
Cerita pasal duit raya anak, macam mana anda sebagai ibu ayah uruskannya? Masukkan satu bank atau pecahkan pada banyak tempat untuk ‘beranakkan’ duit itu lagi?
Haaa… sebelum buat perkara yang tidak sepatutnya, jemput baca perkonsgian saudari Nusraq Aishah ini. Barulah berbaloi simpan duit raya anak-anak!
Duit Raya Anak

Cuba buat benda ini tahun baharu:
Buka akaun simpanan atas nama anak.
Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Haji, atau akaun kanak-kanak mana-mana bank ada. Hong Leong bank pun allow untuk buka bank atas nama anak. Senang bukan dari sub akaun kita. Ajar anak yang duit itu milik dia — tapi dia kena simpan, bukan habiskan. Bila dah besar, dia akan faham nilai wang. Anak anak dah ada tabung haji? Cukup RM1300 dah boleh daftar haji.
Kalau anak setahun dapat kumpul RM300 – usia 5tahun sepatutnya sudah boleh daftar haji. Tak ada lah giliran dia lambat sangat nanti.
Bagi anak pegang sedikit, simpan banyak.
Contoh anak dapat RM200 duit raya — bagi dia RM30–50 untuk belanja sendiri. Baki masuk simpanan. Ini ajar dia konsep “bukan semua duit untuk dihabiskan.” Tak salah berbelanja tapi bukan semua. Kita ada need dan want yang boleh dipenuhi.
Tunjukkan dia duit itu membesar.
Bila sudah ada akaun, tunjuk anak statement tiap-tiap bulan. Tunjuk interest, tunjuk duit makin bertambah. Ini cara paling mudah nak ajar financial literacy dari kecil.
Kalau anak sudah besar sikit — pertimbangkan Amanah Saham – ASB atau ASN untuk anak adalah pelaburan jangka panjang yang baik. Dividen tahunan, risiko rendah. Duit raya RM200 sekarang, dalam 15 tahun jadi berapa? Ajar anak fikir jauh ke depan.
Simpan Cara Ini Bagus Untuk Masa Depannya

Ada kebihan? SSPN juga option yang bagus. Ini sekaligus dapat potongan cukai ibu bapa.
Satu Lagi Langkah Untuk Ibu Bapa:
Kalau anda sudah ada simpanan lebih RM1,200 ke atas, jangan biarkan duit itu duduk diam sahaja.
Ada satu cara yang ramai parents tidak tahu atau tertangguh nak buat Education Takaful untuk anak.
Bukan sekadar simpan. Tapi terjamin walaupun berlaku sesuatu kepada kita sebagai pembayar, plan itu akan diteruskan. Anak tetap ada dana pendidikan. Itulah kuasa waiver pembayar.
Sebab hakikatnya, kita boleh plan sehebat mana pun tapi kita tak boleh jamin apa yang akan jadi pada diri kita esok lusa. Yang boleh kita buat, pastikan anak-anak kita terlindung walau apa pun yang berlaku.
Pendidikan anak tak patut bergantung kepada nasib. Jadikan kepastian. Kita plan siap siap. Okay, selepas ini anda tahu macam mana nak ‘membiakkan’ duit raya anak, bukan?
Selamat menyimpan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




