Keceriaan jelas terpancar di Cat Tiram Shelter apabila lebih 300 ekor kucing peliharaan menerima perhatian istimewa melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan “Purr-fect Care Si Comot by Powercat”.

Faizdickie, Influencer Kucing & Komuniti Bersatu Demi Si Comel Terlindung

Shelter yang diusahakan oleh Tuan Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid ini menjadi lokasi tumpuan pencinta kucing, sukarelawan, serta wakil korporat yang sama-sama berganding bahu demi kesejahteraan si comel berbulu.

Program ini turut mendapat sentuhan mesra daripada pelajar dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang membantu memasang permainan kucing, mengurus logistik, serta menyusun dan mengagihkan stok makanan kucing yang disumbangkan.

Kehadiran Pengurus Besar Cawangan Johor Adabi, Encik Zainuddin Salleh, bersama 10 kakitangan Adabi, menambah semangat gotong-royong. Mereka bukan sahaja hadir memberi sokongan, malah menyediakan sarapan pagi menggunakan produk-produk Adabi, termasuk Kari Sardin Adabi Sandwich, bagi mengisi tenaga semua yang terlibat.

Faizdickie, Influencer Kucing & Komuniti Bersatu Demi Si Comel Terlindung

Ads

Wakil Powercat, Puan Lina, bersama pasukan komitednya memastikan program berjalan lancar dari awal hingga akhir. Suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran pempengaruh media sosial terkenal, Faizdickie, yang turut merakamkan momen istimewa untuk episod khas YouTube Si Comot Powercat.

Faizdickie, Influencer Kucing & Komuniti Bersatu Demi Si Comel Terlindung

Dalam ucapannya, beliau berharap acara sebegini menjadi inspirasi agar lebih ramai pihak tampil membantu shelter kucing yang memerlukan.

Ads

Faizdickie, Influencer Kucing & Komuniti Bersatu Demi Si Comel Terlindung

Menariknya, dua ‘bintang’ kucing popular media sosial, Micheal_Tam_Ticha dan Sorayya the Diva Cat turut menjadi tarikan utama. Gelagat comel mereka mencuri tumpuan, sambil mengundang senyuman para pengunjung dan pencinta kucing.

Bagi Tuan Haji Nor Azhar, pemilik Cat Tiram Shelter, sumbangan ini adalah rahmat besar.

Ads

“Saya sangat berbesar hati Powercat memilih shelter kami. Tiada kata yang dapat menggambarkan selain rasa syukur. Makanan kucing ini sangat membantu meringankan beban kami,” ujarnya.

Faizdickie, Influencer Kucing & Komuniti Bersatu Demi Si Comel Terlindung

Program “Purr-fect Care Si Comot by Powercat” bukan sekadar simbol kasih sayang terhadap haiwan, tetapi juga wadah memperkukuh nilai kemanusiaan dan semangat komuniti—membuktikan bahawa setiap nyawa, termasuk si comel berbulu, layak disantuni dengan penuh cinta.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI