Dengue dump! 26 hingga 30 Mei 2025 menjadi antara detik yang paling mendebarkan buat Engku Emran Engku Zainal Abidin apabila anaknya, Engku Aleesya, disahkan menghidap denggi sehari sebelum kertas terakhir peperiksaan IGCSE. Kisah penuh semangat ini dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagram, mencerminkan ketabahan dan kasih sayang seorang bapa yang luar biasa.
Anak Disahkan Denggi Sehari Sebelum Peperiksaan Akhir IGCSE
Menurut perkongsian tersebut, suhu badan Engku Aleesya sangat tinggi sehingga doktor menasihatkan agar dia segera ditahan di wad bagi pemantauan lanjut. Namun, dalam keadaan cemas dan risau, keputusan sukar perlu dibuat sama ada berehat di hospital atau meneruskan peperiksaan terakhir yang bakal menentukan pencapaiannya dalam IGCSE.
“Saya dan Aleesya berbincang dan kami rasa dia perlu habiskan kertas akhir itu. Saya hubungi pihak sekolah dan doktor, malah perlu tandatangan surat tanggung sendiri risiko, dengan janji akan terus bawa dia ke hospital selepas peperiksaan tamat,” tulis Engku Emran yang menunjukkan kecekalan dan kebimbangan seorang bapa dalam membuat keputusan penting itu.
Persediaan Kemas Sebelum Hari Peperiksaan
Bagi memastikan keselamatan anaknya terjamin, beliau turut menghubungi guru kelas malam sebelumnya untuk menyediakan bilik khas bersupervisi agar Engku Aleesya dapat berehat jika pening atau sakit kepala menyerang. Malah, terdapat sofa disediakan untuk membolehkannya mengambil rehat singkat sekiranya keadaan kesihatan menjadi tidak menentu.
“Saya berdoa sungguh-sungguh supaya Allah permudahkan urusannya, dan saya bersiap sedia untuk bawa dia ke hospital jika keadaan jadi lebih teruk,” kongsinya lagi, menggambarkan detik penuh emosi dan kebimbangan seorang bapa yang hanya mampu berserah dan berharap anaknya kuat menghadapi ujian tersebut.
Ads
Doa Dan Ketabahan Seorang Bapa
Ketika Engku Aleesya berada di dalam dewan peperiksaan, beliau menunggu dengan penuh sabar di luar, berdoa tanpa henti agar anaknya diberikan kekuatan. Dalam masa yang sama, beliau bersiap siaga untuk membawa Aleesya ke hospital sekiranya keadaan kesihatannya merosot.
Menurut Engku Emran, waktu itu adalah antara saat paling mendebarkan, namun beliau yakin bahawa doa dan semangat anaknya akan menjadi kekuatan utama untuk menghadapi cabaran tersebut.
Ads
Berjaya Tamatkan Peperiksaan Dengan Senyuman
Alhamdulillah, selepas beberapa jam yang penuh debaran, Engku Aleesya keluar dari bilik peperiksaan dengan senyuman, menunjukkan rasa lega dan bangga setelah berjaya menamatkan peperiksaan akhir IGCSE walaupun dalam keadaan lemah akibat denggi. Dalam perjalanan ke hospital, beliau sempat berpesan kepada anaknya agar mengingati hari itu sebagai simbol kekuatan dan keberanian apabila berdepan cabaran pada masa hadapan.
“Definitely a silent fighter this one,” tulisnya dengan penuh bangga, menggambarkan betapa kuat semangat anaknya yang tidak mudah menyerah walaupun diuji kesakitan.
Kisah Inspirasi Buat Semua
Kisah Engku Aleesya bukan sekadar sebuah pengalaman peribadi, tetapi juga inspirasi kepada ramai ibu bapa tentang pentingnya semangat juang, kasih sayang, dan sokongan keluarga dalam menghadapi dugaan hidup. Dalam dunia yang penuh cabaran, keberanian seperti ini menjadi pengingat bahawa kejayaan sebenar bukan hanya pada keputusan peperiksaan, tetapi pada kekuatan hati untuk tidak mengalah walau diuji.
Ads
Kisah ini membuktikan bahawa dengan doa, keteguhan hati, dan sokongan keluarga, seseorang mampu menempuh apa jua cabaran. Engku Aleesya benar-benar melambangkan semangat seorang pejuang muda yang tabah dan berani menghadapi kesakitan demi mencapai impiannya.
