Gagal Bayar Tuntutan RM260,400, Mahkamah Isytihar Usahawan Norjuma Muflis! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Mahkamah Tinggi akhirnya membuat keputusan mengisytiharkan usahawan dan bekas personaliti TV, Norjuma Habib Mohamed,43 muflis, selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.
Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Norjuma Tidak Hadir Mahkamah
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding dalam kamar, peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, mahkamah tinggi hari ini mengisytiharkan Norjuma sebagai muflis.
Beliau berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini,” katanya.
Failkan Petisyen
Menurutnya, secara asasnya, Fame Up Entertainment memfailkan petisyen terhadap Norjuma, dan hari ini sudah ditetapkan untuk pendengaran.
“Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.
Hadir di mahkamah, pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.
Ads
Pada Oktober tahun lepas, dilaporkan Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma.
Notis itu difailkan pada 15 Ogos tahun lalu yang memohon supaya Norjuma membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment selepas diperintah berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ads
Muhammad Hassanuddin ketika itu berkata, jika Norjuma gagal melunaskan bayaran itu, Fame Up Entertainment akan memfailkan petisyen kebankrapan terhadap usahawan itu.
Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020.
Dalam pada itu, Muhammad Hassanuddin berkata, prosiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan diteruskan.
Ads
“Waran tangkap itu sudah diserahkan kepada balai polis di Kuala Lumpur dan Shah Alam,” katanya.
Terdahulu Norjuma merupakan pemilik kepada jenama tudung popular Aidijuma. Jenama ini cukup popular dengan fesyen tudung bawal dan mendapat perhatian dan disukai ramai. Norjuma juga merupakan bekas personaliti telivisyen dan Juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima.
“Ya Allah, terjatuh cinta” Neelofa dedah hatinya terpaut ketika Haris jadi imam Solat Tarawih. Setiap pasangan pasti melalui detik pandang pertama ketika cinta berputik.
Begitu juga dengan selebriti popular Neelofa yang selama ini menyimpan kisah bagaimana dia dan suami, Haris mula mengenali lebih rapat.
Seperti mana luahan perkongsian di rancangan MeleTOP, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor telah sudi berkongsi kisahnya ketika pertama kali hati terpaut dengan suami tercinta.
“Ya Allah, Terjatuh Cinta”
Paling istimewa dan tidak disangka, rupa-rupanya detik pertemuan dengan cinta kekasih hatinya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bermula ketika menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.
Neelofa menerangkan, PU Riz adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.
“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia hensem.
“Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.
“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” kongs Lofa.
Haris Tersipu Malu
Pasangan yang bernikah pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan itu ketika di rancangn MeleTOP begitu ceria.
Malah pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein tidak melepaskan peluang untuk mengusik pasangan bahagia itu.
Juga kelihatan Haris tersipu malu ketika Lofa berkongsi detik indah itu.
“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” kata Haris sambil tersenyum.
Siapa sangka niat ikhlas dan usaha gigih membantu golongan memerlukan sewaktu tinggal di luar negara, wanita yang bernama Sabariah Hussien ini, dikurniakan dengan gelaran Datin Paduka di Istana Istana Bukit Serene, Johor Bahru kelmarin. DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Puan Sabariah Binti Hussein,71 yang membawa gelaran Datin Paduka.
Anak Kelahiran Johor
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda amat berbangga dan kagum dengan kerja-kerja amal yang dilakukan Sabariah, anak kelahiran negeri Johor yang kini menetap di Motreal, Kanada.
“Beliau merupakan contoh insan Islam berperibadi mulia dengan rela hati setiap hari memasak dan membantu menyediakan makanan untuk ratusan insan yang kurang bernasib baik termasuk golongan gelandangan, tanpa mengambilkira (atau menyoal tentang) agama, bangsa atau latarbelakang mereka.
“Usaha dan nilai-nilai murni yang ditunjukkan beliau patut disanjung dan diteladani,” titah Tuanku Sultan Ibrahim.
Puan Sabariah, atau lebih mesra dengan panggilan Sister Sabria, anak kelahiran Wadihana, Johor Bahru merupakan seorang sukarelawan yang kini menetap di Kanada.Beliau melakukan kerja-kerja amal membantu gelandangan serta mereka yang kurang bernasib baik selama lebih 20 tahun di Montreal, Kanada.
Yayasan Sister Sabria
Puan Sabariah juga telah menubuhkan Yayasan Sister Sabria dan pusat perlindungan wanita yang digelar “Our Second Home” dan sebahagian besar dana yang diperoleh beliau adalah daripada makanan yang dijual pada hari Jumaat di kawasan masjid di negara itu.
Beliau menetap di Kanada setelah berkahwin dengan suaminya yang merupakan rakyat tempatan selepas menamatkan pelajaran dalam bidang kulinari di Kuala Lumpur.
Anzalna Imbas Kenangan Manis
Sementara itu, pelakon cantik manis Anzalna Nasir,30 ada berkongsi pengalaman manis bersama makcik Sabariah ini didalam laman instagram beliau. Mungkin ramai yang tidak tahu, Anzalna dan keluarga ini pernah tinggal di Kanada, mengikut ayahnya yang menyambung pelajaran disitu. Makcik Sabariah antara kenalan rapat mama dan papa pelakon ini sewaktu mereka di Kanada.
Antara yang dikongsikan oleh pelakon drama Arluna ini;
“Anzalna percaya dengan melakukan perkara baik, berfikiran positif,sering memilih perkataan, perasaan dan tindakan yang baik, kita boleh menambah kebaikan di dunia. Ini dibuktikan oleh kenalan rapat kepada ibu bapa Anzalna ketika kami di Kanada, makcik Sabariah Hussein, sering membantu golongan memerlukan sepanjang hidupnya. Dia telah dikurniakan dengan gelaran Datin Paduka oleh Sultan Johor.”
Anzalna juga mengucapkan tahniah diatas penganugerahan tersebut serta turut mengimbas kembali kenangan manis dia dan adik beradik bersama dengan wanita penuh berinspirasi ini.
“Tahniah Aunty Saby!Waktu tinggal di Kanada, kami adik-beradik rapat dengan aunty Sabi kecuali @nazirahnasir97 sebab dia dalam perut mama. Terus terimbas kembali zaman kanak-kanak naik kuda, pergi perkhemahan dengan Aunty Sabi, makan popia dia yang sedap, gigi patah macam-macam la banyak sangat kenangan manis. #IniYangPatutDibanggaKan #InspiringLady
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Puan Sabariah Hussien diatas kurniaan gelaran dan darjah kebesaran yang diterima. Semoga penganugerahan ini, memberi inspirasi buat wanita lain, agar turut melakukan kerja-kerja amal tanpa rasa jemu.
Empat sekeluarga meninggal rumah tertimbus tanah runtuh, isteri dan dua anak antara terkorban. Hujan lebat yang berlaku kala ini telah mengakibatkan empat sekeluarga meninggal dunia apabila rumah mereka tertimbus akibat tanah runtuh.
Empat Sekeluarga Meninggal Rumah Tertimbus Tanah Runtuh
Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di Kampung Bruno daerah Purworejo wilayah Jawa Tengah, Indonesia, seorang suami, Subuh, 55 tahun hanya mampu meraung selepas menyaksikan rumahnya tertimbus akibat hujan lebat dan dalam insiden menyayat hati itu, isterinya, Winda Wahyuningsih, 38 serta dua anaknya Susanti, 32 dan Refa Yamela, 6 tahun ditemui meninggal dunia. Turut maut adalah cucunya, Mehrunnissa Reya Aresha berusia 4 tahun.
Dalam hujan lebat itu, Subuh baru saja keluar dari rumahnya berjarak 150 meter sebelum terdengar bunyi runtuhan tanah di mana dirinya segera berpatah balik sebelum melihat rumahnya sudah ranap dengan isteri dan anak-anaknya ada di dalam rumah yang ditimbusi tanah itu.
Isteri & Dua Anak Antara Terkorban
Penyelaras misi untuk agensi mencari dan menyelamat wilayah Muhammad Abdullah memberitahu media tempatan pada Rabu bahawa pasukan penyelamat menemukan tiga mangsa pada Selasa malam dan mangsa keempat pada pagi Rabu iaitu Winda Wahyuningsih yang sudah pun meninggal ketika ditemui.
Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk proses pengecaman. Dalam pada itu, dirinya memaklumkan hujan lebat pada Selasa telah mengakibatkan berlakunya tanah runtuh di kawasan berkenaan. Kredit :- Detik Pagi.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah Nurhazwani, pensyarah UiTM yang hamil 3 bulan, bukan meninggal dunia akibat lemas tetapi pengsan secara tiba-tiba ketika mandi di kolam renang. Suaminya cuba menyelamatkan, namun takdir Allah mendahului.