Fatin Afeefa Nikah, Bella Doakan “Semoga Rumahtangga Dibina Kekal Bahagia Hingga ke Jannah”. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Fatin Afeefa.
Dalam diam ibu kepada dua cahaya mata itu telah memilih jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin Afeefa Nikah
Fatin dan Aliff bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Namun hingga kini Fatin masih berdiam diri dan belum membuat sebarang kenyataan. Walau bagaimanapun menerusi akaun Instagram Bella Astillah mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
“Nothing as beautiful as seeing you being loved effortlessly by the right person @fatinafeefa Alhamdulillah.
“Congratulations! May you two make a beautiful life together, which is full of love, compassion, and purity! I wish you both great happiness!
“Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah inshaAllah..
“What a beautiful couple mashaAllah..
Bella doakan Angah bahagia selamanya”.
Untuk rekod terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Naik Seri Pengantin, Disolek Datuk Alha Alfa
Selain Bella, berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
“Fatin Afeefa, congrats dear (tahniah), thank you for having me (terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya),” tulis Alha ringkas menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya yang turut memaparkan Fatin mengenakan busana serba putih.
Kulit sehitam arang. Orang yang melihatnya mesti nampak ‘jelek’ dan tak kurang juga jadi bahan ketawa. Malu dan segan.
Jangan pandang sebelah mata sebab kulit sehitam arang ini mampu jadi model diperagaan dan warna inilah atu keunikan yang tak ada pada orang biasa. Keunikan yang Allah berikan. Peliknya, yang kulit hitam manis, sawo matang nak pula kulit putih melepak. Cantik gamaknya.
Ada standard cantik tersendiri. Mungkin wanita itu cantik pada kakinya, mata yang cantik, hidung mancung terletak dan sebagainya.
Jangan beranggapan wanita cantik pada kulit putih dan tubuh langsing saja. Buka mata dan lihatlah model-model yang berkulit gelap memiliki kecantikan yang tersendiri dan mempesonakan.
Jom, kita lihat model kulit hitam yang membuktikan cantik tak seharusnya putih.
1. Lolita Makuey
Model asal Senegal, Afrika ini turut menjadi buah mulut dek kerana kulitnya. Parasnya yang cantik dan mata yang indah membuatkan Lolita digelar sebagai Black Hannah Montana.
2. Bee Melvnin
Dikenali dengan panggilan Bee. Dia merupakan seorang model dan juga selebgram yang dikenali kerana kulit gelap dan rambut berwarna perak.
3. Duckie Thot
Duckie Thot adalah model untuk Australia’s Next Top Model. Wanita keturunan Sudan ini mendapat julukan black Barbie karena wajahnya seperti boneka. Bila wajahnya viral, Duckie mulai menghiasi penghias majalah dan model iklan terkenal.
4. Nyakim Gatwech
Nama Nyakim Gatwech dikenali dalam dunia modelling kerana memiliki keunikan. Wanita berkulit gelap ini mendapat julukan Queen of Dark. Dia kini menetap di Amerika Syarikat dan wajah exsotiknya menghiasi majalah fesyen dunia.
5. Khoudia Diop
Nama Khoudia Diop menjadi sebutan menjadi model pakaian di Senegal. Sejak itu, dirinya mula dikenali dengan panggilan Melanin Goddess kerana kulitnya yang sehitam arang. Walaupun kerap di buli, dia tidak kisah hingga semakin laris dengan kerjaya modelnya.
6. Tyra Banks
Sebelum dia menjadi juri America’s Next Top Model yang ikonis (dan pembawa acara di Dancing With the Stars, dia sendiri adalah seorang supermodel. Dia adalah model kulit hitam pertama yang menandatangani kontrak dengan pereka latter dan menjadi Angel dari tahun 1997 hingga 2005.
7. Naomi Campbell
Seorang supermodel fesyen paling produktif. Pengalaman pertama Naomi menjadi perhatian ketika dia berusia tujuh tahun, tampil di video muzik Bob Marley untuk judul “Is This Love?”. Namun sayangnya saat ini, ia sedang mengalami kontroversi berada di bawah pengawasan untuk dugaan hubungannya dengan Jeffrey Epstein dan Ghislaine Maxwell.
8. Leomie Anderson
Model yang kerap memperagakan pakaian rekaan seperti Tom Ford, Moschino, Marc Jacobs, dan Victoria’s Secret. Dia juga memiliki blog dan mereka fesyennya sendiri yang disebut LAPP, untuk Leomie Anderson the Project the Purpose.
9.Alex Wek
Alek Wek adalah model kulit hitam pertama untuk penghias majalah Elle pada tahun 1997 dan mendapat penghargaan MTV Model of the Year pada tahun yang sama. Lahir di Sudan Selatan.
10. Ajok Model
Ajok Madel baru mengenali dunia modeling tetapi namanya melonjak naik selepas membuat peragaan pakaian Alexander McQueen, Tom Ford, dan Dries van Noten. Dia adalah orang Sudan Selatan tetapi dibesarkan di Australia.
Mingguan Wanita : Wow! Jangan pandang sebelah mata. Keunikan yang tiada pada orang lain.
Majalah Time nobat wanita hebat Michelle Yeoh Ikon 2022. Anak kelahiran Malaysia, yang juga bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 60 telah diiktiraf sebagai Ikon Tahun 2022.
Tanda pengiktirafan beliau terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman telah diberikan oleh majalah antarabangsa terkemuka, Time.
Melalui perkongsian di akaun Instagram majalah itu, Time mengumumkan pemilihan pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu dibuat atas pencapaian Yeoh yang dianggap bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekad-dekad lamanya.
Malah pada kapsyen di hantaran tersebut juga Time memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Selain itu Time turut menyebut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti filem besar lain seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Wanita hebat ini juga menurut Time, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.
Penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah ramai percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.
Hantaran itu memetik temubual Yeoh bersama @lucyfeld yang antara lain, pelakon itu memberitahu:
“Saya ada memikirkannya. Bukan saya saja, saya fikir seluruh komuniti Asia turut memikirkannya. Mereka datang kepada saya dan beritahu, kamu melakukan ini untuk kami.”
Hantaran dimuat naik Time di Instagram itu turut dikongsi Yeoh yang mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan diberi.
Ogos lalu, Yeoh yang membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Untuk rekod, Yeoh memulakan karier seni selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Yeoh kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London. Meneruskan langkah Yeoh menyertai pertandingan Miss International Tourism Quest dan muncul pemenang, lantas membuka laluan kepada dunia lakonan apabila terpilih menjayakan projek komersial bersama Jackie Chan hingga menarik perhatian penerbit filem Hong Kong, D&B Films.
Antara filem lain lakonan Yeoh adalah Memoirs of a Geisha yang ditayangkan pada 2005, Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011) dan The Lady (2011) di mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.
Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas di tali air. Pelbagai perkara boleh berlaku ketika musim banjir, dek kerana itu berhati-hatilah dan jagalah anak kesayangan anda.
Terbaru seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir yang sedang melanda Pantai Timur, selepas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Terengganu.
Seperti mana yang dilaporkan, mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8 tahun dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia 1 tahun, kira-kira jam 4 petang tadi.
Usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.
Bapa mangsa, Sobre menyatakan, kejadian berlaku ketika Sufi bersama abangnya, Shakir, melihat air sungai dari atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia dan anak bongsunya berada.
“Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai, kami melihat air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi saya sedari abang mengajak adiknya ke jambatan.
“Saya sudah pesan jangan ke situ (atas jambatan) kerana bahaya.
“Dalam beberapa saat sahaja selepas itu abang menjerit memberitahu adik dalam air.
“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum kembali ke tebing menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” ungkap Sobre.
Malah bapa kepada kanak-kanak malang itu juga memberitahu sebelum kejadian dia baharu sahaja mengambil tiga anak itu yang berada di rumah ibunya di Kampung Tetambah di sini, selepas pulang bekerja.
Tambahnya lagi sebelum pulang ke rumah mereka, dia membawa tiga anaknya untuk bermain air di kawasan berkenaan tanpa menduga hasrat itu bertukar tragedi.
Video kenderaan berlogo JIM yang tular membawa kepada penahanan seorang lelaki Pakistan. Siasatan kemudian mendedahkan rakaman lama itu dimuat naik ke status WhatsApp oleh isterinya.