Kes Zara Qairina: Bapa nafi anak terlibat, sudah berhenti sejak awal tahun. Keluarga kepada seorang pelajar yang gambarnya tular di media sosial kerana dikaitkan dengan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menegaskan anaknya tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Kes Zara Qairina: Bapa Nafi Anak Terlibat, Sudah Berhenti Sejak Awal Tahun
Menurut kenyataan dipercayai dimuat naik oleh bapa pelajar berkenaan di Facebook, anaknya telah meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar sejak awal tahun ini.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut berkongsi salinan laporan polis dan sijil pemberhentian sekolah sebagai bukti bahawa anaknya meninggalkan sekolah berkenaan selepas menerima tawaran melanjutkan pengajian di sebuah kolej vokasional.
Bapa pelajar itu menjelaskan anaknya hanya menuntut di sekolah tersebut dari tahun 2022 hingga 2024, dan pada waktu insiden yang membabitkan Zara Qairina berlaku, anaknya sudah pun tidak bersekolah di situ.
Beliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lahad Datu pada Jumaat lalu bagi menolak dakwaan yang tular dalam bentuk video dan gambar, selain bimbang akan keselamatan keluarga.
Sungguh malang tidak berbau. Siapa sangka anak yang sihat diwaktu pagi sewaktu dihantar ke rumah pengasuh, akhirnya ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa.
Tersedak Susu
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan didakwa tersedak susu ketika dijaga pengasuhnya sebelum disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, semalam.
Menurut ibu mangsa dikenali sebagai Zaidah, 35, dia menghantar anak sulungnya itu ke rumah pengasuh di Ayer Molek kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepadanya pada pukul 11 pagi.
“Saya biasa hantar anak pukul 7.30 pagi dan ambilnya pada pukul 5 petang, semalam tiba-tiba pukul 11 pagi pengasuh hubungi beritahu anak saya sudah kebiruan dan tidak sedarkan diri mungkin akibat tersedak susu.
“Saya memintanya membawa anak ke Klinik Kesihatan berhampiran kerana khuatir saya lambat sampai ke rumahnya susulan saya kerja di Sungai Udang, manakala suami pula di Pulau Gadong,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Lubok China, di sini, lewat malam tadi.
Pengasuh Diperkenalkan Rakan
Jelasnya, bayinya itu bagaimanapun dimaklumkan pengasuh telah dibawa oleh pasukan kesihatan ke Hospital Melaka untuk diberikan rawatan.
“Saya terus ke Hospital Melaka dan diberitahu anak telah meninggal dunia, namun punca kematian masih belum diketahui susulan laporan bedah siasat sedang dilengkapkan.
“Saya hantar anaknya ke pengasuh berkenaan sejak hujung tahun lalu selepas diperkenalkan rakan,” ujarnya.
Sementara itu, bapa mangsa yang enggan dikenali memberitahu, meskipun dia dan isteri masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun keluarganya reda dengan kehilangan tersebut.
“Saya tidak mahu cakap apa-apa, tak mahu menyalahkan mana-mana pihak, apa-apa pun kita tunggu sahajalah keputusan bedah siasat dan siasatan pihak polis,” katanya ringkas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian tersebut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga bayi ini. Semoga menjadi pengajaran buat pengasuh yang lain supaya lebih berhati-hati apabila mengasuh anak asuhan.
Perjalanan ibu menghantar anak ke sekolah berakhir tragedi, dua anak parah kenderaan bertembung Axia. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
Rutin seorang ibu yang juga suri rumah menghantar anak-anak ke sekolah berakhir tragedi selepas kenderaan Viva dinaikinya bertembung dengan Axia yang hilang kawalan. Dalam kejadian menyedihkan ini, Nor Hayati meninggal di lokasi kemalangan dan dua dari empat anaknya mengalami kecederaan parah sementara dua lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Renggam.
Perjalanan Ibu Menghantar Anak Ke Sekolah Berakhir Tragedi
Memetik laporan Harian Metro, seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar empat anaknya ke sekolah maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa dikenali sebagai Nor Hayati, 45 yang juga seorang suri rumah maut akibat parah di dada dan kaki dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu.
Katanya, manakala anaknya, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang duduk di tempat duduk hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, di tempat duduk belakang, parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
Perodua Viva dinaiki remuk dan mengorbankan Nor Hayati di lokasi kemalangan sementara dua dari anaknya parah dan dua lagi menerima rawatan di klinik kesihatan. Gambar Bomba Renggam
Dua Anak Parah Kenderaan Bertembung Axia
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari Simpang Renggam menghala Air Hitam bertembung dengan Perodua Axia yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan.
“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya, Muhammad Asyraff Putra mengalami pendarahan dalam kepala, perut dan patah tangan kiri manakala abangnya, Muhammad Azzam Putra, disyaki alami pendarahan dalam kepala dan patah peha kiri,” katanya ketika dihubungi.
Bahrin berkata, dua lagi anak Nor Hayati, Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki kiri manakala Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala, kaki kiri dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Axia turut cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.