Guru dedah murid tahun 1 sering buat aksi lucah dalam kelas, puncanya ibu bapa beri gajet tanpa kawalan. Hari ini, gajet dan anak-anak berpisah tiada. Dapat dilihat pada usia kecil lagi, ibu bapa sudah menyuakan telefon pada anak atas alasan mahu anak duduk diam sama ada di kedai makan atau tidak membuat bising di rumah.
Pada usia kecil, mereka mungkin meneroka cerita kartun seperti yang mak ayah fikirkan tetapi bila sudah jadi ketagihan pada telefon dan ibu bapa malas nak dengar anak menangis mereka akan berikannya tanpa kawalan.
Guru Dedah Murid Tahun 1 Sering Buat Aksi Lucah Dalam Kelas
Satu pendedahan guru yang dikongsi oleh penceramah motivasi, Akhi Fairuz Al Jengkawi mengenai murid tahun satu yang sering membuat aksi lucah di dalam kelas pasti membuka mata mak ayah betapa anak-anak mudah terdedah kepada kelucahan melampau pada usia muda. Kata orang, usia yang sepatutnya mereka menerokai usia kanak-kanak bermain dengan alam dan kawan-kawan sebaliknya sudah menonton babak lucah dalam hidupnya.
“Kat sekolah saya ada murid tahun 1. Selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi. Sekali saya bagi phone dan minta dia search apa yang dia tonton di Youtube. Saya istighfar panjang! Hanya dengan taip ****** terus keluar benda lucah.
“Pada hal majoriti murid dalam kelas saya ini membaca dan mengeja pun tak tahu. Ya Allah sedih sangat, 7 tahun dah tengok benda tu. Saya buntu bagaimana untuk beritahu dalam grup ibu bapa pasal benda nie. Minta dia orang aware. Saya yang tua pun baru tahu pasal hanya huruf XXX, boleh keluar pasal lucah. Tak perlu pandai mengeja.
Ternyata pendedahan guru ini amat menakutkan kerana minda anak sudah dirosakkan hanya kerana tiada pengawalan tegas ibu bapa dalam hal gajet kepada anak.
Puncanya Ibu Bapa Beri Gajet Tanpa Kawalan
Dalam pada itu, Akhi Fairuz memaklumkan, anak-anak generasi hari ini semakin terdedah dengan kelucahan.
“Setiap dari kita berperanan untuk mendidik anak-anak ini, baik di rumah, di sekolah mahupun saya sendiri,” katanya yang aktif mengadakan seminar berkaitan hal ini.
Ads
Hal yang dikongsi di fbnya ini ternyata mendapat perhatian dari Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan akan membuat pertemuan dengan pihak Google pada minggu depan.
Sedar hal ini perlu tindakan segera dan tindakan bagi menyelamatkan genarasi muda hari ini, Fahmi Fadzil menyifatkan hal ini perlu tindakan segera.
“This is ridiculous. Saya & MCMC akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini. Insya-Allah pertemuan minggu depan.
Dalam pada itu, Akhi Fairuz ada tiga tindakan segera perlu dibuat oleh ibu bapa demi isu ini.
Isu ni ada 3 perkara yang ibu bapa kena nampak.
Sekatan. Ini kerja pihak berkuasa. Macam respon Menteri Fahmi Fadzil.
Pantauan. Ini kerja mak bapak. Tolonglah jangan rosakkan anak dengan beri terus gajet tanpa pantauan.
Didikan. Yang ini berterusan. Jangan pernah jemu untuk educate anak apa yang boleh apa yang tidak, apa halal, apa haram, apa dosa, apa pahala.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jari Kelingking Suami Penyanyi Safura Terkulai Putus Ketika Potong Ayam! Sungguh malang tidak berbau, apabila menggunakan pisau dan segala alatan tajam perlu lebih berhati-hati. Sungguh ngeri apabila membayangkan jari sendiri terputus di depan mata.
Hilang Jari Kelingking
Pelakon Shahronizam Noor, 51, berdepan saat-saat yang mendebarkan apabila kehilangan jari kelingking selepas pisau terlepas daripada pegangannya ketika memotong ayam di rumahnya pada Isnin malam.
Sehubungan itu, suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu dikejarkan ke Hospital Ampang selepas jari kelingkingnya terkulai dan putus.
Menurut anak tiri pelakon berkenaan, Daniel Hairi, kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.
