pendarahan banyak dan haid menyakitkan.

Alat pencegah kehamilan yang diletakkan dalam rahim (IUD)

Pendarahan banyak ketika haid juga adalah kesan sampingan penggunaan IUD bukan hormone untuk mencegah kehamilan.

Komplikasi kehamilan

Haid yang banyak dan lama juga boleh disebabkan oleh keguguran. Penyebab lain pendarahan banyak semasa hamil termasuklah lokasi luar biasa placenta.

Kanser

Kanser rahim dan kanser serviks juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak terutamanya bagi wanita selepas menopaus atau mempunyai ujian Pap abnormal sebelum ini.

Penyakit pendarahan yang diwarisi

Sesetengah penyakit pendarahan boleh menyebabkan pendarahan haid yang abnormal.

Ubatan

Ubatan tertentu termasuklah ubatan antikeradangan, ubatan berhormon seperti estrogen dan progestins, dan antigumpal boleh menyumbang kepada haid banyak atau terlalu panjang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI