Pernah terfikir tak, setiap alat mekap ada tarikh luputnya atau adan main ‘belasah’ saja pakai. Ada yang cakap, guna alat mekap tertentu boleh jimat, bertahun-tahun tak pernah habis. Setengahnya pula, ada yang memakai alat mekap sekali sekala dan mampu betahan samapai tiga hingga empat tahun. Jimat.

Sedangkan alat mekap pun ada tarikh luputnya. Sebab tu, kita kena tengok di bahagian kotak atau luar alat mekap yang mempunyai simbol dalam menentukan kesesuaian dan tamat tempohnya.

Jangan sebab sayang nak pakai, maklum sahaja produk mahal hinggakan mengambil masa bertahun-tahun baru habis. Rissau pula, bahaya yang menanti. Jangan ambil mudah yer.

Perkongsian daripada Fiona Chin dan Amira Azman tentang penggunaan alat mekap ini.

Menurut Fiona Chin:

Apabila mnggunakan alat mekap tertentu, pastikan kita mencari simbol yang ada pada produk mekap. Inilah yang akan menentukan bahaya atau tidak. Sedangkan tidak semua orang tahu tentang simbol dan maksudnya.

Ada simbol angka diikuti huruf M menunjukkan berapa lama kamu dapat menggunakan make up tersebut.

IKLAN

Kalau tarikh luput tak dinyatakan, selalunya akan ada tulisan 6M, 12M dekat packaging kan? Tu maksudnya, produk hanya boleh digunakan selama 6/12/18/24 bulan selepas dibuka!

AWAS.. makeup tamat tempoh boleh menyebabkan kerosakan kulit dan menjadi punca jerawat @ jeragat.

Jadilah pengguna yang bijak.

Sementara itu, Amira Azman turut berkongsi tentang sesuatu produk kecantikan yang kita pakai.

“Sebenarnya simbol ini simbol PAO (Period After Opening) dan ia memberitahu pengguna berapa lama tempoh penggunaan sesuatu produk itu.

“Contohnya, 6M bermaksd 6 bulan. Mungkin juga, anda tidak tahu bagaiamana nak melihat sesuatu tempoh jangka hayat alat mekap.

Jom! Kita teliti satu persatu alat mekap dan temph luputnya.

1. Bedak Asas (1 Tahun)

Bedak asas memiliki beberapa jenis tekstur. Kebiasaannya bedak asas jenis cecair atau krim bertahan di antara 6 hingga 12 bulan kerana ia memiliki lebih banyak kandungan air, minyak dan bahan hidrasi yang boleh meningkatkan kadar risiko kedatangan bakteria. Bedak asas jenis bedak, mampu bertahan sehingga dua tahun.

2. Bedak Tabur Dan Pemerah Pipi (2 Tahun)

Walaupun ia memiliki tempoh jangka hayat yang lama, kamu tidak seharusnya pandang sebelah mata terhadap produk ini. Yang paling penting, sentiasa cuci setiap berus atau span mekap kamu agar ia tidak memindahkan bakteria kepada wajah kamu. Dan jangan sesekali mendedahkan produk ini kepada udara luar.

3. Gincu Bibir (2 Tahun)

Jangan biarkan ia terdedah tanpa menyimpannya dengan betul. Untuk lebih tahan lama, gunakan berus khas untuk gincu agar lebih selamat dan tidak menyebarkan bakteria secara langsung pada kulit. Namun, berus gincu tadi hendaklah dicuci dengan lebih kerap.

4. Maskara (4 Hingga 6 Bulan)

Jangka hayatnya lebih pendek ini kerana ia cukup terdedah dengan udara dan persekitaran. Jika maskara itu sudah nampak tidak sempurna dan sedikit berbau, anda harus segera menyah jauh produk ini. Begitu juga ketika anda asyik mengepam dengan kerap pada maskara setiap kali hendak memakainya. Ia hanya akan memaksa udara yang kering masuk lantas mengeringkan gel maskara itu.

5. Haruman (8 Hingga 10 Tahun)

Tahukah kamu bahawa haruman satu-satunya produk yang boleh disimpan dalam tempoh yang lama sehinggalah 10 tahun? Seeloknya simpan haruman di kawasan yang lebih gelap dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Ada juga pakar wangian mendakwa bahawa haruman juga perlu disimpan di dalam peti ais.

MW: Jangan kerana sayang nak pakai, anda biarkan sehingga tamat tempoh, takut, kesannya nanti akan lagi teruk. Daripada nak cantik terus jadi teruk mukanya. Hati-hati yer!

Kredit: Fiona Chin & Amira Azman