Setiap orang memiliki impian dan cita-cita sama ada untuk berjaya dalam karier, mengumpul harta atau menjelajah dunia. Sebaiknya setiap daripada kita harus bijak menyeimbangkan antara keutamaan duniawi dan juga akhirat agar hidup kita diredhai Allah selalu.
Kisah kali ini berkisar tentang seorang bapa yang angkuh dengan kemewahan yang diperolehinya selama hidupnya. Menurut anaknya, Zaim, ayahnya merupakan kontraktor berjaya di utara tanah air. Tidak dinafikan sejak kecil Zaim sendiri dilambakkan dengan kesenangan, setiap permintaan anak-anak pasti ditunaikan.
Ayahnya sangat disenangi anak-anak kerana jarang memarahi anak-anak dan pemurah dalam membeli jiwa anak-anak. Keempat-empat anaknya juga berjaya dalam bidang akademik dan kesemuanya lulusan universiti. Satu kekurangan bapa Zaim ialah dirinya tidak mahu menunaikan perintah agama.
Bukan hanya tidak mahu mendirikan solat yang merupakan tiang agama, malahan dia tidak menunaikan kewajipannya untuk berpuasa, apatah lagi membayar zakat. Ketika masih mentah, Zaim tidak nampak kekurangan ayahnya daripada mata kasar.
Setelah makin meningkat usia, Zaim mula belajar agama di sekolah dan ustaz-ustaz, membuatkan dia sedar bahawa betapa jauh bapanya dari agama Islam. Zaim cuba menasihati bapanya secara halus dengan langkah mengajak ayahnya menunaikan umrah.
Tetapi hampa, bapanya sekeras-kerasnya menolak permintaan Zaim dan membuat keputusan untuk membawa keluarganya bercuti ke luar negara sahaja. Ayahnya makin menjadi-jadi apabila kematian ibu. Ayahnya seolah-olah hilang malu apabila bercinta dengan wanita yang terlalu muda.
Ads
Hilang Punca
Akibat terlalu cintakan wanita yang hanya mahukan wang dan harta ayah, mereka berdua ditangkap khalwat di sebuah hotel mewah. Sebagai anak, Zaim merasa malu dan mula mencari alternatif lain untuk mengubah bapanya.
Akhirnya Zaim berjumpa imam masjid di kawasan perumahannya dan meminta dia bersemuka dengan ayah. Tetapi malangnya imam itu diherdik dan dihalau bapa Zaim kerana mencampuri urusannya.
Paling menggusarkan hati Zaim apabila ayahnya mempersendakan kehidupan imam yang hidup sederhana biar pun menjaga solat lima waktu serta taat dengan setiap perintah agama. Bagi ayah Zaim, sepatutnya orang yang alim hidupnya senang bukannya susah.
Ads
Walhal, dirinya dengan bongkak mengakui bahawa tidak pernah solat sepanjang hidup, apatah lagi menunaikan zakat dan bersedekah, tetapi Allah tetap kurniakan kemewahan dan kesenangan yang tidak berbelah bahagi di dunia.
Balasan Sekelip Mata
Siapa sangka tidak lama selepas bapa Zaim memaki imam, dirinya tiba-tiba diserang strok. Sepanjang dia sakit, dia langsung tidak mahu bertemu anak-anak. Dia lebih rela tinggal bersama isteri mudanya daripada dijaga anak-anak.
Ads
Selaku anak sulung, hati Zaim dilanda resah apabila tidak mengetahui tentang perkembangan kesihatan ayahnya. Setelah berbincang bersama adik-adiknya mereka ingin ke rumah isteri muda ayahnya dan akan membawa balik bapa mereka.
Setibanya mereka di sana, amat mengejutkan apabila mereka mencium bau yang amat busuk. Setelah berkali-kali memberi salam tidak menjawab, mereka cuba memecah pintu dan bau yang busuk itu datang daripada dalam rumah.
Lebih menyedihkan apabila mereka melihat jenazah ayah mereka yang mulai membusuk dan berulat berada di dalam bilik tidur utama. Rupa-rupanya ibu muda meninggalkan bapa sendirian dan tidak sedar bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Ternyata kekhilafan bapa Zaim membuatkan pengakhiran hidupnya amat menyedihkan. Bayangkan tidak ramai jemaah yang ingin turut serta ketika solat sunat jenazah ditunaikan akibat tak tertahan bau busuk. Zaim sendiri hampir termuntah, namun ditahan kerana inilah penghormatan terakhir buat ayahnya.
Oleh itu sebagai hamba-Nya, kita harus ingat kekayaan dan kemewahan tidak menjanjikan apa-apa di mata Allah. Sebaliknya amal soleh yang menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila tiba Ramadan, hati cukup seronok dan sambut dengan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk berpuasa di bulan yang penuh keberkatan.
Inilah dinanti-nantikan setiap tahun, sambut penuh kesyukuran walaupun pelagai dugaan dan cubaan yang melanda kita semua. Harus lalui kerana inilah yang membuatkan kita sentiasa dalam keadaan bersyukur dengan apa yuang dianugerahkan olehNya.
Bukan saja sambut penuh kesyukuran dan dapat beribadat tetapi jangan dilupa tentang amalan lain yang perlu kita terapkan dalam diri kita terutamanya perkara kebaikan yang perlu diberikan pada keluarga, adik beradik dan sesama insan.
Apa yang penting, perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad boleh dijadikan panduan kita bersama dala menyambut bulan Ramadan.
Sedikit perkongsian untuk beri hati kita gembira, Allah akan beri anugerah kebahagiaan hati ini apabila kita buat 2 perkara ini:
1. Beri hadiah untuk persiapan berbuka dan sahur kepada emak ayah dan adik beradik. Beri sahaja lebih awal. Kurma, beras, atau apa sahaja. Hadiahkan kepada keluarga tersayang. Beri juga kepada team dan saudara rapat kalian. Beri ikut kemampuan kalian.
2. Beri kelengkapan nak bertarawih. Kain pelikat ke, telekung ke atau apa sahaja. Juga beri kepada yang paling kita rapat, paling kita sayang, emak ayah, adik beradik, pasangan, anak-anak.
Kawan-kawan,
Kita sambutbulan rahmat dan kasih sayang. Bulan yang dinanti bulan yang dirai dan diharap banyaknya semai-semai benih untuk jadi pokok subur di syurga nanti.
Kita mulakan dengan penuh kebaikan. Menyambut dengan penuh kesyukuran.
Orang bersyukur, dia memberi, dia berkongsi dan dia sentiasa menghulur kepada yang dikasihi.
Mula terus hari ini jom. Bismillah.
Begitulah.
MW: Bulan dinanti, walaupun bulan lain beri tapi untuk Ramadan mugnkin lebih istimewa sedikti untuk hulur dan kongsi dengan orang yang kita kasihi.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Betapa konsep rezeki itu luas pengertiannya.Ramai yang terlepas pandang hakikat setiap rezeki yang diberikan itu datang daripadaNya sehinggakan tidak sedar tuhan dipersalahkan.Tuhan memberikan rezeki pada setiap hambaNya dalam pelbagai perkara. Apa yang penting bersyukurlah seadanya dan jangan sesekali merungut pada rezeki yang diberikan.
Sila hadam perkongsian daripada Abd Ghani Haron sebagai renungan kita bersama.
Tidak Sedar Tuhan Dipersalahkan
Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang.Saya cuma minum sahaja.Saya lihat tray buffet kekurangan lauk.Ketika minum di meja, seorang yang mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya. “Tak makan ka?”Dia menegur. “Tidak,saya masih kenyang”Balas saya. “Tak ada lauk dah.Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup.Malu pada orang,tinggal kuah saja..”Dia merungut.
“Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah, Allah yang menentukan apa yang kita dapat makan.Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan,maka tiada rezekilah tu.Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang untuk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan, maka tak cukuplah.Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada meskipun sekadar kuah dan nasi.Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yang lebih utama”
Dia terdiam,merah padam mukanya.
Hakikat Rezeki Ditangan Tuhan
Saya nak mengajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ditangan tuhan.Jika pergi kenduri,apa yang tersedia itu rezeki kita, sedap ke tidak, berkenan ke tidak, tinggal kuah dan nasi saja ke, itulah rezeki kita.
Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut, kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yang mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kepada ketentuan Allah.Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga, apa yang ada itulah rezeki kita.
Jika balik rumah,dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah untuk ikan tamban kering)dengan sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita.Jangan diherdik isteri yang memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jadi hangit,periok terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.
Berlapang Dada & Bersyukurlah Seadanya
Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan.Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri.Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan,bersyukurlah dengan apa yang ada.Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai.
Sabda nabi yang bermaksud janganlah mengeji makanan, makan apa yang kita suka,tinggalkan yang tidak suka.Apa yang tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita.Kalau tak elok pada mata kita,tak sedap pada lidah kita,tinggalkan dan jangan merungut kerana anda mungkin merungut pada rezeki yang Allah beri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi pesanan buat kita agar menghargai dan mensyukuri setiap rezeki yang diberikan.
Perkongsian menarik dari saudara Ayman Rashdan Wong ini banyak maknanya. Kesibukkan dengan urusan harian ada kalanya membuatkan kita lupa memperbaiki dan menjaga amalan kita selaku hambaNya. Lanjutan PKP ke fasa tiga sehingga 28 April ini secara tak langsung kita bakal berpuasa ketika tempoh PKP. Sedar atau tidak, ini ‘jentikan’ halus yang Allah SWT berikan untuk seluruh umatnya memperbaiki diri dan meningkatkan amal serta taqwa.
Hikmah disebalik PKP time Ramadan ialah kita akhirnya dapat menghayati erti Ramadan yang sebenar.
Tak ada fikir malam nak makan menu apa, Syawal nak pakai baju apa atau nak balik kampung siapa. Tak ada lepak malam-malam lepas moreh sampai 3 pagi bangun terlajak sahur.
Ramadan sepatutnya time untuk ‘self-reflection’, dan self-reflection adalah lebih berkesan kalau kita menyendiri (solitude).
Nabi Yunus (Jonah) bertaubat apabila terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Rasulullah menerima wahyu ketika bertafakur bersendirian di gua Hira. Kita lebih mudah untuk sedar dosa pahala kita dan ‘reconnect’ dengan Sang Pencipta kalau kita bebas daripada gangguan luaran, termasuk orang di sekeliling kita.
Sebab itu kalau kita baca sirah Rasulullah, kisah Sahabat atau alim ulamak, mereka mengamalkan ‘uzlah’ (mengasingkan diri) apabila masuk Ramadan. Beribadah setiap masa sepanjang sebulan. Sebab fokus bulan Ramadan adalah memperbaiki jiwa, bukan melayan nafsu fizikal.
Of course kita bukan alim ulamak, kita ada budaya sendiri, ada hubungan manusia yang kena dijaga. Tapi kita dah sampai satu tahap yang sangat berlebihan (excess) sehingga menyimpang dari makna Ramadan itu sendiri.
Bazar Ramadan. Membeli melebihi keperluan satu hal, then kekadang tak tau kenapa peniaga dan pelanggan boleh bergaduh sampai terpekik-pekik. Dah lah sesak. Habis kurus pahala.
Lepas beli makanan tu duduk seisi keluarga, sahabat, taulan tunggu masuk waktu Maghrib. Berapa ramai di waktu ni sempat membaca Quran atau berzikir? Atau niat kita dah jadi tunggu nak buka bungkusan makanan semata-mata?
Kadang-kadang berbuka puasa kita melebihkan nafsu daripada mengisinya dengan perkara yang mendatangkan pahala
Buffet Ramadan. Makan tak habis satu hal, makan pula sampai perut pecah, tak sempat Isyak dan Tarawih. Kenyang punya pasal esok hari Subuh gajah.
Ramadan sepatutnya time untuk berdisiplin, kurangkan makanan fizikal dan banyakkan makanan spiritual, tapi kapitalis pemilik hotel mewah trick kita untuk jadi lebih rakus berbanding bulan-bulan biasa.
Tarawih tak ikhlas. Boleh buat di rumah, tapi nak juga pergi masjid besar sebab nak rasa “gah” bersolat di belakang imam ternama. Kalau imarahkan masjid setempat tak per lagi. Instafemes pergi tarawih sebab nak ambil peluang show off pakai telekung dan jubah mahal, sambil menunjuk-nunjuk diri beribadah.
Kali ini kita berterawih dan berjemaah di rumah sahaja. Suasana baru dan ilmu baru.
Hari-hari terakhir Ramadan lagi lah, dah tak ada rupa Ramadan. Sibuk buat persiapan balik kampung. Shopping baju raya. Shopping kuih raya. Jalan jam sampai 3 pagi. 10 malam terakhir disia-siakan akibat benda-benda materialistik.
Jadi ambil lah peluang PKP ni untuk back to basic. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah apatah lagi di bulan Ramadan: makan secara minima, solat on time, tidur awal bangun awal, keep on membaca Quran dan berzikir sampailah azan Maghrib.
Sesungguhnya COVID adalah ‘reset’ button untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.