Gadis berusia 24 tahun menerima lelaki yang boleh dianggap sebagai datuk dengan cucu sebagai pasangan hidup
Kalau dah jodoh. Perkahwinan yang mempunyai perbezaan umur agak ketara mungkin dilihat sebagai mengambil kesempatan atau ‘ada udang di sebalik batu’. Kita tak tahu.
Hakikatnya, cinta itu buta. Biarlah apa pun orang kata, itulah pasangan hidup yang dipilihnya, walaupun usia jauh berbesa berbanding dirinya yang masih lagi muda.
Gadis ini bernama Anna Nicole Smith. Ketika perkahwinannya, dia baru berusia 24 tahun. Dia telah memilih untuk berkahwin dengan J. Howard Marshall yang ketika itu sudah setaraf atuk kerana usianya telah mencapai 86 tahun.
Betullah kan orang cakap cinta itu buta. Cinta itu tidak mengenal umur dan paras rupa. Tapi, siapakah J. Howard Marshall ini yang menjadi pilihan Anna Nicole itu?
Ads
Beliau merupakan seorang jutawan minyak yang sangat kaya raya dan memiliki banyak harta.
Kisah Pertemuan Pasangan Ini
Anna Nicole cukup cantik dengan potongan gaun berbelah, sementara hartawan minyak, J. Howard Marshall II, 89 tahun hanya berkerusi roda pada majlis perkahwinan mereka.
Anna Nicole bertemu dengan Marshall di Gigi – kelab strip yang pada ketika itu Anna adalah penari di kelab tersebut. Mashall terpikat selepas melihat persembahnnya dan mula mengajak untuk makan tengah hari bersama.
Ads
Semasa makan tengah hari, Anna Niclole perlu bergegas ke tempat kerja. Sebaliknya, Marshall telah menghulurkan sampul surat yang mengandungi duit kertas sambil mengatakan Anna Nicole tidak perlu ke tempat kerja.
Selepas daripada itu, Marshall turut menghadiahkan wang dengan jutan dollar termasuk barang kemas dan Rolls Royce untuk memihat hati Anna Nicole.
Beberapa tahun selepas itu, barulah Anne Nicole bersetuju untuk berkahwin dengan Marhall. Mereka berkahwin pada 27 Jun 1994, kedua-duanya berpakaian putih, di White Dove Wedding Chapel Houston.
.
Ads
Perkahwinan itu berlangsung selama 14 bulan sebelum Marshall meninggal dunia. Selepas kematiannya, berlaku perebutan harta pusaka antara Anna Nicole dengan anak lelaki Marshall. Akhirnya, Anna Nicole tidak mendapat apa-apa harta kerana namanya tidak termasuk dalam wasiat.
Gigi, kelab strip yang menemukan pasangan ini telah dirobohkan pada tahun 2012.
Mingguan Wanita : Cinta tak kenal siapa. Pertemuan, perpisahan, rezeki, ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Semua telah diatur olehNya.
Memang ada benarnya budaya makan dulu, kira kemudian sangatlah bahaya. Lebih-lebih lagi jika makan di restoran makanan laut yang biasanya harganya lebih mahal daripada biasa. Penting buat ‘pengiraan’ terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan. Ia bagi mendapat harga yang dipersetujui bersama serta mengelakkan diri dari rasa ‘tertipu’, akibat dikenakan caj melampau.
Perkongsian daripada Tai Zee Kin ini ada benarnya.
Ini cara orang cina order seafood di restoran.
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami order siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat keberatan.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Budaya Makan Dulu Kira Nanti
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-an, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Budaya orang cina selalu kena buat ‘budgeting’ sebelum ‘spending’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan order. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, order kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
Mingguan Wanita: Jadi pastikan jika makan di restoran makanan laut, jangan makan dulu, kira kemudian. Ia sangat BAHAYA. Sebaliknya kena pastikan buat ‘pengiraan’ terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan.
Pertengahan Januari ini, anak-anak mula kembali ke sekolah. Ada keluarga dari kalangan anak-anak B40 yang begitu terkesan ekonominya dengan pandemik Covid-19. Keluarga mereka kehilangan sumber pendapatan, terjejas teruk kewangan, jadi sukar untuk anak-anak ini lalui momen kembali ke sekolah dengan ceria.
