Siapalah kita untuk melawan takdir Allah, bertemu jodoh dengan pasangan yang berbeza berpuluh tahun. Malah, pasti akan ada ejekan, dan kata-kata sinis yang beranggapan ada sebab berkahwin dengan orang yang berumur ini.
Namun, kalau sudah tertulis bertemu jodoh dengan lelaki yang seusia ayahnya, berlapang dada terima seadanya. Inilah kisah Ana Amalia, wanita muda yang berusia 27 bertemu jodoh dengan suaminya berusia 63 tahun, perbezaan umur lebih kurang 3 dekad.
Kisahnya Ana Amalia, yang dijodohkan dengan Emen Hidayat, lelaki yang 35 tahun lebih tua daripadanya telah menjadi perbualan warganet. Kebanyakannya beranggapan perkahwinan ada sebab dan semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ youtube milik Ana Amalia.
Seperti yang diketahui, Ana Amalia adalah youtuber yang agak terkenal di Indonesia dan tanpa ada perasaan malu, dia turut berkongsi cerita tentang suaminya yang boleh dikatakan sebaya ayahnya.
Dalam salah satu videonya turut menceritakan tentang jodoh bersama suaminya. Dia meneriMA dengan berlapang dada dan anggap ini adalah anugerah. Pasangan ini berkahwin pada 13 Disember 2018.
Mencerita lebih lanjut, perkahwinan ini adalah aturan daripada keluarganya sendiri dan dia hanya diberitahu melalui telefon dari orang tuanya.
Ads
Pada mulanya, Emen tidak memaksa untuk menerima dirinya memandangkan perbezaan umur yang sangat jauh dan menjadi beban pada Ana. Tapi, inilah yang dikatakan jodoh.
“Selepas dua minggu bertemu, akhirnya kami berkahwin, langsung tiada gambar perkahwinan dan hanyalah ijab kabul sahaja,” kata Ana.
Dapat Cemuhan Orang Luar
Pada awal perkahwinan, banyak pergolakan dan tak kurang juga cemuhan dan ejekan daripada orang kampung. Sehingga ada yang mengatakan pasangan ini seperti ‘ayah dan anak’ atau cucu dengan datuk.
Semua ejekan dan cemuhan itu langsung tidak disimpan dan ambil hati. Malah, pasangan ini mengambil masa 3 bulan untuk menerima kehadiran masing-masing dan anugerah yang Allah berikan ini.
Selain itu, Ana juga berhadapan dengan keluarga Emen. Awalnya, ada ahli keluarga yang menolak kerana Emen sudah mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya hampir sebaya dengan Ana.
Ads
“Pada awalnya, nampak rasa tidak selesa sebab anak Emen hampir sebaya. Tapi saya cuba sesuaikan dan cuba untuk dekatkan diri sebagai ibunya.
Hingga kini, Ana Amalia cukup bahagia dengan pasangannya, Emen Hidayat walaupun belum dikurniakan cahaya mata dan sentiasa berdoa agar diberi zuriat suatu hari nanti.
“Masih belum ada rezeki dan saya yakin, Allah akan beri pada waktu yang tepat. Doakan untuk kami dapat cahaya mata yang diimpikan,” katanya.
Ana Berkelulusan Sarjana
Siapa sangka Ana mempunyai kelulusan Sarjana dan merupakan guru bahasa Inggeris. Memandangkan sekolah, tempat dia mengajar agak jauh menyebabkan dia berhenti kerja dan lebih menumpukan kepada channel youtubenya.
Ads
Sementara itu, suaminya seorang petani di kampungnya. Dia adalah seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak.
Memilih pasangan yang jauh beza usianya bukanlah kerana suaminya kaya tetapi reda dengan jodoh yang telah diberikan. Baginya, hidup lebih baik dengan suaminya yang berumur daripada kahwin dengan lelaki sebaya yang mungkin menyakitkan hati.
Mingguan Wanita : Kalau sudah jodoh. Pedulikan dengan kata-kata orang dana bahagialah cara kita.
