Genap 100 hari pemergian arwah Sarah, Shuib menangis setiap kali terkenang. Sememangnya kejutan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan orang yang anda cintai sememangnya tidak mudah.
Pastinya hidup mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, namun kehidupan mesti diteruskan dan belajar untuk bertahan menjadi lebih matang.
Genap 100 Hari Pemergian Arwah Sarah
Emosi yang sama sering menggangu kehidupan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib selepas pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin (Sarah) pada 9 Ogos lalu.
Malah Shuib akui akan menangis setiap kali terkenang Arwah Sarah.
“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.
“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Kenangan bersama arwah Sarah.
Allah Maha Ketahui Segalanya
Sempena 100 hari pemergian arwah Sarah, Shuib telah mengadakan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan yang berusia tiga bulan dan tahlil sempena 100 hari arwah Sarah.
“Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang…Alhamdulillah Syukur Ya Allah…Allah maha tahu di atas segalanya.Amin ya Rab,” begitulah luahan Shuib ketika memuat naik sekeping gambarnya bersama Ayash di akaun Instagramnya.
Akui Shuib dia juga hilang selera makan selepas ketiadaan isteri.
Ads
“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar saja. Itu yang badan susut sikit,” ungkapnya.
Mingguan Wanita : Semoga Shuib terus tabah harungi kehidupan mendatang bersama anak-anak.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Tanyalah pada lelaki, mereka boleh menjadi suami namun tetapi belum tentua semuanya boleh menjadi suami yang hebat. Malah, sebagai isteri tentu sekali dia dambakan suami yang hebat itu mempunyai personaliti unggul yang memukau jiwa dan raga isterinya.
Tidak dinafikan, nilai suami yang memukau mata isteri adalah seorang lelaki yang dapat memikul anggungjawab bukan pada isteri tetapi keluarga. Sebab itulah, sebelum berkahwin, ilmu-ilmu rumah tangga perlu ada demi untuk membina keluarga bahagia hingga ke syurga.
Menurut Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga, nilai seorang suami yang memukau, ia perlu diterangi dan disuluh minda setiap orang. Ini adalah bertujuan untuk membantu lelaki yang sudah berkahwin atau belum, mahupun untuk wanita yang sudah atau belum berkahwin dapat muhasabah kendiri demi membina mahligai cinta yang bahagia.
Suami Yang Lemah
Dalam pemerhatian, kebanyakan wanita yang telah berkahwin mengadu, rasa tidak bahagia mereka selepas berumah tangga adalah berpunca daripada sikap suami yang memiliki personaliti seperti:
Tidak romantik
Tidak sabar sebaliknya pemarah
Tidak bangun malam untuk solat tahajud
Tidak mengambil berat akan keselamatan isteri
Tidak berjimat sebaliknya boros berbelanja
Tidak pimpin isteri dan anak-anaknya bersolat jemaah
Tidak cekap mencari duit untuk kegunaan seisi keluarga
Tidak menunjukkan kepimpinan sebagai pencinta masjid/surau
Tidak bersikap lembut sebaliknya mengasari isteri dan anak-anak
Tidak peka akan kesihatan kendiri, misalnya perokok tegar dan suka melepak lewat malam.
Imej Suami Hebat
Realitinya, suami akan kelihatan berimej hebat pada pemerhatian isteri apabila dia senantiasa menampakkan:
Suami yang penyayang
Bijak membelai minda dan emosi isteri
Pendengar yang setia
Suka memberi pelbagai hadiah istimewa kepada isteri tanpa dijangka
Sering memberi nasihat dengan kata-kata yang ringan namun membina jiwa dan terserlah keterampilannya
Gigih dan fokus mencari rezeki yang mampan dan halal buat kebajikan isteri dan seisi keluarganya.
Senyuman seorang suami yang baik pekerti akan menyerlahkan lagi imej romantik suami dan menampakkan nilai keimanan, ketulusan, kesetiaan, kegigihan dan ketekunannya untuk memimpin isteri.
Trait Personaliti
Dalam menjadikan suami, seorang personaliti yang hebat, dia mesti merasionalkan para isteri berhubung setiap perkara dan kebaikan kepada isteri. Contohnya, menutup aurat supaya isteri itu kelihatan sebagai orang yang baik-baik dan mencegah dirinya daripada diganggu oleh lelaki yang berhidung belang.
