Apabila DYMM, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberikan pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Rabu ini tentulah yang paling bahagia sekali isterinya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 5 orang anak-anaknya. Rindu yang bertamu akhirnya terlerai sudah.

Penceramah bebas, Ebit Lew juga merasakan kesyukuran yang sama. Bahagia hatinya apabila mendapat perkhabaran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perkenan pengampunan dari DYMM YDP Agong.

Syukur pada Allah. Terima kasih Allah. Dari saya kecil saya sangat menyayangi ulama. Saya juga menyayangi pemimpin baik yang menegakkan kebenaran. Esok Rabu berkat Ramadhan. Tarawih dah. Allahuakbar.. Selamat kembali kepangkuan keluarga dan meneruskan perjuangan

Saya cuma ingin kita semua bahagia dan masuk syurga. Hati saya tak senang melihat mana-mana orang dihina. Walau wanita yang dizalimi oleh suaminya. Anak kecil yang lapar atau terbiar. Tidaklah membenci sesiapa cuma memang tak boleh tahan tengok orang dianiaya dan dizalimi.

Di Sebalik Seseorang Yang Hebat, Adanya Isteri Yang Sangat Kuat

Melihat kepada keluarganya. Saya tahu beliau seorang yang bawa Islam dalam keluarganya. ISLAM itu boleh lihat pada diri seseorang itu dan keluarganya. Semoga beliau terus istiqamah atas kebaikan. Pengorbanan beliau isteri dan anak-anak. Benarlah di sebalik seseorang yang hebat itu rupanya Allah anugerahkan isteri yang sangat kuat.

Doa seorang isteri itu makbul. Doa isteri itu ajaib. Inikan pula doa dan perjuangan. Membesarkan anak seorang diri saat suami di dalam penjara. Ya Allah…Allah beri ketabahan dan hadiahkan anak-anak yang baik dan sentiasa senyum walau ujian belum berhenti.

IKLAN

Anak berdiri depan penjara menanti ayah. Lihatlah isterinya dan anaknya yang menjaga akhlak dan pertuturan. Berjuang dan berkorban buat suami. Buat ayahnya. Sanggup memaafkan dan korbankan perasaannya dengan selalu memaafkan demi kebaikan rakyat Malaysia. Semoga Allah rahmati keluarga ini dan semua keluarga di Malaysia.

Rahmat Allah Di Sebalik Susah

Tanpa susah seseorang itu tidak boleh memahami susah orang lain. Kesusahan yang disandarkan pada Allah ialah ilmu yang terus diberi oleh Allah. Semua Nabi dan orang soleh melalui susah dan sakit. Supaya mereka rasai setiap sakit perit orang lain. Mereka selalu teringat sakit mereka saat mengadili orang lain.

Benarlah rahmat Allah di sebalik susah. Saya ingat masa beliau dimasukkan dalam penjara lagi. Di mahkamah. Katanya semua ini akan menjadi sejarah. Bukan hari ini tapi sampai ke anak cucu kita akan membaca. Masa tu tak faham lagi.

IKLAN

Kini melihat keajaiban doa ulama dulu-dulu. Orang soleh. Doa ibubapanya. Menangis saat beliau pulang melihat orang tersayangnya meninggal dunia. Ya Allah…

Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat ke sana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat, berdoa, baca buku, baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..

Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu.

IKLAN

Syukur Allah Izinkan Baca Surat Ini

Dari saya remaja sekarang anak saya 4 orang. Syukur Allah izin dapat baca surat ini. Terima kasih Allah..

Semoga Allah rahmati dan beri hidayah berterusan buat semua pemimpin DYMM YDP Agong. Dan semua pemimpin negara dan setiap negeri. PAKATAN, PAS,BN,DAP,dan semua. Teruskan dakwah dan doa buat semua.

Semoga Allah tambahi hidayah buat kita semua dapat jaga Islam dan didik anak kita dengan Islam serta berakhlak dengan akhlak mulia pada semua berbeza bangsa dan agama. Semua orang baik dan mulia. Juta rahmat yang kau beri kepada mereka berilah sedikit pada saya yang lemah dan mengharap redha Allah.

Sumber/Foto : Ebit Lew, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI