Sejuk hati mak ayah bila tengok anak-anak yang dihantar ke tahfiz itu, baiknya cara mereka layan mak ayah. Jauhnya beza dengan anak sendiri, bukan kata-kata ‘Ahh’ anak luahkan. Kadangkala kasar bahasanya. Demi nak bentuk anak jadi baik, mereka dihantar ke pusat tahfiz. Tanpa mak ayah fahami, apakah kualiti pusat tahfiz yang sepatutnya dipilih untuk anak, bagaimanakah cara pembentukan akhlak anak itu kelak apabila sampai di tangan ustaz.
Dengar nasihat daripada Mufti Perlis, Dr MAZA atau nama sebenarnya Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini. Selepas anda fahami poin-poin ini dengan jelas, tanyakanlah pada diri kenapa mahu hantar anak ke pusat tahfiz yang anda pilih itu. Bukan sekadar ikut-ikutan…
Buat sekian kalinya kita mendengar tragedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas:
SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA: ANTARA KEMURNIAN NIAT DAN PENGURUSAN YANG LEMAH
Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat. Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyiksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibubapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib. Antaranya;
Ibu Bapa Pun Perlu Ada Ilmu Untuk Menilai Masa Depan Yang Diinginkan Untuk Anaknya
Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Namun ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak begitu memahami ataupun memikirkan secara seimbang apakah yang mereka mahu bagi masa depan anak-anak tersebut. Kalangan mereka, disebabkan tidak begitu memahami agama menganggap hanya dengan belajar di sekolah agama maka itu sudah memadai.
Tidaklah mereka faham apa yang dimaksudkan dengan ‘tafaquh’ atau mendalami agama dalam ertikata yang sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menilai walaupun secara umum kedudukan ataupun kualiti sekolah agama yang mereka hantar anak-anak mereka belajar.
Ibu Bapa Perlu Sedar Mempelajari Agama Itu Bukan Sekadar Menghafal
Ibubapa hendaklah sedar, bahawa anak-anak kita membesar dan akan hidup di era ini. Era yang penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan memahami teks dalam konteks yang betul. Justeru itu, pendidikan agama yang baik hendaklah diseimbangkan dengan keperluan cabaran masa kini.
Ads
Demikian, amat penting untuk difahami bahawa menjadi ilmuwan agama bukan sekadar menghafal nas dan bernasyid semata, tetapi hendaklah mampu memahami apa yang dihafal dan dapat menghuraikan makna Islam selaras dengan tuntutan semasa.
Adakah Sekadar Memberi Pengetahuan Asas Agama Semata-mata
Jika hasrat ibubapa itu sekadar memberikan pengetahuan asas agama kepada anak-anak mereka, hendaklah mereka sedar bahawa anak-anak mereka selain dari bersolat dan berzikir, juga perlu hidup seperti manusia lain.
Maka ilmu yang membolehkan mereka mencari rezeki yang halal amatlah diperlukan. Ini sama ada mata pelajaran akademik lain selain mata pelajaran agama, ataupun ilmu kemahiran hidup yang membolehkan penerusan hidup mereka di masa hadapan.
Gelaran Ustaz Bukan Jaminan Maksum
Ibubapa hendaklah tahu bahawa bukan semua yang dipanggil ustaz itu baik kualiti bahasa Arab dan bagus pengetahuan agamanya. Lebih daripada itu, gelaran ustaz bukan jaminan kemaksuman seseorang sehingga kita boleh mempercayai segala yang dia beritahu tanpa penelitian dan siasatan.
Maka, langkah berwaspada untuk masa depan anak-anak kita adalah sesuatu yang dituntut.
Ads
Perlu Tahu Adanya Sekolah Agama Atau Tahfiz Di Bawah Kementerian Pendidikan Yang Diurus Dengan Baik
Terdapat sekolah tahfiz dan agama swasta yang baik , mengikut peraturan dan berkualiti. Ini dapat diukur dengan banyak ciri, antaranya kualiti kelulusan guru-guru yang mengajar, sukatan pelajaran dan persekitaran pembelajaran.
Secara umumnya, sekolah-sekolah agama ataupun tahfiz di bawah Kementerian Pendidikan diurus tadbir dengan baik di sudut kualiti pelajaran.
Kualiti Ustaz Yang Bukan Dibentuk Semangatnya Di Atas Pelbagai Tujuan Peribadi
Namun tidak boleh dinafikan di sana terdapat sekolah agama dan tahfiz diwujudkan tanpa melengkapi keperluan yang sepatutnya. Sebahagiannya hanya kerana semangat ‘ustaz-ustaz’ tertentu yang ingin menubuhkan sekolah sendiri di atas pelbagai tujuan peribadi lalu diwujudkan sekolah mereka sendiri sekalipun tidak memenuhi keperluan pendidikan yang sepatutnya.
Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya gagal dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran.
Ads
Bukan Tenaga Pengajar ‘Bidan Terjun’ Atau ‘Tangkap Muat’
Sekolah-sekolah yang tidak berkualiti itu, bagi menjimatkan kos gaji guru, mereka mengambil sesiapa sahaja yang bersedia mengajar sekalipun bukan bidang berkaitan. Maka tenaga pengajar yang tidak cekap, tidak berpengalaman dan ‘bidan terjun’ ataupun ‘tangkap muat’ mengajar di sekolah-sekolah tersebut.
Individu yang tidak begitu tahu bahasa Inggeris mengajar Bahasa Inggeris, yang tidak mahir matematik mengajar matematik, sains, sejarah dan seterusnya. Sebahagian mereka bekerja ini hanya sementara menunggu peluang pekerjaan lain, maka tahap tanggungjawab juga rendah.
