
Guru dipercayai rempuh pelajar hingga meninggal dibawa ke mahkamah bagi urusan reman, dilihat memakai baju lokap. Seorang guru wanita dipercayai seorang Ustazah yang dikatakan tertekan pedal minyak di kawasan sekolah sehingga mengakibatkan kematian Nur Fatimatul Hawa, 13 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini bagi urusan reman.
Dilihat memakai pakaian lokap, cikgu berusia 57 tahun ini dilihat tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap. Guru berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam insiden semalam yang menarik perhatian masyarakat, pelajar yang juga anak yatim, Nur Fatimatul dikatakan baru selesai solat di luar surau sekolahnya dan sedang memakai kasut apabila insiden menyedihkan ini terjadi bila mana kenderaan dibawa Ustazah ini dikatakan tertekan pedal minyak sebelum merempuh dirinya dan tiang berdekatan.
Dikatakan arwah tersepit di bawah kenderaan dan menemui ajal di hadapan surau sekolahnya pada kejadian jam 1.50 tengahari sementara seorang lagi rakannya dikatakan parah dan sedang menerima rawatan di hospital.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.
Arwah telah selamat dikebumikan jam 9 malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Gayong dekat Taman Uda Murni bersebelahan pusara ibunya, Siti Maheran Noor yang meninggal dunia, lima tahun lalu.
Akhbar turut melaporkan abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15 yang bersekolah di tempat adiknya hanya mengetahui tragedi itu daripada rakan ketika dia sedang menunggu untuk pulang.
“Saya berada di luar sekolah, tunggu kawan. Tiba-tiba ada yang beritahu adik kena langgar di depan surau. Tanpa berlengah, saya berlari mendapatkan adik namun apa yang saya lihat hanyalah tubuh kaku yang sudah tidak bernyawa di tangga surau.
“Saya terus peluk arwah adik. Masa itu memang tak percaya apa yang berlaku,” ujarnya, menahan kesedihan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




