Tiap orang punya cita rasa tersendiri dalam berfesyen. Dunia fesyen juga berputar dan sering berubah-ubah. Fesyen denim cukup popular pada satu masa dan kini ia kembali ‘in’ dan digayakan oleh lelaki atau wanita, tak kira usia. Bahkan, denim tak terhad kepada seluar dan jaket sahaja.

Kemeja denim misalnya, turut jadi perhatian termasuk wanita muslimah kerana berpotongan longgar dan labuh. Selain itu, skirt daripada denim juga boleh didapati di pasaran dengan pelbagai corak dan potongan.

Beza Jeans Dan Denim?

Ramai yang salah faham dan mungkin tak tahu, apa bezanya jeans dan denim? Menurut Encik Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam, jeans merupakan seluar yang diperbuat daripada fabrik denim manakala denim adalah sejenis fabrik yang lasak.

Fesyen Denim, Trend Yang Malar Segar

Kenapa Pilih Denim?

Antara sebab mengapa ramai yang menggemari pakaian yang diperbuat daripada material denim kerana ia selesa digayakan terutama untuk aktiviti lasak dan luar. Ia juga jadi pilihan kerana sesuai untuk digayakan dengan segala jenis baju. Anda boleh memilih denim yang berwarna gelap atau cerah, mengikut cita rasa sendiri.

Malah kini, denim juga mengalami revolusi, dengan menggunakan material denim, pelbagai barangan lain boleh dibuat seperti beg tangan, kasut, perhiasan dan sebagainya. Yang penting, kena kreatif.

IKLAN

Selain itu, rekaannya juga sudah berubah, ada yang sengaja dicipta dengan koyakan di bahagian lutut dan paha misalnya, ditambah manik, tampalan dan sebagainya. Semua itu memberikan karakter tersendiri pada si pemakai.

Wanita Dan Potongan

Menurut Faizal lagi, untuk pemilihan jeans, wanita perlu bijak memilih mengikut potongan tubuh masing-masing. Jeans boleh didapati dalam beberapa potongan seperti boot cut, boyfriend cut, skinny, straight dan sebagainya.

Jeans Boot Cut misalnya memberikan ilusi ketinggian untuk si pemakai. Manakala bagi yang memiliki paha yang besar, sebaiknya memilih warna gelap seperti hitam.

Memang menarik topik hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini.

IKLAN

Siti Elizad dan Erra Fazira akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.

Foto: PopLook Malaysia & 123 Royaltyfree

#MingguanWanitaTV

IKLAN

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI