Ganjaran buat pelajar cemerlang straight A dalam SPM 2024. Semalam telah diumumkan keputusan peperiksaan SPM 2024. Tahniah pada pelajar-pelajar yang berjaya. Bagi mengiktiraf pelajar cemerlang sebuah majlis penuh makna telah berlangsung di Bangi Resort Hotel sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, di mana pihak PTTI tampil dengan inisiatif berani dan berinspirasi dalam meraikan kecemerlangan para pelajar.
Majlis yang disertai oleh ibu bapa, rakan media, guru-guru dan tetamu kehormat termasuk artis popular Bella Astilah dan Nabila Razali, menjadi saksi kepada pelancaran beberapa program penting oleh institusi pendidikan yang kian kukuh dalam sistem sokongan akademik negara ini.
Pada majlis ini insentif tunai sebanyak RM500 diberikan kepada setiap pelajar yang berjaya meraih keputusan straight A dalam SPM 2024.
Ganjaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PTTI untuk menghargai usaha luar biasa pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi akademik cemerlang, sekaligus menggalakkan semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk terus menambah baik pencapaian mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, menyatakan bahawa pemberian insentif ini bukan sekadar bentuk penghargaan tetapi simbol harapan dan pengiktirafan. Menurut beliau, setiap kejayaan pelajar tidak boleh dipandang remeh dan perlu diraikan dengan sewajarnya kerana setiap A yang diperoleh adalah hasil perjuangan yang panjang.
“Kami percaya bahawa setiap kejayaan perlu diraikan. RM500 ini bukan sekadar ganjaran, tetapi simbol pengiktirafan terhadap usaha luar biasa pelajar-pelajar kami. Ini juga menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus melangkah jauh,” ujarnya.
Namun PTTI tidak hanya berhenti pada meraikan pencapaian semata-mata. Dalam majlis yang sama, satu langkah strategik jangka panjang diumumkan dengan pelancaran unit penasihat pendidikan khas yang dikenali sebagai PTTI EduConsult. Penubuhan unit ini hadir tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan pelajar lepasan SPM yang masih mencari arah dan laluan terbaik untuk melanjutkan pelajaran.
PTTI EduConsult dibangunkan sebagai platform bimbingan dan perundingan pendidikan yang komprehensif. Unit ini bakal menjadi rakan strategik kepada pelajar dan ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan sama ada di peringkat diploma, ijazah atau pengajian ke luar negara.
Menyedari bahawa ramai pelajar berdepan kekeliruan selepas menamatkan SPM, PTTI melihat keperluan untuk menyediakan ruang rundingan yang profesional dan mesra pelajar agar mereka dapat membuat pilihan yang sesuai dengan minat, potensi, serta keperluan pasaran kerja masa depan.
“Ramai pelajar berdepan kekeliruan selepas SPM – tak pasti jurusan apa nak ambil, di mana nak sambung belajar. Di sinilah PTTI EduConsult berperanan. Kami menjadi rakan pendidikan yang dipercayai, membantu pelajar dan ibu bapa memilih bidang berdasarkan minat, kebolehan dan prospek kerjaya,” jelas Puan Farhana dalam sesi pelancaran yang turut dihadiri wakil-wakil EduConsult yang bersedia untuk memberi penerangan terus kepada ibu bapa dan pelajar.
PTTI turut mengumumkan satu lagi acara besar bakal berlangsung pada bulan Mei 2025 – Majlis Anugerah Inspirasi SPM, yang dikhususkan bukan sahaja untuk pelajar yang mendapat keputusan tertinggi tetapi juga untuk mereka yang menunjukkan peningkatan luar biasa dalam keputusan mereka. Pelajar yang berjaya melonjakkan gred dari gagal ke A, atau dari D dan C kepada gred A, akan turut diberi penghargaan atas usaha gigih dan peningkatan yang luar biasa ini.
Puan Farhana menekankan bahawa nilai yang dibawa oleh PTTI bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga perkembangan dan peningkatan individu. Di bawah bimbingan guru-guru PTTI yang berpengalaman dan berdedikasi, pelajar bukan sahaja dibekalkan ilmu pengetahuan, tetapi juga dibina keyakinan, disiplin dan motivasi untuk berjaya.
Dalam semangat untuk membantu pelajar menghadapi SPM 2025 dengan lebih bersedia, PTTI turut memperkenalkan satu lagi inisiatif istimewa – seminar percuma selama lima hari bertajuk “Gelombang Gagal ke Straight A”. Seminar ini direka khusus untuk memberi peluang kepada pelajar Batch 08 (SPM 2025) mempelajari teknik pembelajaran, formula kejayaan dan strategi mengatasi kelemahan, berdasarkan pendekatan unik yang terbukti berkesan dalam ekosistem PTTI.
Baca Disini : Demi anak, ibu sanggup ambil tuisyen duduki SPM, beri galakan anak belajar
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.