Kasih Seorang Ayah, Kebanggaan Engku Emran Terhadap Engku Aleesya
Engku Emran Engku Zainal Abidin sering berkongsi momen bersama anak kesayangannya, Engku Aleesya, yang kini semakin meningkat remaja. Walaupun rumah tangga Engku Emran dan pelakon terkenal Erra Fazira berakhir pada 2014, komitmen terhadap pendidikan anak perempuan mereka tidak pernah terabai. Malah, sejak 11 tahun persekolahan Aleesya, Engku Emran tidak pernah terlepas menyaksikan setiap perkembangan dan momen penting dalam hidupnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Engku Emran meluahkan rasa syukur melihat Aleesya membesar menjadi seorang gadis yang bukan sahaja bijak, malah berdisiplin dan berjiwa besar. Dalam hantaran itu, beliau menulis dengan penuh kasih sayang, menggambarkan betapa bangganya seorang ayah terhadap pencapaian anak tunggalnya.
Aleesya Pelajar Kolej, Penulis Muda Dan Atlet Triathlon
Difahamkan, Aleesya kini merupakan pelajar kolej, penulis muda serta pernah menjadi atlet triathlon seawal usia 16 tahun. Dia juga bercita-cita untuk menjadi pakar kriminologi dan mahu terus menulis buku kanak-kanak agar dapat memberi inspirasi kepada generasi muda.
Sebagai bapa tunggal yang membesarkan anak perempuan, Engku Emran tidak menafikan rasa risau sentiasa ada dalam diri, apatah lagi apabila Aleesya semakin berdikari. Namun, beliau belajar untuk mempercayai kemampuan anaknya.
Ads
“As a single parent I worry for her a lot. But Alhamdulillah, I’m learning to let go of some of them slowly,” tulisnya dengan jujur.
“Always ingat pesan ayah, stay humble, stay grounded,” tulisnya lagi.
Hubungan Erat Bapa dan Anak Raih Pujian Warga Maya
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang terharu melihat hubungan erat antara bapa dan anak ini. Warga maya memuji cara Engku Emran membesarkan anaknya dengan penuh kasih dan bimbingan, menjadikan Aleesya bukan sahaja pintar, tetapi juga rendah diri dan matang dalam usia muda.
Kisah Engku Emran dan Engku Aleesya ini menjadi contoh bahawa kasih sayang serta sokongan ibu bapa walaupun daripada seorang yang bergelar bapa tunggal mampu membentuk anak menjadi insan yang kuat, berdikari dan berjiwa besar. Ia bukan sekadar kisah kejayaan seorang remaja, tetapi juga bukti cinta dan pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah berbelah bahagi.
Ads
Kejayaan Akademik Engku Aleesya
Engku Aleesya juga meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Gadis manis ini berjaya memperoleh gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, manakala subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi masing-masing mendapat gred A.
Latar Belakang Keluarga
Untuk rekod, Erra Fazira dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada Februari 2014.
Bila perhatikan, ramai antara kita yang suka makan di restoran mamak. Malah, rata-rata bila ada temujanji atau lepak dengan kawan-kawan, tempat inilah yang menjadi pilihan.
Kadang-kadang terfikir juga apa istimewanya restoran mamak ini. Mungkin masakannya atau layanan pekerja di restoran itu. Anda saja yang tahu.
Boleh dikatakan restoran mamak yang ada kebanyakan mamak muslim, apatah lagi dengan nama restoran saja membuatkan kita tidak was-was untuk makan di kedai itu.
Walau bagaimanapun, jangan mudah keliru atau terpengaruh dengan nama restoran mamak yang ada, bimbangnya ada yang bukan muslim tetapi beragama hindu.
Seperti perkongsian daripada Afyan Mat Rawi, apa yang dikatakan ini bukanlah entnag isu halal haram tapi isu yang mengelirukan dan menyamar sebagai muslim. Maklum sajalah, restoran mamak ini tentulah meletakkan poster dan tulisan jawi serta ayat Al Quran untuk tarikan pelanggan.
Nak tahu restoran mamak ini Muslim atau tidak boleh ikuti panduan yang diberikan. Moga ia memberi manfaat untuk semua terutamanya pelanggan yang memang suka ke kedai itu.
1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali
Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali. Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim. Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak.
Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain. Jangan risau, ada cara lain.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa
Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”
Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.
Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.
Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.
Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.
Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.
Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara. Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.
Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.
Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.
Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga.
Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;
1. Banyak betul restoran Mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini. 2. Restoran Mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini. 3. Nama restoran Mamak memamg simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya. 4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam. 5. Kebanyakan masa di restoran Mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?
DISCLAIMER: Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran Mamak Muslim.
Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran Mamak palsu. Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus “test” Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya Allah Mamak Muslim.
Wallahua’lam.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang tertanya juga apa istimewanya restoran mamak ini sebab pelanggannya sentiasa ramai.
Hidayah dedah disihir sejak kematian abam hingga kini, anak kecil turut jadi mangsa. Segalanya nampak sempurna namun rupanya dalam diam, Siti Nor Hidayah Mohd Ali menderita disihir sejak kematian suaminya, Abam Bocey.
Menyedihkan, hal disihir ini masih berlarutan hingga kini. Tidak hanya dirinya tapi anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, 4 tahun turut menjadi mangsa sihir tiada kesudahan ini.
Hidayah Dedah Disihir Sejak Kematian Abam Hingga Kini
Pendedahan berani ini dilakukan di akuan Instagram miliknya di mana kata Hidayah, dirinya mencari mana-mana pakar perubatan islam, ustaz atau ustazah atau sesiapa saja yang pandai untuk mengubatinya dan Hamzah.
“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang dayah & hamzah disihir & ganguan mistik sejak arwah suami meninggal. Bberlarutan sehingga kini.
Bahkan Dayah turut menyertakan nombor telefon abangnya sebagai hebahan untuk orang ramai menghubunginya.
Anak kecil turut menjadi mangsa
Tulisnya, mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abg dayah di talian 0133548178 En. Azmir.
Selepas pendedahannya, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa terkejut dan sama sekali tidak menyangka anak kecilnya menjadi mangsa. Bahkan mereka mendoakan agar ada perawat sudi membantu Hidayah dan anaknya, Hamzah segera pulih dari gangguan mistik dan sihir ini.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Majlis kahwin, waktu untuk meraikan pasangan dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan jiran di hari bahagia pengantin baru. Walaupun majlis ringkas dengan jumlah jemputan tak seberapa tapi ia sudah cukup menggembirakan.
Baik tuan rumah atau pengantin, inilah masanya untuk memperkenalkan ahli keluarga baru pada majlis kahwin. Sudah tentu, dalam meraikan sedikit sebanyak ada makan-makan.
Kalau dahulu, di kampung majlis kahwin dibuat secara gotong royong, panggil jiran-jiran untuk sama masak. Masa majlis siap ada penanggah bagai.
Keadaan sekarang mungkin berbeza, majlis kahwin dibuat melalui katering, tuan rumah hanya menempah makanan mengikut jumlah jemputan yang hadir untuk elak pembaziran.
Waima melalui katering atau bergotong royong, mesti ada suara-suara yang makanan yang disediakan tidak cukup sedangkan tetamu ada yang baru datang. Begitulah yang sering diperkatakan.
Jangan tak tahu, mungkin keadaan ini disebabkan juga oleh geng pencuri lauk (GPL). Kenapa berlaku sebegini. Secara jujurnya, ia sekadar nasihat daripada Hayat Muhamad ini untuk mereka yang termasuk dalam GPL ini. Moga bermanfaat.
Kenduri kahwin benda paling risau ialah geng pencuri lauk ( GPL ).
Modus operandi GPL ada dua:
1. Siap bawa bekas dari rumah. Tengah orang kelam kabut dia cedok lauk. Dia bungkus untuk cukup dalam 10 orang makan. Lepas tu, dia balik dulu hantar “curian”. Kemudian, dia datang balik melawa kemudian makan macam biasa.
2. Kedua dia bawa plastik @ supik rokrak. Geng supik ni dia datang awal. Bila lauk masak je, diorang serang. Kalau plastik diorang besar, mungkin cukup untuk 10 orang makan jugak.
Kemudian dia blah macam biasa.
Kalau budget tuan rumah 1000 orang, akan jadi tak cukup.
Kalau GPL ni ada 50 orang dan ambik untuk budget 10 orang makan, Budget untuk 500 orang makan dah berkurang.
Pernah berlaku majlis kahwin tak cukup hidangan sebab dapur tak dikawal rapi. GPL berleluasa.
Tuan Rumah Tanggung Malu
Tuan rumah terpaksa tampung dengan laksa. Tuan rumah malu seumur hidup. Pengantin kecewa sepanjang hayat.
Kalau ada keluarga jadi ahli GPL ni, tolonglah ingatkan. Bukan sedikit majlis yang rosak kerana diorang ni.
Kalau di akhir majlis, lauk tak habis, lain ceritalah.
Dengan perkongsian ini, harapan GPL insaf dapat menyelamatkan majlis kahwin orang yang akan datang.
GPL insaflah.
Mingguan Wanita : Kalau dah habis majlis ada lauk yang lebih tiada masalah pun. Boleh bahagi-bahagi.