Badan Pentadbiran Sekolah Tahfiz Yang Berstruktur
Terdapat pemilik-pemilik sekolah tahfiz dan agama yang menubuhkan sekolah mereka untuk kepentingan diri mereka. Mereka guna nama tahfiz dan agama untuk mengutip derma dan sumbangan. Wang yang disumbangkan itu, tidak mempunyai jawatankuasa ataupun badan audit ataupun amanah yang mengawal. Akhirnya jika tidak amanat, pemilik tahfiz ini mewah dengan sumbangan orang ramai, sementara sekolah mereka dalam keadaan daif.
Lebih dukacita lagi, ada yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma sehingga kita lihat, anak-anak tahfiz di lebuh raya, kedai makan, pasaraya dan seumpamanya untuk mengutip wang daripada orang ramai.
Dukacita, akhirnya yang menjadi mangsa ialah ibu bapa dan anak-anak muslim yang ingin mencari ilmu agama tetapi tersalah tempat kerana ‘sangkaan’ baik kepada pusat-pusat tahfiz ataupun sekolah agama yang sedang tumbuh bagaikan cendawan ini.
Justeru, bagi menyelamatkan masa depan anak-anak umat Islam, perkara ini hendaklah diteliti dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab.
Adibah Noor mengakui sejak tiga minggu lalu dia telah mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy hingga menyebabkan dia sukar untuk berkata-kata.
Menerusi entri di laman sosial penyanyi, pengacara dan pelakon ini juga dia telah berkongsi fotonya sedang menjalankan rawatan.
Akuinya Bell’s Palsy telah menyerang bahagian muka sebelah kirinya.
Bell’s Palsy, Adibah Noor Jalani Rawatan Fisioterapi
Difahamkan Adibah juga kini sedang menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.
Menerusi luahannya di portal Harian Metro, Adibah dapati bibirnya tidak dapat berkata apa-apa seperti kebiasaan.
“Imbas kembali tiga minggu lalu sebenarnya perkara ini sudah berlaku. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor.
“Jadi saya pun pergi ke set penggambaran dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit,” ungkap Adibah.
Penyanyi ini juga menerangkan sebutan huruf T menjadi terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain.
“Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih sedang bekerja (shooting), jadi saya tak dapat pergi hospital.
“Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar,” sambungnya.
Alhamdulillah Adibah semakin pulih.
Disahkan Alami Bell’s Palsy
Adibah juga terkejut apabila doktor mengesahkan dia mengalami Bell’s Palsy.
“Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri.
“Jadi, sejak tiga mggu lalu, saya setiap hari pergi buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal.
“Sebab alhamdulillah, adalah juga orang panggil shooting. Saya tak nak lah muka senget,” hurainya yang turut memberitahu banyak perubahan yang berlaku selepas menjalani 10 sesi rawatan.
Hampir Sembuh & Semakin Pulih
Difahamkan juga Adibah menambah sesi rawatan dan Insya Allah akan sembuh tidak lama lagi.
“Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walupun ada banyak perubahan.
“Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterap di wajah,” jelas Adibah.
Bukan saja-saja, sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa rambut bayi yang baru lahir perlu dicukur pada hari ketujuh kelahiran. Ia perlu dikumpul, ditimbang dan dianggarkan dengan nilaian emas serta diniatkan untuk disedekahkan kepada fakir miskin.Selain tujuan kebersihan kepala bayi ia merupakan amalan sunnah yang sangatlah elok dilakukan dalam meraikan kelahiran anak yang dinantikan.
Berikut antara perkongsian yang dikongsikan oleh Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh sebagai panduan;
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut babyR ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara Nak Kumpul Rambut Baby Semasa Cukur;
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1. Ambil 1 bekas berisi air suam
2. Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3. Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5. Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6. Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je . Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7. Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Semoga bermanfaat! Kongsikan juga pada yang lain terutama pada mak ayah yang baru menerima kelahiran baby dalam rumah.
Tahniah buat pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor yang baru sahaja menimang cahaya mata pagi tadi.Pelakon utama Cinta Bukan Kristal ini berkongsi berita gembira tersebut, bahawa dirinya kini bergelar ayah pada hari jadinya yang ke-33 menerusi posting terkininya di Instagram.
Dalam perkongsian itu, suami kepada Noor Nabila Mohd Noor,34 itu memuat naik gambar dirinya sedang memangku anak dengan membelakangkan kamera.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Alhamdulillah syukur pada Allah yang maha kuasa.Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami @noornabila .. terima kasih kepada rakan rakan dan sahabat semua atas doa dan ingatan..maaf saya tak mampu balas mesej-mesej semua.Alhamdulillah baby sihat dan mommy pon sihat.#BabyJ”
Menerusi perkongsian yang lain, Sharnaaz turut berkongsi gambar pemberian bunga dan kad ucapan Hari Lahir daripada isteri tersayang. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 ini, meluahkan rasa terima kasih pada isterinya diatas segalanya serta berterima kasih atas ‘hadiah istimewa’ iaitu dirinya menjadi seorang ayah.
“Thank you to my wife my everyting .. and today thank you for ur special gift for me as baba.. I love u always and forever.”
Terdahulu, menerusi majlis Baby Shower yang diadakan sebelum ini, pasangan ini dikhabarkan bakal menimang bayi lelaki.Meskipun belum mengumumkan nama bayi, pasangan ini memberi singkatan #babyJ buat anak mereka.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Selamat Hari Lahir Sharnaaz, selamat bergelar ayah dan semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna, serta menambahkan rezeki serta kebahagiaan buat mereka sekeluarga.