Memahami kesukaran mereka, program ‘Kembali Teguh’ diwujudkan bagi membantu anak-anak B40 yang kurang bernasib baik ini. Program ‘Kembali Teguh’ dibangunkan dengan dua komponen penting agar memberi semangat anak-anak ini memulakan hari persekolahan dengan gembira setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke sekolah.
Bagi merealisasikan impian anak-anak B40 ini, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Unilever Malaysia dan PINTAR Foundation (PINTAR) menjalinkan kerjasama.
Komponen Pertama
Memastikan murid-murid dilengkapi secara fizikal untuk sekolah, di mana Tesco akan menyediakan kit kembali ke sekolah yang terdiri daripada beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stoking dan alat tulis.
Sementara, Unilever akan menyumbang baucar Tesco bernilai RM100 untuk setiap pelajar dari dana Donate to Help yang berlangsung di cawangan Tesco dari 19 November hingga 2 Disember 2020. Untuk setiap pembelian produk Unilever, gabungan melebihi RM35 dalam satu resit, RM1 akan disalurkan ke tabung ini. Dan kini diserahkan sebagai baucar kepada pelajar.
Manakala, PINTAR akan menyediakan kit Covid-19 yang terdiri daripada pelitup muka, tisu basah dan sabun tangan kepada para pelajar. Ini bagi memastikan mereka kekal selamat dan sihat semasa di sekolah.
Jenama kepakaran kebersihan Unilever, Lifebuoy, juga akan menyumbang kepada kit Covid-19 dengan menyediakan cecair sanitasi tangan 50ml.
Komponen Kedua
Program ‘Kembali Teguh’ dirancang untuk memastikan murid-murid bersedia secara mental dan emosi. Memastikan mereka bermotivasi untuk menghadiri kelas setelah tahun persekolahan yang lalu terganggu oleh wabak Covid-19.
Beberapa topik untuk bengkel merangkumi memperkasa pemikiran positif, mengembangkan kekuatan peribadi dan penetapan tujuan untuk menanamkan keyakinan, dan penyuntikan elemen kemahiran hidup melalui modul untuk menjadi pembeli yang pintar.
Program Kembali Teguh akan dimulakan pada 20 Januari 2021 dengan pengedaran kit kembali ke sekolah dan Covid-19 serta baucar, sementara bengkel akan berlangsung sepanjang suku pertama 2021. Secara kolektif, 1,000 murid B40 dari 25 sekolah Tesco Diadopsi akan mendapat manfaat daripada program ini.
Hasrat Tesco Malaysia
Menurut Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco, Azliza Azmel, “Tahun lalu adalah tahun yang sangat mencabar bagi kebanyakan kita. Dan lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak dari golongan kurang mampu yang keluarganya terjejas akibat wabak Covid-19.
Dalam menghayati nilai ‘Every Little Helps Makes a Big Difference’, kami bekerjasama dengan Unilever dan PINTAR untuk memastikan bahawa anak-anak ini bukan sahaja dilengkapi secara fizikal untuk tahun persekolahan baru.
Malah, bersedia secara mental dengan mengajar mereka kemahiran yang diperlukan untuk terus bermotivasi di sekolah, dan juga petua untuk menjadi pembeli pintar.”
Sebelum ini, Tesco bekerja sama dengan Unilever dan PINTAR secara berasingan. Ternyata hasilnya sangat memberangsangkan.
“Kami percaya dengan memanfaatkan setiap kekuatan kami secara kolektif sekarang, kami dapat menghasilkan impak yang lebih besar lagi bagi anak-anak yang sangat memerlukannya.” Kata Azliza lagi.
Ini Pula Harapan Unilever Malaysia
Bagi Pengarah Pembangunan Pelanggan Unilever Malaysia, Jay Go, kerjasama
ini sangat sesuai dengan kepercayaan Unilever bahawa jenama dan syarikat dengan tujuan
akan terus berkembang.
”Ini adalah tahun ketiga kami bekerjasama dengan Tesco untuk tabung Unilever Donate to Help yang telah mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 untuk pelajar kurang mampu di rangkaian Sekolah Angkat Tesco di seluruh Malaysia. Dana ini membolehkan pengguna bergabung dengan kami dalam membantu anak-anak yang memerlukan melalui pembelian jenama kami di Tesco.