“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan.
“Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam.
“Melihat jari kelingking terkulai dan putus, kami segera membawa abah ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk,” kata Daniel yang juga anak Safura bersama bekas suaminya, Hairi Kool.
Jari Dibekukan
Kata Daniel, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka, manakala jari kelingking yang putus dimasukkan dalam bekas serta dibekukan.
“Ketika itu, tiada doktor pakar, yang ada hanya petugas perubatan.
“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus.
“Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.
“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” kata Daniel lagi.
Keadaan Semakin Stabil
Daniel turut memberitahu, keadaan bapa tirinya kini semakin stabil.
“Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian menimpanya pada Ramadan ini.
“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” ujarnya.
Sebelum ini heboh mengenai hala tuju hubungan Neelofa dan tunangnya PU Riz yang menjadi perbualan hangat. Terbaru ramai yang tidak menyangka apabila kakak kepada pelakon ini iaitu Nabila yang bernikah.
Nabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran Zainal Abidin dengan sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Neelofa Doakan Kebahagiaan Rumah Tangga Nabila & Emran
Perkongsiannya menerusi akaun Instagram walaupun pendek namun cukup bererti buat kakak tercinta.
“Moga Allah berikan kebahagiaan dan kesejahteraan.
“Di dunia yang sementara ini dan di akhirat yang kekal abadi kepada Emran dan Nabila,” tulis Neelofa ringkas namun sangat terkesan buat kedua pasangan pengantin baru ini.
Nabila pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran juga pernah dua kali mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, namun bercerai pada 2014. Dia kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2018, namun bercerai pada Julai tahun lalu.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Pemberian mas kahwin dinar itu adalah hadiah suami untuk bakal isterinya. Hadiah itu milik isteri sepenuhnya. Terpulanglah pada isteri mahu simpan atau buat apa dengannya.
Sekarang ini, ada isteri dah mula ada kesedaran dalam bab menyimpan emas. Malah, pasangan juga sama-sama tahu akan pentingnya logam yang amat bernilai ini.
Bila mana mahu diijabkabulkan, ada pasangan yang memilih mahar berupa dinar untuk dihadiahkan pada isteri. Satu dinar itu besar nilainya, kerana mengandungi 4.25gram emas berat. Jika, dijadikan simpanan, dalam jangka masa panjang harganya boleh meningkat.
Lelaki ini, Fairuz Aziz berkongsi manfaat pemberian mas kahwin dalam bentuk dinar. Dan mengapa bakal pengantin yang mampu mempraktikkan konsep sebegini.
Mas Kahwin Dinar Hadiahkan Untuk Bakal Isteri
Untuk pasangan yang akan berkahwin terutama sekali perempuan, saya cadangkan pihak perempuan meminta dan berpakat dengan pihak lelaki untuk menerima dinar emas (jika tidak membebankan) sebagai mas kahwin ataupun hantaran.
Jom saya senaraikan manfaatnya,
Ianya bagus untuk jangka masa panjang kerana lebih bertahan daripada handbag, kasut, baju yang mereput sebagai hantaran.
Kebiasaanya kalau diberikan duit tunai untuk mas kahwin atau hantaran, orang perempuan akan menukarkan kepada emas juga sebagai kenangan dan lebih bertahan. Jadi kalau dah dapat dinar, tak perlu tukar kepada emas kerana dinar itu sendiri adalah emas.
Berguna ketika suami kecemasan kelak. Boleh menjadi penyelamat dengan cara gadai dinar emas dan berikan suami pinjam. Pastikan suami bayar semula untuk tebus dinar itu ya.
Nampak kan meningkat? Simpan dan peram pun dah untung. Itu baru 1 Dinar. Jadi pihak perempuan minta la 20 Dinar jika tidak bebankan.
Tips ini untuk yang belum berkahwin.
Untuk yang mahu berkahwin lagi, saya tidak bertanggungjawab ya.
Nota : Tahniah kepada Tuan Audi Danial yang menjadikan Dinar Emas sebanyak 8 Dinar sebagai maskahwin untuk Isteri beliau. Alhamdulillah.
Melihat & Berkongsi
Mingguan Wanita :Jika ada wang lebihan di tangan, kumpullah sedikit demi sedikit. Bila cukup untuk membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas, maka belilah. Orang kata, biar simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Sumber/Foto : Fairuz Aziz , Master Dealer Public Gold
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.