Daripada aspek psikologi wanita pula, suami yang hebat mesti ingat bahawa “Setiap isteri itu sangat berkeinginan untuk disayangi setiap masa, menjadi buah hati suaminya, dihargai dan dihormati.”.
Begitulah juga seorang suami yang hebat pada perspektif wanita
“Dia seorang suami yang menjadi ayah yang soleh dan teladan terbaik buat anak-anaknya. Suami yang hebat juga selalu membawa kegembiraan buat seisi keluarganya”.
Bagi perspektif ilmu kaunseling Islam pula, terdapat 7 ciri personaliti suami yang hebat iaitu;
Empati tinggi
Bertanggungjawab
Penyayang tidak pemarah
Solatnya sempurna 5 waktu
Berkemampuan menyara seisi keluarga
Tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup
Penampilannya bersih sedap mata memandang
KESIMPULAN
Suami yang miliki persona ialah merujuk kepada karisma seseorang suami yang beriman dan berhati mulia.
Keimanan menerbitkan hati yang suci dan kesucian hati menerbitkan perasaan yang harmoni dan keharmonian perasaan menghasilkan personaliti seseorang yang berwibawa. Seterusnya kewibawaan itulah yang merupakan aset utama seseorang suami untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarganya khususnya isteri.
Tanpa iman dan hati yang mulia, seseorang suami itu akan sukar untuk:
Mengotakan katanya
Arahannya dipatuhi,
Pandangannya dipercayai
Fikirannya dirujuk
Minatnya dihargai
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan selepas berkahwin, setiap pasangan kena menerima keluarga kedua belah pihak termasuklah mak ayah serta adik beradik suami/isteri. Namun ramai yang mengambil remeh hubungan diantara adik beradik ipar. Hubungan ipar masih mempunyai hukum dari segi aurat serta boleh berkahwin jika ditakdirkan berlaku perceraian.
Sebolehnya elakkan kebiasaan berduaan dengan ipar sendiri, malah ada batasan yang perlu dijaga.Ini kerana walaupun anggap ipar macam adik beradik sendiri, syaitan akan jadi ‘orang ketiga’ dan takkan pernah berputus asa mengambil kesempatan dalam merosakkan hubungan suami isteri.
Berikut perkongsian daripada Muhammad Hassan sebagai peringatan buat kita;
Minggu lepas lepak dengan seorang sahabat di kedai mamak. Sedang kami berbual isteri sahabat saya ini call minta ambil adik ipar perempuan di sekolah.
Adik ipar sahabat saya ini tingkatan 5,sekarang kan musim ada kelas tambahan waktu malam. Saya tanya biasanya kau pergi ambil tanpa isteri atau adik beradik yang lain ke?
Dia jawab Ya. Dah selalu sangat. Kadang-kadang kebetulan aku ada kerja di KL balik kampung di utara tumpangkan sekali adik ipar aku,tapi dengan kereta lah. Alah matt adik ipar ini dah tanggungjawab kita juga,macam adik beradik sendiri dah.
Aurat Adik Beradik Ipar Sama Seperti Wanita Lain
Saya ambil masa juga nak jawab. Saya kata,sebenarnya tak boleh beb,walaupun adik ipar,walaupun kita anggap dia macam adik beradik sendiri. Adik beradik ipar ini kita tak boleh tengok aurat mereka,tak boleh bersentuhan dengan mereka,tak boleh berduaan dengan mereka,apatah lagi tumpangkan adik ipar untuk perjalanan jauh. Sebab aurat adik beradik ipar ini sama seperti wanita lain.
Aku awal-awal kahwin dulu pun tak ambil cakna sangat pasal ini,tapi bila tanya beberapa ustaz mereka jawab tak boleh tumpangkan ipar perempuan sehingga adanya mahram,lagi lah tak boleh jika tumpangkan adik ipar perempuan dengan motor.
Sekarang walaupun kebetulan lalu depan sekolah adik ipar,tetap juga pergi ambil isteri atau mertua,walaupun terpaksa patah balik ke sekolah.
Rupanya masih ada lagi yang pandang remeh tentang perkara ini. Pernah tahun lepas rakan facebook kongsi kepada saya. Adik ipar perempuan tinggal bersama di rumah,untuk jimatkan sewa rumah. Pada awalnya tutup aurat,lama kelamaan dah biasa terus free hair.
Setiap hari tumpangkan adik ipar pergi kerja. Akhirnya adik ipar jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Bila cinta di tolak adik ipar buat laporan polis kes cabul. Maka terpaksalah meringkup dalam lokap sehingga kes selesai.
Fitnah Terbesar
Inilah fitnah besar tanpa kita sedari. Pada awalnya kita anggap adik beradik ipar seperti adik beradik sendiri,tapi syaitan tidak akan pernah berputus atas untuk kita jatuh dalam FITNAH sehingga rosak hubungan suami isteri.
Sebab itulah saya pesan kepada rakan-rakan lelaki yang tumpangkan adik ipar perempuan di rumah. Sebolehnya elakkan perkara ini berlaku tanpa sebab. Kita mungkin tak mampu nak tegur,tapi gunakan hikmah dari isteri atau mertua untuk adik ipar fikir supaya tidak terlalu lama tinggal di rumah kita.
Moga ambil cakna.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai peringatan buat kita. Walaupun anggap ipar macam adik beradik kita sendiri, pastikan jaga perhubungan, batasan aurat dan mahram. Paling penting elakkan berdua-duaan, kerana setiap yang berdua pasti akan ada yang ‘ketiga’ untuk menggoda dalam menghasut merosakkan rumahtangga.
Masa bercinta OK, tetiba dah kahwin ada suami yang saja nak halang urusan isteri dengan keluarganya. Nak balik kampung sesekali pun susah, dah kenapa?
Apa salahnya suami bagi peluang isteri bermanja dengan keluarganya, bukan orang lain pun. Bak kata saudara Firdaus Shakirin…
“Dia boleh terima keluarga kita, kenapa kita susah nak terima keluarga dia…?”
Jangan Dihalang Urusan Isteri Dengan Keluarga
Sebagai suami, ada hal yang kita perlu bertegas, ada hal yang kita perlu bertolak ansur. Semua suami nak isteri hormat dia, nak isteri taat dia… maka jadilah seorang suami yang baik.
Baik yang macam mana?
Bertolak ansur dengan urusan dunia, dan bertegas dengan urusan akhirat.
Bab aurat, bab solat, bab puasa, tatacara pemakaian diluar umah, dengan siapa dia boleh bergaul, keluar, berhubung adalah antara bab yang kita perlu bertegas. Bab hubungan dengan ibu bapa dia, itu bab dunia, maka perlu ada tolak ansur dengan isteri.
Keluarga dia, keluarga kita.
Adil lah dalam membahagikan urusan terutamanya urusan balik kampung antara kedua-duanya. Jangan melebihkan kampung kita dari kampung dia. Dia pun rindu kedua orang tuanya, namun dia terikat dengan status dia sebagai isteri kepada kita.
Tergamak Biarkan Isteri Balik Kampung Sorang?
Jika kita tak dapat teman dia balik ke kampung, maka telefon keluarganya. Cakap kita bekerja, atau balik hantar isteri, bertemu dengan mertua, cakap kat mertua, ada urusan kerja, tak dapat tinggal di sana. Jangan bagi isteri balik kampung seorang diri, nanti keluarga, adik beradiknya dan masyarakat sekeliling akan beranggapan bahawa dia ada masalah dengan suaminya, atau rumah tangga dia sedang bergolak.
Jika ibu atau ayahnya sakit, perlukan seseorang untuk menjaga, maka bagi kebenaran untuk dia jaga atau bawa orang tuanya datang ke rumah kita.
Sebab salah satu cara nak menggembirakan isteri, adalah jangan menghalang urusannya dengan keluarganya.. Bawa dia balik rumah keluarganya, bergaul dengan keluarganya, bawa keluarganya bercuti jika mampu, pandai bawa diri dalam keluarganya dan sebagainya.
Isteri pasti hormat, taat dan bahagia jika kita dapat jadi suami yang boleh bertolak ansur sampai macam tu.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.