Musim panas dan hujan tidak menentu, serta kurang minum air kosong menyebabkan ramai yang mudah kena penyakit seperti sakit tekak dan ulser mulut. Bila mengalami sakit begini, selain memakan ubat-ubatan yang disarankan doktor, ada cara mudah dan semulajadi untuk meredakannya. Iaitu berkumur dengan air panas bercampur garam, tapi ada caranya.

Jemput baca tip perkongsian oleh Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan;

Berkumur Air Panas Campur Garam, Tip Berkesan Redakan Sakit Tekak, Ulser Mulut & Sakit Gigi!

Ni Air Panas Bercampur Garam.

Dua hari lepas saya gunakan air ni la untuk hilangkan sakit tekak ( sore throat) mak saya. Tak sampai 1 hari dah hilang dah sakit tekaknya.

Siap makan seafood lagi semalam sebab selera makan dah kembali pulih.

Bahan-Bahan:

Segelas Air panas
Setengah Sudu Garam

Caranya Mudah je :

1. Ambil segelas air panas coway tu. Jangan panas sangat. Adjust sampai suam sikit.

IKLAN

2. Campurkan setengah sudu garam.

3. Kacau perlahan.

4. Berkumur sebanyak 3-5 kali. Bukan berkumur biasa tapi gargle, iaitu berkumur dengan mendongak ke atas.

5. Sebaiknya berkumur sebanyak 4 kali sehari.

6. Tertelan sikit sikit air garam tu takpe sebab air garam tu ada efek hydration untuk tubuh yang dah hilang banyak cairan semasa demam.

IKLAN

Berkumur Air Panas Campur Garam, Tip Berkesan Redakan Sakit Tekak, Ulser Mulut & Sakit Gigi!

Kelebihan Berkumur Air Garam:

Berkumur air garam ni bukan cuma untuk sakit tekak ( sore throat ) je. Berkumur air garam ni juga bagus untuk rawat :

+ ulcer/lepuh mulut biasa
+ anak yang ulcer mulut sebab HFMD
+ sakit gigi
+ mencegah Upper Respiratory Tract Infection ( URTI )

Apa pun kumur garam ni bukan ubat atau antiviral tau. Ia cuma memberikan kelegaan ( symptomatic relief ) sementara dan bersifat preventif untuk jangkitan kat area mulut dan tekak tu.

IKLAN

Air garam tu kan bersifat “magnet” kepada air disebabkan ketumpatan garam yang tinggi. Jadi garam ni akan “tarik” air daripada tisu di sekeliling tekak dan mulut tu. Secara tak langsung kuman pun terbasuh sekali.

Cuba la buat kat anak anak yang sakit tekak untuk kembalikan selera makan mereka Cuba la sendiri

P/s : Bagitahu juga kat mak ayah yang belum tahu ye

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Jadi buat mak-mak yang tengah sakit sekak, ulser atau sakit gigi bolehlah cuba cara yang dikongsikan oleh doktor ini untuk meredakannya. Semoga cepat sembuh!

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI