Sambutan hari raya yang meriah sering dikaitkan dengan aneka jenis kuih raya untuk dijamu sepanjang Syawal. Biasanya sebelum Ramadan lagi kita sudah berkira-kira menempah biskut raya. Inilah masanya nak merasa sampel-sampel biskut supaya kena dengan cita rasa.
Memudahkan orang ramai mencari dan menempah awal biskut raya, Mingguan Wanita dan Gula CSR akan menganjurkan Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya pada 12 Mac 2023, jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Lower Ground Setia City Mall (SCM).
Di sini akak-akak baker berhimpun mempromosi, menjual dan menerima tempahan biskut raya. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merasa hampir 10,000 sampel biskut raya yang disediakan oleh para baker secara PERCUMA! Untuk mendapatkan Kupon Biskut Raya, anda hanya perlu daftar menerusi pautan ini . Untuk mendapatkan kupon tersebut, sila klik pautan ini :https://docs.google.com/forms/
Kupon boleh ditebus di kaunter urusetia dengan menunjukkan bukti pendaftaran secara online. Bagaimanapun pengunjung walk in masih boleh mendapatkan kupon di kaunter urusetia juga. Ada lebih 10,000 kupon untuk diberikan. Rugi sangat kalau terlepas peluang ini kerana ada 1001 jenis biskut raya yang akan disediakan.
Ads
Fiesta turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pentas menarik seperti Demo Biskut Raya Tanpa Oven, Showcase Biskut Raya Gergasi oleh pelajar kulinari, Pertandingan Tekan-Tekan Semperit Raya, Pop Kuiz, Happy Hour, Demo Biskut Raya Kurang Manis Dan Pertandingan Susun-Susun Biskut Raya selain bertemu mesra dengan selebriti terkenal, Marsha Milan Londoh dan pengasas Gula Cakery.
Manakala bagi para baker yang ingin menyertai fiesta sebagai vendor, sila klik pautan ini untuk pendaftaran vendor:https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/ . Yuran pendaftaran hanyalah RM100. Apa yang menarik, selain berpeluang menjual dan menerima tempahan biskut raya oleh pengunjung, vendor juga akan mendapat pelbagai manfaat lain antaranya membina networking baharu antara vendor dan juga pengunjung.
Ads
Dalam masa sama, pautan akaun sosial media vendor juga akan disenaraikan dalam artikel di portal Mingguan Wanita sebagai usaha mempromosi perniagaan. Portal dikunjungi lebih 2 juta pengunjung dengan jumlah Page views mencecah lebih 3 juta.
Selain itu, vendor juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada pihak penganjur, dan penaja berupa goodie bag bernilai RM100. Mudah sahaja untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini antaranya ialah menjadi vendor yang paling aktif mempromosikan penyertaan mereka di fiesta, vendor yang paling kreatif menghias booth serta paling pantas menghabiskan 200 pek sampel biskut raya. Syarat utama sebagai vendor ialah perniagaan membuat biskut diusahakan sendiri dan bukan menjual biskut dari pihak lain.
Dalam keriangan menikmati biskut raya, pihak penganjur dan penaja utama iaitu Gula CSR menyeru pengguna agar mengambil gula secara bersederhana dan mengamalkan budaya hidup sihat.
Sebagai seorang wanita yang mengutamakan kecantikan dan keanggunan sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk membeli barangan solekan dan kecantikan trend terkini dengan harga yang berpatutan.
Apatah lagi mereka yang ‘glamming up’, kecantikan dan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Pastinya akan dapat menaikkan seri dan menambah keyakinan diri! Paling utama disini koleksi produk solekan dan fesyen terkini yang perlu ada dalam gerobok pakaian anda.
Realiti kehidupan hari ini, kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Setiap individu punya gaya tersendiri. Ada yang selesa tampil dengan wajah polos dan sederhana, ada yang menawan dengan solekan natural, dan ada juga yang bergaya dengan full make-up, di samping kelainan solekan dan dress code yang bersesuaian dengan majlis.
Apatah lagi wanita yang bekerjaya pastinya mahu tampil ceria, menawan dan sihat. Bukan saja pada para gadis malah wanita yang sudah mendirikan rumah tangga juga amat mementing penampilan. Hakikatnya, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi kepada seorang wanita yang bekerjaya kerana di samping menjadi seorang isteri dan ibu di dalam sebuah institusi kekeluargaan.
Walaupun seseorang wanita sibuk dengan kerjaya mahupun sebagai suri rumah namun mereka mampu menceriakan hidup dan memberikan kebahagiaan dengan membeli belah secara online. Tak perlu fikir kesesakan lalu lintas dan kengkangan lain dengan platform LazBeauty.
Aktres cantik jelita, Nora Danish yang juga merupakan duta Lazada merupakan idola ramai wanita di luar sana. Kejelitaan dan kejayaannya boleh dicontohi ramai wanita. Bukan saja memiliki kulit yang cantik, putih dan mulus malah wanita ini juga cukup bergaya. Walau usianya sudah mencecah 40an namun dia tetap sebagai idola fesyen wanita di luar sana.
Malah figura kesayangan ramai ini bukan saja bergelar pelakon tetapi juga bergelar usahawan. Dek kerana begitu menjaga personaliti dalam kecantikan, Nora juga telah membuka sebuah salun yang diberi nama Karva Salon For Ladies by Nora Danish.
Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang wanita yang berjaya. Perlu seimbangkan antara kerjaya dan keluarga di samping menjaga penampilan diri seperti Nora Danish.
Walau sesibuk mana sebagai seorang wanita, anda juga wajib untuk jalankan tanggungjawab untuk diri sendiri. Gunakanlah kata-kata yang positif pada diri sendiri, “Tahniah kerana menjalani hari ini dengan baik. You’re strong, you’re doing good.”
Bukan itu saja, kita juga boleh buat perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan dan memberikan kepuasan dan ganjaran kepada diri sendiri. Paling penting adalah menghargai diri dengan mementingkan penampilan dan kecantikan luar dan dalam diri.
Bukannya susah anda untuk berdandan dan lakukan keajaiban pada diri dengan LazBeauty sebagai teman baik. Sejak Lazada Malaysia perkenalkan LazBeauty Club banyak ganjaran yang boleh diraih. Anda juga boleh nikmati ribuan pilihan menawan produk solekan dan temui trend terkini serta nikmati tawaran eksklusif di LazBeauty.
LazBeauty memberikan akses kepada para wanita mencuba pelbagai produk kecantikan.
Terdapat pelbagai set eksklusif produk solekan dan produk penjagaan kecantikan berjenama popular seperti Maybelline, L’Oreal Paris, Garnier, L’Occitane, Nivea yang boleh didapati di harga yang berpatutan.
Tambahan pula, jangan lupa join LazLive pada 26 Februari di Fiesta Virtual LazBeauty. Fiesta tersebut akan berlangsung tanpa henti selama 12 jam secara virtual bermula pada jam 12 tengahari hingga 12 pagi dengan lebih 5,000 promosi yang tidak pernah dilihat menampilkan produk popular dari jenama-jenama ikonik.
Di samping tawaran menarik setiap jam, permainan (penonton juga boleh memenangi produk sample atau pouch eksklusif LazBeauty) serta jualan kejutan sepanjang Livestream berlangsung juga menunggu mereka yang melayari fiesta ini.
Terdapat juga aktiviti lain seperti tutorial langsung, demonstrasi produk dan soal jawab bersama selebriti terkenal, mekap artis, pendandan rambut, pakar dermatologi, dan lebih lagi di laman sosial Lazada. Para penonton bolehlah sertai strim langsung LazLive melalui aplikasi Lazada atau laman sosial Lazada di Facebook , Instagram dan Tik Tok
Bagi wanita di luar sana yang mahu secantik Nora Danish anda boleh layari platform LazBeauty. Semuanya serba lengkap! Paling ‘best’, LazBeauty menawarkan pelbagai baucar harian ekslusif dan harga istimewa untuk ahli mereka! Untuk ahli baru LazBeauty anda boleh menikmati tambahan baucar RM5!
Jadi jom mendaftar sebagai ahli Kelab LazBeauty sekarang! Cuma perlu buka saja aplikasi Lazada dan tap di https://lzd.co/LazBeautySpecialMY (LazBeauty). Selepas mendaftar sebagai ahli baharu pengguna akan dapat akses kepada pelbagai jenis produk kecantikan, tawaran, diskaun dan penjimatan terluas di rantau ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, jumlah kematian kini meningkat kepada lebih 40,000 di kedua-dua negara. Sejumlah 35,418 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala lebih 5,800 lagi di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Paling menyedihkan, kata jurucakap agensi kanak-kanak PBB UNICEF James Elder kepada pemberita di Geneva lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat dan gempa susulan besar yang memusnahkan Turkiye dan Syria minggu lalu.
PBB turut menganggarkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal susulan gempa bumi yang meranapkan lebih 5,000 bangunan termasuk tempat kediaman.
Turkiye yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, kekuatannya bersamaan 472.4 biji bom atom yang dilepaskan serentak. Begitulah gambaran gempa yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Banyak kisah yang menjadi teladan antara yang menarik perhatian menerusi sebuah video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai.
Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu. Sementara menanti untuk diselamatkan untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.
Namun di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya. Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.
Kisah lain yang turut menyentuh jiwa seperti mana yang dilaporkan Agensi Anadol pula, anggota penyelamat di bandar Jinderis di utara Syria menemukan bayi perempuan berambut gelap lebih 10 jam selepas gempa bumi 6 Februari lalu ketika mereka sedang menggali serpihan bangunan pangsapuri lima tingkat didiami ibu bapanya.
Bayi itu ditemukan tertimbus di bawah runtuhan dalam keadaan masih bertali pusat dan kemudiannya dikejarkan ke hospital di Afrin untuk mendapatkan rawatan. Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim piatu.
Rezeki buat bayi perempuan bertuah ini, meskipun dilahirkan di bawah runtuhan rumah keluarganya selepas gempa bumi dahsyat dilaporkan dalam keadaan sihat dan kini disusukan oleh isteri pengarah hospital.
Ibu Aya, Afraa Abu Hadiya meninggal dunia selepas melahirkannya. Bapa dan empat adik-beradiknya turut terkorban dalam gempa itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang di tanah air selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi. Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu “amat dahsyat dan di luar jangkaan.”
Menerusi pesanan di akaun Facebooknya, Anwar maklumkan bahawa dana bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini berjumlah RM50 juta.
Turut mengorak langkah menghulurkan bantuan, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan telah berlepas menuju ke Lubnan pada 15 Febuari lalu bagi menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu.
Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di Wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut membawa Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye. Kehadiran pasukan Peduli Insan di Lubnan bertujuan bagi menyantuni dan mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria yang menjadi pelarian di negara itu sebelum bertolak ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria.
Pasukan Peduli Insan di KLIA sebelum berlepas menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, perancangan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu.
“Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini” ujar Mohd Luqmanulhakim.
Pada masa yang sama Mohd Luqmanulhakim turut memberitahu, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan.
Fokus utama bantuan kecemasan gempa adalah untuk diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye.
Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).
“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa.
“Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini.
“Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000,” ungkapnya lagi.
Peduli Insan juga turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria.
Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.
“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang” sambung Mohd Luqmanulhakim.
Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah pula memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.
Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.