Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau. Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.

Elakkan Kulit Terdedah Kepada Cahaya Matahari, Rawatlah Dengan Bahan Alami

Tip Elak Sunburn

Scrub Tiga Bahan Rahsia Wajah Flawless & Glass Skin

Tepek Skrub Gula 3 Bahan, Lepas 5 Minit Mujarab Cerahkan Kulit Sunburn

IKLAN
  1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk yang maksimum.
  2. Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
  3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkan pakaian berwarna gelap.
  4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau paying.
  5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah kararak.
  6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.

Elakkan Kulit Terdedah Kepada Cahaya Matahari, Rawatlah Dengan Bahan Alami

Bahan Alami Bantu Rawat Sunburn

Mayonis

IKLAN

Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

Elakkan Kulit Terdedah Kepada Cahaya Matahari, Rawatlah Dengan Bahan Alami

IKLAN

Elakkan Kulit Terdedah Kepada Cahaya Matahari, Rawatlah Dengan Bahan Alami

Tembikai
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

Daun Lidah Buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI