Elak Rumah Runtuh Hujan Lebat, Bina Benteng Sementara Guna 20,000 Baju Terpakai! Pelbagai cara kreatif dan persiapan awal boleh dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir, musim tengkujuh yang diramalkan bermula pertengahan November ini.
20,000 Baju Terpakai Dijadikan Benteng
Seorang petani menggunakan kira-kira 20,000 helai pakaian terpakai atau bundle untuk dijadikan benteng sementara bagi menahan hakisan tebing di kawasan binaan konkrit di belakang rumahnya di Kampung Kok Keli 2, di sini sejak empat bulan lalu.
Ismail Ibrahim, 38, mengambil inisiatif itu selepas sebuah bangsal yang dibinanya pada tahun lalu untuk penduduk kampung belajar mengaji al-Quran runtuh apabila berlaku kejadian hakisan tanah Jun lalu.
Penahan Hakisan Tanah
Menurutnya, idea untuk menggunakan pakaian itu sebagai penahan hakisan tercetus selepas mendapati, tekstur kain akan mampat ke dalam tanah apabila terkena limpahan air Sungai Selehong sekiranya berlaku hujan lebat.
“Saya memperoleh baju-baju terpakai itu dari dua buah kedai bundle di Kampung Morak dan Wakaf Bharu di sini secara percuma. Saya hanya membayar kos penghantaran untuk membawanya ke rumah.
“Dua buah kedai itu sudah tidak mahu menjual pakaian-pakaian tersebut. Jadi, saya mengambil peluang itu dan menggunakannya sebagai benteng penahan tanah yang terhakis di belakang rumah agar runtuhannya tidak bertambah teruk buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Ads
Menurut Ismail, dia sebelum itu membuat tebing konkrit untuk menyokong kawasan tanah bagi membina bangsal mengaji al-Quran menggunakan wang simpanan hasil jualan padi dan haiwan ternakan sebanyak RM30,000.
Bagaimanapun, katanya, tebing tersebut runtuh apabila kawasan tanah terhakis semasa hujan lebat beberapa bulan lalu.
Kejadian Hakisan Tanah Kali Kedua
Ujarnya, ia merupakan kejadian hakisan tanah kali kedua yang berlaku di kawasan itu sejak 14 tahun tinggal di situ selepas bah besar pada 2014.
“Saya pernah menggunakan tayar kenderaan terbuang sebagai benteng sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan pakaian bundle sebagai penahan yang mampu memampatkan tanah.
“Benteng penahan ini digunakan buat sementara waktu sebelum musim tengkujuh melanda.
Ads
“Saya bersyukur apabila kerajaan melalui JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah meluluskan projek pembinaan benteng sejauh 60 meter di belakang rumah baru-baru ini,” katanya.
Katanya, kerja-kerja pembinaan benteng sudah bermula sejak Ahad lalu dan dijangka siap dalam masa terdekat.
Ujarnya, pembinaan benteng itu dapat mengelakkan rumahnya daripada runtuh jika berlaku limpahan air sungai akibat hujan lebat selepas ini.
Mingguan Wanita: Menarik idea bina benteng hakisan sementara ini guna baju terpakai. Apa pun ia sebagai ikhtiar persediaan dalam mengurangkan kerosakan yang mungkin dialami setiap tahun. Semoga dipermudahkan urusan buat mereka yang bakal menghadapi musim banjir nanti.
Pengantin terima berlapis-lapis kalungan duit, netizen kata “macam tu saja tabur dividen ASB. Bagi yang menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejak semalam pasti sudah menerima berita gembira kerana duit dividen sudah dimasukkan ke akaun masing-masing.
Pengantin Terima Berlapis-Lapis Kalungan Duit
Namun apa yang menariknya, dividen ASB yang diterima sejak semalam menjadi bahan usikan segelintir netizen yang mengaitkan sepasang pengantin (dipercayai dari seberang) yang mana dalam adat mereka, pengantin yang bersanding akan ditaburkan duit selain menerima berlapis-lapis kalungan duit.
Dapat dilihat baik mempelai lelaki dan wanita, kedua-duanya menerima kalungan duit bernilai RM50 termasuk RM5 dan setiap tetamu yang datang akan mengalungkan kedua mempelai dengan kalungan duit.
Netizen Kata ”Macam Tu Saja Tabur Dividen ASB…”
Tidak pasti, kejadian ini berlaku di negeri mana tetapi berdasarkan pembacaan memberi kalungan duit kepada pengantin banyak diamalkan oleh masyarakat Madura. Ia seakan satu tradisi memberi hadiah kepada pengantin. Boleh di seumpamakan seperti kita memberi sampul kepada keluarga pengantin namun tradisi ini agak unik kerana ia dikalungkan ke leher pengantin sendiri.
Tak hairanlah netizen mengusik “habis begitu saja duit ASB…termasuk ada yang ingin bersanding sekali lagi.
“Hari suami meninggal, baru tahu saya isteri kedua. Selama ini hari-hari suami ada di rumah kecuali dia selalu out station. Sampailah hari dia meninggal di rumah saya dan ada perempuan jatuh di tangga (iaitu isteri pertama) menangis-nangis.
Lihat video penuh di Youtube & Facebook Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masih belum terlambat untuk mengucapkan salam takziah buat selebriti Linda Rafar dan Diana Rafar atas kematian ibunya, Rasimah Abd Rahman di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.50 malam, pada hari Jumaat lepas.
Mak Linda Dah Pergi
Arwah yang berumur 74 tahun, meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah. Dan beberapa jam sebelum kematian ibunya, Linda berkongsi kisah Allahyarham berada di rumah pada sebelah pagi namun dimasukkan ke hospital semula pada waktu malam kerana kesihatannya merosot.
Al-Fatihah.. Ya Allah.. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya.. Muliakanlah tempatnya.. Luaskanlah.. Terangilah.. Dan Harumkanlah persemadiannya.. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.. Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya.. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.. Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api neraka.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMasukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH… ~ Aamiin ya robbal alaamiin ~
Si ibu yang berusia 74 tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir dan Linda memohon agar Allah mengampuni dosanya dan jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal ibunya itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Esok bermulanya bulan puasa yang cukup dinantikan kehadirannya. Setiap kali waktu berbuka, selain juadah makanan yang lazat, minuman yang sedap juga turut mendapat perhatian untuk disediakan setelah seharian menjalani ibadah berpuasa ini. Jika mak-mak inginkan minuman yang sejuk, berlemak, manis dan kaya dengan pelbagai khasiat buah-buahan,boleh lah mencuba resipi air viral ‘Dragon Mix Fruits’ yang merupakan kegemaran keluarga Nur Yushanun Yusof ini.
Berikut antara perkongsian resipi minuman ini;
“Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya, kalau time berbuka memang berebut kami adik beradik.Senang jer resepinya.”
Dragon Mix Fruits
Bahan-Bahan:
Buah Naga Merah
Buah Mangga Masak
Anggur Manis
Laici tin (sekali air)
Susu Pekat Manis
Air masak
Ais batu
Cara Membuat:
1. Potong dadu semua buah-buahan tersebut.
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kemudian masukkan ais batu.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.