Rindu bapa ini masih bersisa. Baru empat hari, permata hatinya, Muhammad Sher Harraz seusia empat bulan meninggalkan ayahnya, Hazmeer Hassan (pelawak Chot) dan ibunya, Siti Zafirul Azzah Moh Idris.
Dan kala kerinduan datang bertamu, doa mak ayahlah jadi peneman anak syurga ini. Bermain-main di taman syurga Ilahi.
Malah itulah yang diharapkan ibu yang ditinggalkan ini. Sebagaimana kongsi ibunya beberapa hari lalu di instagram.
“Baru lepas ziarah anak syurga. Mommy, daddy rindu Sher Harraz. Kalau nak tahu, Sher Harraz sebelah kubur dengan pakcik Mommy.”
“Bermain-mainlah sayang dengan adik mommy. Hanya doa kami kirimkan pada awak sayang.” luah ibu yang dalam kerinduan ini.
Ketika mengimbas memori lalu inilah pelawak Chot dari kumpulan XOXO ini berkongsi satu berita sedih. Memori yang memberinya petanda awal akan pemergian anak kesayangannya.
Tentang hadiah kemenangan berupa set kelengkapan jenazah yang diterimanya beberapa bulan lalu.
“Waktu ini saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKA FM’. Kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah.”
“Waktu ini isteri saya masih sarat lagi mengandung. Sekitar 3 ke 4 bulan lagi waktu ni.”
“Kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama di saat itu. Rupa-rupanya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI.”
Benarlah kehadiran setiap anak itu ada rezekinya. “Terima kasih anakku sebab bagi mommy dan daddy rezeki juara dan ada di tahap ini.”
“Sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.” Zahir Chot dalam instagram miliknya semalam.
Dan ketika ditemubual mstar, penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan yang set kelengkapan pengurusan jenazah itu tak sempat digunakan untuk menguruskan jenazah anaknya.
Namun, Chot percaya itulah hadiah yang Allah mahunya simpan sebagai kenangan untuknya mengingati cinta hatinya mereka.
Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Nenek Tinggal Sebatang Kara Sejak Kehilangan Suami
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Lebih Rela Berpuasa Daripada Meminta-Minta
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Oyen sahabat baik Capybara kini Star Of Zoo Negara, tarik 3000 pengunjung setiap minggu. Bila sebut pasal Oyen, keletah kucing berwarna oren yang sering tampil dengan aksi nakal akan membuatkan ramai terhibur.
Jika Myvi diangkat King Of The Road, Oyen pula pastinya “King Of Oyen” dalam spesisnya kerana ada saja keletah nakalnya yang membuat ramai akan mengelengkan kepala dengan aksi-aksinya.
Oyen Sahabat Baik Capybara Kini “Star Of Zoo Negara”
Tetapi rezeki Oyen di Zoo Negara berbeza kerana dengan kehadirannya ditambah bersahabat baik dengan tikus gergasi Capybara, lebih istimewa kerana dirinya diangkat sebagai “Star Of Zoo Negara”.
Tarik Kehadiran 3000 Pengunjung Setiap Minggu
Memetik laporan Bernama, kehadiran ‘Oyen’, kucing yang tular ‘bersahabat’ baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.
Naib Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata Oyen yang kini menjadi ‘Star of Zoo Negara’ mempunyai populariti luar biasa susulan keunikan persahabatannya dengan capybara sejak tiga tahun lepas.
“Setiap hari, 95 peratus daripada pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen. Oyen sangat popular, sebab itu saya panggilnya The Star of Zoo Negara, malah kedatangan pengunjung juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemasangan papan tanda rasmi Oyen di hadapan kepungan tikus gergasi capybara di zoo berkenaan hari ini sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada 8 Ogos setiap tahun.
Teknik spontan pertahankan diri jika diserang lelaki miang. Wanita di luar sana WAJIB belajar teknik-teknik ni demi keselamatan diri. Paling penting, semua kena cuba sedaya upaya untuk kekal tenang apabila diserang.#mwrespon
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.