Selain pendidikan, fokus Unilever adalah melindungi kehidupan orang ramai sejak awal Covid-19. Lifebuoy telah menyediakan papan pembersih tangan, cecair pencuci tangan dan papan pesanan infografik ke 63 Sekolah Angkat Tesco.
Ini adalah kali keempat Lifebuoy dan Tesco bekerjasama untuk mendidik anak-anak sekolah mengenai manfaat pencucian tangan yang baik dan kebersihan yang betul, yang lebih penting lagi semasa pandemik Covid-19. Kerjasama tidak berhenti di sini. Bersama Tesco dan PINTAR, Lifebuoy akan memberikan kepentingan kebersihan tangan melalui program ‘Kembali Teguh’.”
Program Sekolah Angkat PINTAR
Sementara itu, PINTAR gembira dapat bekerjasama dengan Tesco, yang sejak 2017 mengambil 63 sekolah angkat melalui Program Sekolah Angkat PINTAR. Melalui kerjasama ini, Tesco telah membantu memperkayakan sekitar 57,000 murid-murid sekolah melalui pendidikan, kesihatan dan kesedaran pemakanan yang baik serta aktiviti hidup yang lebih mesra alam.
Menurut Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR, Sabri Ab Rahman, visi PINTAR Foundation adalah untuk memberi inspirasi kepada anak muda menjadi warga negara yang bertanggungjawab melalui konsep PINTAR.
”Kami berusaha untuk terus membina kerjasama dengan syarikat, badan bukan kerajaan dan kerajaan untuk meningkatkan motivasi dan kejayaan pelajar yang berprestasi rendah melalui pendidikan.
Tesco telah menjadi salah satu ahli kami yang paling aktif dan kami gembira dapat berkolaborasi lagi dengan Tesco Malaysia untuk membawa program ‘Kembali Teguh’ kepada pelajar PINTAR. Kebanyakan pelajar ini dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di komuniti kurang terlayani di seluruh negara dengan alat yang diperlukan untuk mulakan tahun persekolahan mereka seperti biasa yang telah kita tinggali sejak setahun yang lalu.
Tanggungjawab untuk membantu mereka yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19, terutama dari masyarakat yang kurang mampu, adalah penting. Ketika negara dan dunia belajar berfungsi dalam norma baru, kita menyedari tidak semua orang dapat dilengkapi sepenuhnya untuk menavigasi dunia baru ini.
Kerjasama dengan syarikat korporat dan inisiatif seperti program ‘Kembali Teguh’ akan membawa banyak – memerlukan bantuan untuk menolong komuniti B40 di Malaysia.”
“Azal Bukan Gila, Jaga Ibu & Abang Azil” Zarina Sedih Tertulis Di Wikipedia Anak Istimewanya Kurang Waras. Allahu ada saja tindak tanduk yang kurang cerdik dari insan yang tidak berhati perut.
Sanggup menulis di Wikipedia dan menuduh anak kepada pelakon Zarina Zainuddin kurang waras.
Sebagai ibu yang melahirkan sememangnya berasa sedih dan kecewa. 9 bulan ibu kandungkan anak-anak, susah senang hanya ibu yang tahu, sampai hati orang nak berkata begitu.
Baru saja memuat naik sebuah video yang ditulis di Wikipedia tentang salah seorang anak kembarnya yang bernama Azal yang ditulis gila oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.
Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri menjadi mangsa tohmahan.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni .
“Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“azal dan abang azil anak istimewa. Anak ibu.
“Allah ada. Biar orang kata apa Allah ada.
“kalau azal sayang ibu jangan sedih tau,” luah Zarina.
Menerusi sebuah lagi video Zarina turut mencoret tentang anak kembarnya dan berharap mereka terus kuat!
“My Azal. Stay Strong my anak” #azalazil #autism #autismawareness
“Kak Ina & Azal Sayang, Sabar Tau!”
Menerusi ruangan komen rakan artis serta pengikut setia Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat buat Azal.
“Anak syurga Allah. Be strong sister we love u” Fashasandha
“This is horrible! Kak ina repost and cari orang yang buat ni sampai dapat!” Catrionabrianross
“Segala info wikipedia or google kebykan salah! X sangka ni yg paling jahat! Kak ina n azal syg.. sabar tau.. semoga kita dpt pelaku sbnr” jozlynnhanania
“Bukan azal.. azal x gila. Azal anak baik. Azal bijak berdikari hebat” ffatysui_
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...