“Dulu pandai, lepas kahwin jadi surirumah.’ Jangan perlekehkan, kita tak tahu jalan hidup orang, apa yang dilaluinya selama ini.
Sesunguhnya jangan memandang rendah hidup orang lain, dulu pandai sekarang jaga anak atau dulu cantik sekarang gemuk. Pasti setiap mereka ada alasan sendiri. Tidak perlu kita memandang rendah.
Jangan menghukum orang tanpa usul periksa, pasti setiap jalan hidup orang dengan kita tak akan sama. Hiduplah membumi tanpa memandang serong pada orang.
Dulu Pandai
Kongsi Syahirah Omar, “Waktu memandu tadi sempat dengar DJ (deejay) radio bercakap mengenai topik “dulu lain, sekarang lain”.
Entah kenapa saya rasa kurang senang dengan topik ni. Kerana perbincangan mereka lebih negatif dari positif.
Jadi salah seorang Dj ni pun ceritalah, waktu sekolah dulu ada kawan sekolah dia cantik betul. Memang antara yang cantik lah.
Baru-baru ini Dj tadi singgah stesen minyak. Waktu nak bayar, staff di kaunter tu tegurlah Dj tadi sebab kenal. Jadi Dj ni terkedu lah sebab nama macam kenal, tapi kenapa rupa sudah lain. Badan dah berisi, kerja pun di stesen minyak katanya.
Kemudian salah seorang Dj lagi pun turut kongsi dengan pendengar pengalaman beliau. Waktu sekolah dulu ada ketua pengawas pandai sangat. Tapi bila jumpa baru-baru ni Dj tadi tanyalah kerja apa.
Dj tu pun cakap kawan dia yang dia sangka mungkin jadi CEO rupanya cuma eksekutif biasa.
Saya sabar lagi.
Kemudian ada pemanggil pertama telefon.
Pemanggil tu pun cerita.
Dulu waktu sekolah dia tak pandai. Orang yang pandai ejek, result teruk boleh kerja tukang cuci saja.
Dia pun cakap bila dia jumpa orang yang ejek tadi, tak kerja pun sekarang surirumah saja. Yelah sebab anak ramai katanya.
Ads
Jangan Perlekehkan
Dia bangga sekarang jadi jadi cikgu.
Saya terus matikan radio. Saya rasa tak patut betul topik begini dibincangkan ke arah negatif.
Kita takkan pernah tahu apa orang lain lalui. Setiap dari kita ujian lansung tak sama.
Kalau dulu orang tu cantik, sekarang dia gemuk mungkin dia sebenarnya seorang ibu yang baru saja melahirkan dan masih menyusukan anak.
Kita Tak Tahu
Kalau dulu kawan tu pandai, tapi sekarang bekerja sebagai eksekutif bukan satu masalah pun sebenarnya. Asalkan dia bekerja untuk teruskan kehidupan dia. Sepanjang lama tak berjumpa entah apa yang berlaku pada dia kita pun tak pernah ambil tahu.
Hari ini anda mungkin seorang guru. Kawan anda cuma surirumah bagi anda. Tapi pernah tak terfikir yang dia dapat uruskan suami dan anak-anak dengan lebih baik? Pernah terfikir tak berapa bayaran untuk daycare kalau bilangan anak yang ramai?
Ads
Dan jika kerja tukang cuci sekalipun itu lebih baik asalkan halal dan tidak menghina orang lain.
Jalan Hidup Orang
Hari ini kita mungkin ada segalanya. Rupa paras , kekayaan, kemasyuran dan pekerjaan yang baik. Sedangkan semuanya pinjaman Allah saja. Bila-bila masa Allah boleh tarik semuanya.
Biarlah kita sentiasa membumi.
Kerana orang yang sombong ni umpama dia sedang berdiri di atas gunung. Dia melihat orang di bawah sangat kecil. Sedangkan orang di bawah juga melihatnya kecil.
Saya harap stesen radio pilihlah topik yang lebih membina, dan perbincangan yang tidak memperlekehkan orang lain.
Mingguan Wanita : Apa pun kita hari ini janganlah terlalu membangga diri dan jangan sesekali memandang rendah pada orang lain yang berubah dahulu dan sekarang. Hidup adalah pilihan masing-masing, bersangka baiklah.
Penyanyi senior, Mohammad Rauzan Alwi atau Roy, 57 meluahkan rasa bersyukur apabila kini bebas daripada jangkitan Covid-19 selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Roy berkongsi keadaan terkini dirinya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (FB) miliknya baru-baru ini,
Roy Kini Negatif Covid-19, Berterima Kasih Kepada Frontliners
Terdahulu Roy dimasukkan ke Hospital Banting kerana sesak nafas akibat jangkitan pada paru-paru, sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif Covid-19.
Selain Roy, isteri, dua anak dan adik ipar yang menetap bersamanya turut disahkan positif Covid-19.
Namun kini dia bersyukur kerana sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Salam semua. Saya ingin mengucapkan ucapan khas Terima kasih tak terhingga kpd Fronliner kita staf hospital Doktor, Nurse, Driver Ambulan di Hospital Banting dan Sg. Buluh yg telah bertungkus lumus menjaga dan mengubati saya selama saya berada disana.
“Tahap kesabaran dan Professional mereka harus di puji setinggi-tingginya kerana tidak ada saya dengar keluh resah mereka ketika menjalankan tugas yang mungkin kita sendiri tidak mampu membuatnya.
“Mereka terus melemparkan senyum dan berkata dgn lembut walaupun dlm keadaan keletihan. Ini yg saya alami. Hanya Allah shj yg dpt membalas jasa mereka semua. Aamiin YRA,” kongsinya.
Keadaan ketika di hospital.
“Level kedua merbahaya, selain paru-paru kiri saya dijangkiti kuman Numonia 90%” Roy
Sebelum itu Roy turut menceritakan pengalamannya sebagai pesakit Covid-19.
“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan keluar hospital dan dah pulih (negatif) dari Covid-19 tahap empat. Level kedua merbahaya, selain paru-paru kiri saya dijangkiti kuman Numonia 90%.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat di FB dan sahabat-sahabat, saudara-mara dan peminat-peminat saya di mana sahaja kerana sudi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya,” ujarnya.
Rasa Terharu, Banyak Bantuan Dari Rakan-Rakan & Peminat
Selain itu, Roy juga meluahkan rasa terharunya apabila menerima banyak bantuan daripada rakan-rakan dan peminat sebaik sahaja mengetahui keadaan kesihatannya.
“Bantuan-bantuan yang saya terima walaupun tidak diminta tetapi telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka atas simpati dan ambil beratnya mereka terhadap saya.
“Saya cukup terharu atas semua ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa anda semua semua.,” tulisnya lagi.
Siapa sangka disebalik kekurangan yang dimiliki dan keterbatasan bergerak hanya menggunakan kerusi roda dan tongkat, wanita ini mampu mencatat nama pada rekod dunia.
Seorang wanita Turki yang memiliki ketinggian 215.16 sentimeter bersamaan 2.15 meter diiktiraf sebagai wanita yang tertinggi di dunia. Rumeysa Gelgi, 24, mendapat pengiktirafan itu daripada Guinness World Records (GWR).
Badan pengiktirafan rekod dunia itu dalam satu kenyataan mendedahkan, ketinggian luar biasa wanita berkenaan disebabkan keadaan dipanggil Sindrom Weaver. Sindrom ini menyebabkan perkembangan seseorang menjadi pantas.
Gelgi dan penyandang kepada rekod lelaki tertinggi dunia kedua-duanya adalah individu kelahiran Turki.
Bergerak Guna Kerusi Roda
Ukuran ketinggian Gelgi dibuat tahun ini selepas dia diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi dunia pada 2014 pada usianya 18 tahun.
Disebabkan ketinggiannya luar biasa, Gelgi hanya dapat berjalan pada masa yang singkat, serta selebihnya terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.
Gelgi menggunakan peluang yang ada dengan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keadaan luar biasa seperti dialaminya itu.
“Setiap kekurangan dapat diubah kepada kelebihan kepada diri sendiri. Jadi terimalah diri kamu dengan seadanya, sedari potensi diri dan buatlah yang terbaik,” katanya kepada CNN.
Ketinggian Diri Jadi Perhatian
Sementara itu, Ketua Pengarang GWR, Craig Glenday berkata, Gelgi memberitahu ketinggiannya sering menjadi perhatian orang lain.
Namun, kebanyakan orang sangat baik dan menyokong wanita itu.
“Ia satu penghormatan untuk menyambut Gelgi memegang rekod ini.
“Semangat dan kebanggaannya yang menonjol menjadi inspirasi.
“Kategori wanita tertinggi yang masih hidup bukan selalu bertukar-tukar, jadi saya sangat teruja berkongsi berita ini kepada dunia,” katanya.
Mingguan Wanita : Siapa sangka disebalik kekurangan dan kurang upaya, mempunyai kelebihan hingga dinobat wanita tertinggi di dunia daripada Guinness World Records (GWR).
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!