‘Gigi Jarang-jarang, Susah Makan Daging..’ Mesej Tuhan Datang Pelbagai Bentuk

Semakin meningkat usia, fizikal seseorang tak lagi macam orang muda. Kalau masa muda gigi penuh, tak susah makan daging atau apa pun jenis makanan sedap. Sampai satu masa, nikmat makan tu tak lagi dapat dirasai.

Lagi-lagi bila bahagian geraham gigi ada yang terpaksa dicabut. Sebab lubang atau masalah lain yang jadi dekat geraham itu. Dan ini yang alami rakan Dr Rizal Abu Bakar.

Yang mengadu, hilang nikmat makan sedap disebabkan perkara itu. Dan ini jawapan yang Dr Rizal berikan.

Susah Makan Daging, Gigi Dah Jarang-jarang

Ada kawan suka makan daging. Kalau tengok daging memang terliur. Tap tap meleleh air liur. Tambah kalau bakar bakar. Cicah black pelper, air asam. Perrgghh merecik.

Allah takdirkan gigi dia jadi jarang-jarang. Tak macam dulu. Jarang kat belah geraham. Makan terlebih sikit masuk celah gigi.

Kalau terus makan jadi sakit. Kena korek gigi dulu baru boleh sambung balun daging.

Dia kata bila masuk celah gigi nak makan tak best dah. Tak enjoy dah makan.

Ads

Dia tanya kenapa?

Saya kata itu tandanya had makan. Gigi jarang tu bukan kekurangan. Tapi sistem Allah bagi berhenti makan awal. Jangan makan daging banyak banyak dan kerap kerap.

Allah sayang kat hang lah tu. Tak mau hang sakit. Anak kecik dok ada lagi.” Kata saya.

Rezeki Datang Dalam Berbagai Bentuk

Dia diam. Lama termenung. Lepas tu dia kata “maksudnya kena berhenti awal. Tak boleh makan banyak.” Dia angguk angguk.

Ads

Saya tengok saja. Biarkan dia proses apa yang saya sebut tu.

Kawan kawan. Ada masanya mesej dari Allah ni datang dalam berbagai bentuk. Dan ada dalam bentuk penyakit. Ada dalam bentuk rezeki.

Tak semesetinya yang kita nampak buruk tu buruk belaka. Begitulah sebaliknya.

Ads

Apapun kena belajar untuk bersyukur. Reading the message between the lines kata orang Nilai 3.

Hidup ni pandai pandai kutip hikmah. Besarkan kuasa rahmah. Biar mati dalam barokah.

Sandwic daging burger sedap, tambah bahan ni rasanya lebih berperisa, berjus

MW : Berbaik sangkalah dengan apa yang jadi dalam kehidupan ini. InsyaAllah, akan tenang-tenang saja nanti.

Sumber/Foto : Dr Rizal Abu Bakar

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI