Ads

Ramadan Pertama Berjauhan, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Tenangkan Anak Homesick

Dr Sheikh Muszaphar

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha berkongsi perkembangan anaknya yang kini berada di sekolah berasrama penuh.

Rindu kepada ahli keluarga dan suasana di rumah menjadi lebih ketara pada bulan Ramadan. Situasi ini sering berlaku dalam kalangan pelajar asrama, terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali berjauhan daripada keluarga.

Baca juga: Mak Ayah Hantar Anak Ke Asrama Ajar Hidup Berdikari, RINDU Lalui ‘Perpisahan Sementara’

Pengalaman Anak Berdepan Homesick di Asrama

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, perkara itu dialami Sophea Natasha, 13, dan dia sebagai bapa bertindak memberikan sokongan penuh.

“Tasha telefon dari asrama. Rindu sangat dan sedih katanya. Daddy terus datang melawat sekejap.

Untuk memberinya semangat meneruskan perjuangan,” titipnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata perasaan rindu atau homesick adalah perkara biasa bagi ‘anak asrama’.

Ads

“Janganlah bersedih anakku. Memberi kata semangat agar terus berjuang. Ilmu satu perjuangan.

Daddy ada di sini memberikan sokongan kepada awak dari jauh.

Harus tabah dan kuat, daddy loves you,” kongsinya.

Anak Dr Sheikh Muszaphar Homesick: Sokongan Emosi Sangat Penting

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar ini membuka mata ramai ibu bapa bahawa sokongan emosi memainkan peranan besar dalam perkembangan anak-anak.

Beliau tidak hanya memberi kata-kata semangat, malah bertindak hadir secara fizikal untuk memberi kekuatan kepada anaknya. Ini menunjukkan keseimbangan antara kasih sayang dan ketegasan amat penting dalam proses membesar.

Reaksi Warganet Yang Turut Sebak

Warganet turut menyokong perkongsian beliau dan bersetuju tentang caranya mengendalikan emosi anak yang homesick agar terus kekal fokus.

Ads

Tidak kurang yang berkongsi pengalaman masing-masing:

“Pada usia yang masih muda, rasa rindu itu membuatkannya keliru sama ada dia patut berjauhan daripada ibu bapa atau terus tinggal di asrama.

Sebenarnya, bukan kerana terlalu rindu kerana dia tahu akan berjumpa semula, tetapi lebih kepada teringat rutin dan kehidupan di rumah yang kini berbeza di asrama, dikelilingi oleh orang yang lain.

Ia memerlukan masa. Namun, jika terlalu melayan rasa rindu tanpa diberi semangat dan ketegasan, anak itu memang berisiko kecundang dan meminta keluar dari asrama. Homesick itu nyata, tetapi jangan biarkan ia menguasai diri.”

“Ini adalah Ramadan pertamanya berjauhan daripada keluarga. Kami pun pernah melalui pengalaman yang sama dulu.

Apabila anak pertama tinggal di asrama, masing-masing sendu di meja makan, tidak sabar menunggu hujung minggu. Ketiga-tiga anak semuanya pernah tinggal di asrama.

Alhamdulillah, dua sudah bekerja, tinggal si bongsu di universiti. Ramadan benar-benar menggamit rasa rindu terhadap keluarga.”

“Ilmu satu perjuangan – akan saya kongsikan kepada anak-anak saya. Teringat pula kepada arwah abah.”

“Kebanyakan begitulah, terutama anak perempuan. Normal.”

“Dr telah mengajar anak bahawa rindu bukan untuk lemah.”

“Rencah kehidupan Tasha. Tasha sedang belajar kawalan emosi. Paling penting enjoy your day as a student. Cipta memori yang indah. Tidak dinafikan homesick memang pedih.”

“Ya ALLAH auto rindu dgn arwah ayahanda saya. Zaman hostel pun selalu ayah datang bawa food.”

Pengajaran Dari Kisah Anak Dr Sheikh Muszaphar Yang Homesick

Kisah ini memberi pengajaran bahawa perasaan rindu bukan tanda kelemahan, tetapi sebahagian daripada proses pembelajaran emosi.

Anak-anak perlu dibimbing untuk memahami bahawa setiap cabaran adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Sokongan ibu bapa pula harus seimbang antara empati dan dorongan untuk terus kuat.

Baca juga: Anak Sekolah Asrama Vs Harian, Dua-Dua Boleh Berjaya, Jangan Taksub Dengan Label Sekolah

Ads

Selain itu, Ramadan juga menjadi waktu yang lebih emosional kerana suasana berbuka dan sahur bersama keluarga sangat dirindui. Justeru, komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak sangat penting dalam tempoh ini.

Latar Belakang Keluarga Dr Sheikh Muszaphar

Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas berkahwin dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia serta putera bongsu Syed Muhammad.

Perkongsian tip keibubapaan olehnya sering menjadi rujukan ramai, terutamanya dalam situasi melibatkan emosi anak-anak seperti yang dikongsikan dalam kisah ini.

@drsheikhmuszaphar #anak #rindu ♬ Maha Melihat by Opick feat Amanda – 𝙄𝙝𝙨𝙖𝙣 (fans GALA SKY)

Sumber: TikTok

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

rendang ayam pencen

Rendang Ayam Pencen Cili Hijau Sedap & Power, Resipi Sukatan 5...

Resipi rendang ayam pencen cili hijau untuk 5 ekor lengkap dengan sukatan dan cara masak. Sedap, pekat dan sesuai untuk hidangan raya.