Resipi Aiskrim Vanilla Homemade Gebu & Halus, Senang Buat Mesti Jadi!

Share

Resipi Aiskrim Vanilla Homemade sedap, senang nak buat dan mesti jadi. Jika mak-mak penggemar aiskrim vanilla,boleh buat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah malah memang sedap, tekstur aiskrimnya halus gebu macam kita beli di kedai. Boleh dinikmati dengan roti, letak dalam kon atau dimakan begitu sahaja.

Boleh cuba buat aiskrim vanila homemade seperti yang dikongsikan dalam TikTok Zamaiskrim ini. Memang mudah!

Artikel Menarik: Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!

Bahan-Bahan:

300ml air
2 sudu tepung jagung
300ml susu segar
60gram gula
1 sudu serbuk vanilla
1 sudu Ovelette

Mesti Baca: Aiskrim Asam Boi Bertambah SEDAP, Tambah Perahan Limau Kasturi Sikit!

Cara Membuat:

1.Masukkan air dan tepung jagung ke dalam periuk, kacau sebati.Buka api dan masak sehingga bancuhan jernih.


2.Kemudian, masukkan pula susu dan kacau sebati. kemudian masukkan pula gula.

3.Setelah itu masukkan pula serbuk vanilla.

4.Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku selama 5 jam.

5.Kemudian, keluarkan dari bekas dan hancurkan aiskrim. Setelah itu, masukkan ke dalam ‘mixer’.

6.Masukkan Ovelette dan pukul sampai sebati dan kembang.


7.Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku selama 5 jam.

Siap! Dah boleh dimakan.Boleh letak dalam kon atau cup.

Baca Lagi Di Sini: Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!

@zamaiskrim Aiskrim Vanilla Homemade #fyp #aiskrimvanilla #aiskrimvanillahomemade ♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

Mingguan Wanita: Menariknya boleh buat Aiskrim vanilla homemade di rumah. Cantik pula tu hasil kejadiannya, gebu dan halus. Bahan-bahan pun simple je, boleh buat dengan anak-anak nanti. Puas hati makan.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en


YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

IKLAN