
Duit lesap dari akaun tanpa klik apa-apa pautan, pengguna dedah bank cuma cakap, “biasalah kena scam. Bayangkan duit dalam akaun tiba-tiba tinggal RM6.70, walhal tak pernah klik sebarang pautan mencurigakan.
Itulah pengalaman mengejutkan yang dikongsi oleh seorang pengguna yang lebih dikenali sebagai Mc Noriz Riza yang melalui pengalaman mengecewakan ketika berurusan dengan Maybank apabila wang simpanannya ‘lesap’ begitu saja.
Lebih menyakitkan ketika membuat laporan berikutan kehilangan wang begitu saja tanpa sebab, layanan diterima daripada pihak bank langsung tidak membantu, malah dianggap seperti ‘biasa’. Jawapan dari pegawai bank yang berkata “biasalah kena scam…”benar-benar membuatnya kecewa.
Duit Lesap Dari Akaun Tanpa Klik Apa-apa Pautan
Kisahnya bermula apabila kad debit dirinya gagal digunakan sewaktu membuat bayaran di sebuah pasar raya.
“Aku sentuh kad CIMB macam biasa, tapi gagal. Cuba lagi, tetap gagal. Akhirnya dengan rasa malu, aku guna kad kredit. Balik rumah, aku buka CIMB online banking. Terkejut sangat. Baki cuma tinggal RM6.70. Pada hal aku tahu, dalam akaun tu ada banyak lagi. Rasa pelik sangat. Tanpa buang masa aku call bank, terus minta blok kad tu. Tapi sebab minggu tu aku sibuk dan banyak guna tunai, aku tak sempat semak semua.
Duit dalam akaunnya tidak hanya lesap di CIMB tetapi juga Maybank dan cara kerani di kaunter menguruskan kesnya membuatkan dia terlalu kecewa.
“Pagi tadi, diuji sekali lagi. Nak beli roti kat 7-Eleven. Dah la aku rasa lapar lain macam. Kali ni guna kad Maybank pula tapi sekali lagi aku rasa sejuk muka, malu pun ada. Beberapa kali cuba masih gagal, keluar mesej “baki tak mencukupi”.
“Aku dah mula risau. Kad CIMB dah blok. Nasib baik aku ada kad RHB walaupun jarang guna, itu yang selamatkan aku hari ni. Kebetulan pula memang ada urusan kerja di bank, jadi aku terus ke Maybank.
Meluahkan pertanyaan pada siapa harus kita percaya, Mc Noriz Riza meluahkan kekecewaan dilaluinya kira-kira tiga hari lalu di mana perkongsiannya itu menjadi viral.
“Sekarang ni kita tak tahu dah siapa kita nak percaya? Stress tension kepala macam nak meletop.
Pengguna Dedah Bank Cuma Cakap “Biasalah Kena Scam…”
“Sampai kaunter pertanyaan, aku tunjuk apps Maybank2Mu. Duit aku hilang. Tapi petugas perempuan tu bukan saja tak bantu, malah tinggi suara, kasar, acuh tak acuh. Dia cuma kata:
Duit aku hilang!
Dah la ada duit amanah orang dalam tu, dan perempuan tu kata “biasa”?
Aku dah mula jadi gila, aku jawab:-
“Sebab kena kat saya, puan cakap biasa. Saya doakan satu hari nanti puan atau cucu puan kena pula.”
“Puan pernah kena santau tak? Nanti saya santau puan. Semoga puan kene ujian yang lagi berat, Amin”
“Terus dia lari ke belakang. Tak lama lepas tu, seorang pegawai lelaki datang. Suaranya lembut. Sopan. Dia dengar cerita aku, dan terus tolong uruskan laporan dan semakan. Banyak juga hilang ni, Encik Jai. Kami simpati. Nanti saya sambungkan terus dengan HQ, biar Encik bercakap sendiri dengan mereka.”
Selesai bercakap dengan HQ, pegawai tu minta aku buat kad bank yang baru. Tapi masa dia cakap:-
“Encik kena bayar RM12.00 untuk kad baru ya.” Aku tunduk. Mata dah mula berkaca.

Aku jawab perlahan, “Maaf tuan… semua duit saya dah habis. Bank ambil. Macam mana saya nak bayar RM12 tu?”.
Pegawai tu diam sekejap. Mungkin dia rasa kesian.
Tak lama lepas tu, entah macam mana… aku dapat kad baru percuma.Aku pegang kad tu lama-lama. Macam-macam bermain dalam kepala, duit aku hilang, duit yang orang punya tu macamana aku nak ganti ya? Gaji bulan ni juga tak sempat nak rasa. Barang rumah juga belum beli ni. Stress sangat ni.
Terkini dalam satu status yang baru dimuat naik sebentar tadi, Jai memaklumkan ada sinar di sebalik duitnya yang hilang itu.
Insiden ini mencetuskan persoalan besar, sejauh mana keselamatan akaun bank kita, jika ‘biasalah kena scam’ jadi jawapan rasmi? dan kepada siapa lagi kita sebagai pengguna untuk mempercayai bahawa bank adalah tempat selamat menyimpan wang. Kredit :- FB Mc Noris Rizal.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI