Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu—- cukup menamakan lima lagu hit kumpulan popular Ungu yang meledak bukan hanya di negara kelahiran mereka Indonesia tapi juga Malaysia. Lagu-lagu hit ini tidak akan pernah dilupakan meski telah ada yang mencapai usia lebih 10 tahun.
Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.
Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.
Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.
Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.
“Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.
“Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.
Ads
“Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini.
Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu.
Ads
Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless.
“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.
“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah.
“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.
Ads
Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak.
Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).
Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.
Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.
Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit. Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.
Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk milik suami didakwa palsu, Datin Fouziah Gous punya bukti watikah perlantikan, kad & segala hitam putih. Sebelum ini gelaran Datuk milik suaminya, Datuk Zhafran Md Yusof dan beberapa beberapa selebriti tanah air didakwa palsu.
Antara yang menerima tempias yang sama ialah gelaran Datuk Seri dan Datuk suami Datin Seri Heliza Helmi dan Datin Paduka Eina Azman turut didakwa palsu.
Perkara berkenaan tiba-tiba menjadi hangat apabila seorang individu berkongsi di laman Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki suami kepada Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Malah Aliff Ahmad juga mendakwa tindakan itu dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.
Datuk Milik Suami Didakwa Palsu, Fouziah Gous Punya Bukti
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Fouziah menjelaskan tiada keperluan untuk suaminya membuktikan dia memiliki gelaran Datuk.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga menerangkan gelaran kebesaran itu diterima daripada pihak istana sebuah negeri pada 2016.
“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Sekiranya tidak tersenarai, kenapa perlu nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu mengapa perkara tersebut terjadi tetapi takkan nak terus terjah sebab semuanya perlu dilakukan secara beradab,” ujarnya.
Sekiranya Palsu Tidak Mungkin Gelaran Boleh Digunakan Untuk Tujuan Rasmi
Fouziah juga menyambung jika ada mempertikaikan status Datuk suaminya silalah menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab.
“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit sebab zaman sekarang kita tak boleh kongsi banyak benda kerana ramai suka manipulasi.
“Banyak benda yang sensitif, saya takut nak cakap lebih,” terang Fouziah yang akui berkahwin dengan lelaki yang sama-sama berusaha keras mencari duit dan saling membantu mengecapi apa yang diimpikan mereka berdua.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raya Tanpa Arwah Ayah, Nabil Rindu Momen Bersama “Ibu Lebih Sedih”. Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat Nabil sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi.
“Aidilfitri yang berbeza” itulah antara yang diluahkan oleh pengacara, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad ketika ditemubual tentang sambutan Aidilfitrinya pertama kali tanpa bapa tercinta, Ahmad Ismail yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.
Raya Tanpa Arwah Ayah
Walaupun masih merasai kehilangan insan tersayang namun Nabil menyatakan dia meraikan Aidilfitri bersama ibu, isteri dan anak-anak yang sentiasa memberikan kegembiraan buatnya.
“Setiap tahun kami adik-beradik akan beraya bersama dengan ibu dan ayah.
“Jadi bila pertama kali beraya tanpa ayah, tentulah sedih dan rindu dengan momen ketika arwah masih ada.
“Namun kami masih boleh bertahan dan mengawal perasaan itu, tetapi sebaliknya dengan ibu yang mungkin lebih sedih sebagai isteri yang telah lama hidup bersama arwah.
“Bagaimanapun, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Ibu ada anak-anak dan cucu yang ramai di sisi” kongsi Nabil.
Arwah Ayah Penyayang & Rajin Melayan Cucu
Mengimbas kembali kenangan bersama arwah bapanya, Nabil menerangkan arwah ayahnya seorang yang cukup penyayang dan suka melayan karenah cucu terutamanya ketika pulang beraya.
“Banyak sangat kenangan dengan arwah dan sukar untuk disebut satu-satu. Apa yang pasti arwah ayah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan cucu-cucunya.
“Mungkin sebab anak-anak semua sudah besar, jadi perhatiannya beralih kepada cucu,” luah Nabil yang turut memberitahu kini menumpang kasih dengan bapa mertuanya.
Nabil dan adik beradik membahagiakan ibu tersayang.
Rancang Jadual
Kali ini Nabil turut menjelaskan sambutan hari raya sedikit berbeza dek kerana dirinya tidak dapat bercuti raya lama berikutan terikat dengan tugasannya sebagai penyampai radio untuk slot 3 Pagi Era bersama Radin dan Azad Jazmin sejak Julai tahun lalu.
“Sebelum ini boleh cuti raya lama, tetapi sejak jadi penyampai radio di slot pagi, kena rancang dan atur jadual betul-betul.
“Balik kerja, kena tidur dulu sekejap dan selepas itu barulah boleh bawa isteri dan anak-anak pergi beraya.
“Apa-apa pun, alhamdulillah sejak anak-anak dah besar semua urusan jadi lebih mudah sedikit berbanding sebelum ini,” ungkapnya sewaktu ditemubual di Hotel Meridien, PJ.
Nadia derita lebih setahun hilang hak jagaan anak. Sememangnya sangat perit bila berpisah namun tidak dapat bertemu dengan anak kesayangan.
Begitulah yang pernah dialami oleh selebriti yang juga bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar. Seperti mana yang diluahkan melalui temubual Podcast bersama Mimi Fly, Nadia mendedahkan dirinya kehilangan hak penjagaan anak, Mohamed Aaron Erwin daripada perkahwinan pertama.
Nadia Derita Lebih Setahun Hilang Hak Jagaan Anak
Sememangnya perkara tersebut membuatkan dirinya menderita. Dia juga terpaksa menanggung kesedihan lebih setahun dan terpaksa bergantung kepada ubat tidur gara-gara fikiran terganggu.
“Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak.
“Bukan sebab meninggal dunia, tapi perceraian. Saya terpaksa meninggalkannya pada waktu itu.
“Saya menanggung derita lebih setahun kerana tidak dapat memeluk dan berjumpa dengannya kerana tidak dibenarkan.
“Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tidak boleh tidur malam akibat terlalu banyak berfikir.
“Saya risau bagaimana anak terjatuh tangga atau tiada orang tengokkan, beri makan dan adakah orang akan sayang kepadanya seperti saya.
“Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tidak boleh mengambilnya kerana tiada kuasa.
“Tapi, apa yang berlaku mengajar saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu,” ungkap Nadia.
Bersyukur Anak Mengerti
Pengalaman tersebut walau menderitakan namun Nadia bersyukur anak sulungnya yang kini sudah berusia 16 tahun itu tidak pernah menyalahkannya.
“Dia tidak pernah salahkan saya kerana tahu apa yang berlaku. Jika berada dalam kedudukan saya, dia pun akan lakukan perkara yang sama.
“Anak minta saya tidak risau kerana kehidupannya baik-baik sahaja. Selama ini, saya tak kongsikan perkara ini secara terbuka kerana lebih suka menunjukkan kehidupan positif.
“Bagi saya, apa yang terjadi dalam hidup pasti ada bahagian positif kerana itu memang menjadi prinsip hidup saya.
“Macam sebiji telur, saya hanya bagi orang nampak bahagian elok sebab saya nak orang belajar benda positif,” sambungnya yang menjadikan anaknya sebagai penguat semangat.
Malah Nadia juga akui dia terus bangkit bila anaknya menyatakan tetap sayangkan dirinya selain menyedari dirinya tidak boleh bersedih terlalu lama.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.