
Faradhiya kongsi pernah dibuli zaman sekolah. Pelakon cantik Faradhiya juga berkongsi pengalamannya yang pernah menjadi mangsa buli di sekolah sewaktu usianya 13 tahun. Tatkala ini kes Zara Qairini seorang pelajar yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya, telah menarik perhatian ramai. Polis sedang menyiasat kemungkinan unsur buli dalam kematiannya, dengan 60 saksi telah dirakam keterangan. Zara meninggal dunia sehari selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Berkongsi pengalaman pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin menasihati agar para pelajar yang masih bersekolah agar tidak melalukan jenayah buli kerana ia sangat merugikan masa depan anda!
Faradhiya Kongsi Pernah Dibuli Zaman Sekolah
Seperti dikongsi menerusi Treads Faradhiya pada ketika itu merupakan seorang pelajara baru.
“Nama saya penuh diconteng di dinding tandas, makmal serta dapat surat ugutan. Sampai cikgu tanya kenapa nama saya penuh dekat meja makmal.
“Saya beritahu saya tak tahu sebab saya tak kenal pun pelajar lain memandangkan budak baru. Mereka tulis nama seperti Faradhiya menggelabah, Farahdhiya bab*, Farahdhiya gedik, Faradhiya poyo dan macam-macam lagi.
“Bila waktu rehat siap kena baling batu, balik dari makmal siap ada surat atas meja ugut macam-macam. Disebabkan saya budak baru, saya senyap dan tahan,” tulis Faradhiya.
Malah dek kerana tidak tahan dengan ugutan Faradhiya terpaksa melawan.
“Banyak kali masa rehat mereka datang dalam kumpulan nak cari fasal, saya memang tunggu sahaja mereka sentuh saya dulu sebab selama ini cuma gertak tapi tak sampai naik tangan.
“Tapi ada satu hari memang impian saya jadi kenyataan. Salah seorang daripada mereka sentuh saya dan saya pun automatik dengan baju kurung yang dipakai mula pukul dan tendang belakang dia.
“Nak dijadikan cerita seorang tergolek, lagi seorang macam nak tolong cucuk saya dengan pen tapi kena dekat tangan saja,” tulis Faradhiya yang turut memberitahu selepas peristiwa itu dirinya tidak lagi menjadi mangsa buli dan pembuli itu sudah dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak sekolah.
Bukan Kaki Pukul Orang
“Selepas kejadian itu, kumpulan lain yang selalu buli saya datang buat baik, ada yang minta maaf dan ada yang minta tolong saya belasahkan orang yang mereka tak puas hati.
“Tapi saya bukan kaki pukul orang, saya hanya lakukan itu untuk melindungi diri sendiri. Lepas daripada itu memang dah tak ada yang berani kacau saya.
“Fasal pergaduhan itulah, masing-masing kena panggil dengan guru besar dan nak kena gantung sekolah. Tak ke bodoh punya kerja,” sambung Faradhiya.
Nasihat Jangan Terjebak Gejala Buli
Pada masa yang sama, Farahdhiya menasihati para pelajar sekolah agar tidak terlibat dalam kes buli.
“Sebab itu adik-adik tak perlu nak berlagak gangster. Mak ayah hantar pergi sekolah untuk timba ilmu, ambil peluang ini untuk buat mereka bangga selain untuk masa depan awak juga.
“Tak ke mana pun perangai kaki buli itu, tak mendatangkan faedah. Jagalah nama baik keluarga. Kita ini hidup bukan seorang diri, kita ada keluarga.
“Jangan kerana perangai awak, mak ayah yang dapat malu nanti. Kasihan mak ayah tak bersalah, penat mereka cari duit jaga awak daripada kecil semata-mata nak tengok awak berjaya,” akhirnya.

View this post on Instagram
Baca Disini : Kes Buli Zara Qairina, Wajah Pelajar Didakwa Terlibat Tular Di Media Sosial Walau Tiada Kesahihan
Sumber : Treads Faradhiya
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI