Berita

Gambar DS Dr Wan Azizah Dijadikan “Meme”, Nurul Ilham Kongsi Pelbagai Aksi Lucu Ibu

Share

DS Dr Wan Azizah dijadikan “meme” oleh pengguna media sosial, Nurul Ilham kongsi gambar ibu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru saja kembali ke tanahair selepas  menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di Amerika Syarikat sebelah malam dan pagi itu dilihat terus memasuki Parlimen semalam.

Ramai bertanya dari mana “tenaganya datang” kerana tanpa rehat panjang atau alami  jet lag, dirinya dilihat begitu bertenaga menjawap di Parlimen. Dalam tugasan rasmi negara itu,  Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlihat ada sama di mana  di media sosial Xnya, dirinya memuat naik sekeping gambar di hadapan pintu gerbang sebuah muzium di San Francisco.

Gambar DS Dr Wan Azizah Dijadikan “Meme”

Memakai kot pink yang menyerlah, Dr Wan Azizah Ismail bergambar seorang diri sambil gayanya menunjuk ke arah pintu gerbang berkenaan.

Inilah gambar asal yang dipost oleh DS Wan Azizah di aplikasi Xnya dua hari lalu.

Di pintu gerbang Young Museum di San Fancisco  iaitu tertera kata-kata “Lift Every Voice”. Ia membawa maksud setiap kata-kata harus didengari dan memuat naik di X nya tanpa menyedari kecomelan gambarnya menunjuk ke atas pintu gerbang itu telah dijadikan gambar meme oleh pengguna media sosial yang lain.

Ia telah dimuat naik oleh anak keempatnya, Nurul Ilham Anwar di  aplikasi X dan menulis “My Mom’ A Meme Now”  di mana Nurul llham dilihat meletakan emoji ketawa. Mungkin berasa geli hati gambar ibunya di pintu gerbang itu dipilih menjadi meme oleh pengguna media sosial dan ditag terus kepada ibunya, DS Wan Azizah.

Nurul Ilham Kongsi Pelbagai Aksi Lucu Ibu

Apa pun, aksi gambar meme Dr Wan Azizah memang lucu termasuk diletak bersebelahan Apollo coklat kegemaran kanak-kanak suatu ketika dahulu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sayu Luahan Hati Nurul Nuha, Anak Kedua Anwar Ibrahim

“Sungguh, Kejayaan Besar Dua Tokoh Ini Di Dokong Dua Wanita Hebat!”

“Saya Dah Biasa, Anak Sulung Datuk Seri Anwar Memang Macam Tu..” – Nurul Izzah

“Doa Isteri Itu Ajaib..” Berkat Ramadhan Anwar Ibrahim Kembali Ke Pangkuan Keluarga Dan Teruskan Perjuangan – Ebit Lew

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Harta pusaka, hibah dan faraid
Faham betul-betul tentang harta pusaka, hibah dan faraid ini. …

 

IKLAN